Saturday 18 June 2011

NAFSU YANG PATUT DISERANGI

JIHAD EKONOMI
PROGRAM EKONOMI ISLAM       “MEMBENTUK SEBERKAS LIDI”

ADAKAH ANDA DALAM GOLONGAN
  1. MISKIN
  2. PENDAPATAN TIDAK MENENTU
  3. KAIS PAGI MAKAN PAGI
  4. TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN TETAP
  5. IBU TUNGGAL
  6. PENERIMA SUBSIDI
  7. PEJUANG  ISLAM atau PEJUANG  MELAYU

DAN MEMIKIRKAN MASA DEPAN ANDA  DAN KELUARGA ANDA?

Ya kami diberikan Nya formula bagi mengukuhkan persaudaraan kita dan memperkasakan ajaranNya.

Minda Jihad Ekonomi
“Bersedilah kamu untuk menghadapi perjuangan yang lebih besar dari peperangan ini (Badar)....”, kata Rasulullah, selepas memenangi peperangan Badar.
Tanya sahabat, “ Apakah perperangan itu Ya Rasulullah?”
Jawab Rasulullah, “Peperangan melawan hawa nafsu!”.

Jadi JIHAD NAFSU merupakan perang yang paling hebat bagi umat Muslim di dunia ini.
Nafsu diri bagi manusia di bumi Allah ini ada banyak, antaranya yang patut diperangi ialah:

Nafsu Isteri
Setiap insan mahukan isteri yang cantik, berharta, keturunan baik dan beragama.
Sesuailah dengan pesanan Rasulullah bahawa, nikahilah perempuan berlandasan 4 perkara. Pertama kerana Hartanya, kedua kerana keturunannya, ketiga kerana paras rupanya dan keempat kerana agamanya. Namun dalam keempat-empat pilihan itu beratkanlah kepada agamanya.
Hari ini, akibat mencari pasangan hidup yang dikatakan sessuai dengan diri maka ‘perkasihan’ sebelum perkahwinan diamal sebagaimana diwarwarkan dalam carahidup bukan Islam. Kedua ialah kerana persahabatan yang dibina atas pergaulan dalam perkerjaan yang sama atau pertemuan yang terjadi hasil dari perjalanan profesion masing-masing. Ketiga wanita yang beragama Islam hari ini telah menerima hakikat bahawa untuk mendapatkan calon suami yang idea mestilah dikenali secara lebih dekat (berkawanlah dulu kerana nak kenal hatibudi). Sedangkan mereka tak ketahwi bahawa dalam dunia tanpa sempadan ini telah mencampuradukkan semua jenis manusia, haiwan, syaitan, jin dan malaun.
Keempat pertemuan yang mengakibatkan ‘perzinaan’ mata telah mengkaburkan pemikiran yang waras. Mereka yang lagak ‘dunia’ akan lebih menyerlah dan hebat, sedangkan bagi yang beriman dianggap otodok, boring dan kampungan.
Jadi nafsu-nafsu yang melangar hukum Allah sebelum kahwin telah dibuat dan akibatnya kemanisan perkenalan dan perkasihan selepas kahwin itu berkubur begitu sahaja. Maka jelaslah masa belum kahwin duduk rapat-rapat tapi bila dah kahwin maka jadilah duduk rengang-rengang.......

(Inikah yang dikatakan Rasulullah bahawa “menutupi aurat tapi bertelanjang?”)

Nafsu Tempat Kediaman
Rata-rata hari ini orang Islam apabila berkahwin akan memikirkan tentang rumah kediamannya untuk berlindung. Dan sekiranya anda dapat menyediakan sebuah rumah yang hebat sebelum kahwin maka beruntunglah wanita yang menjadi isteri kepada anda. Jika sebaliknya dianggap kurang ‘ra’. Terbaru Pelakun Salleh Yaakob menghadiahkan kepada isteri-isterinya sebuah rumah seorang. Dan cara Salleh diakui betul dan berkemampuan pada pandangan MUFTI hari ini......
Di sini saya suka menceritkan kembali tentang pertemuan Hatim dengan penduduk Maddinah selepas 300 tahun zaman Rasulullah.
Selepas 300 tahun zaman Rasulullah maka Kota Maddinah telah bertukar wajah. Pembangunan fizikal naik mendadak dan banyak bangunan besar bak istana dibina. Si Hatim yang tinggal bersuluk di gua, untuk menyedarkan penduduk Maddinah. Sesampainya Hatim ke Kota Maddinah ia pura-pura bertanya kepada penduduk apakah nama kota yang hebat ini. Penduduk Maddinah dengan nyaring mengatakan bahawa inilah Kota Rasulullah Penghulu Kami. Mereka hairan kenapa Si Hatim ini tak mengetahwi tentang Maddinah. Si Hatim berpura-pura bingung dan bertanya lagi tentang sebuah bangunan besar bak istana dalam kota tersebut. Maka jawab penduduknya, itulah istana penjaga kota pada masa ini!. Maka bertanyalah pula Si Hatim,” Sekiranya penjaga kota masa kini mempunyai istana maka saya nak tahu di manakah istana Rasulullah?”. Semua yang ada diam dan memandang sesama sendiri. Jawab satu suara mengatakan Rasulullah tiada istana. Beliau mempunyai rumah yang kecil di mana pintunya ditabirkan dengan kain guna dan rabung (siling)nya boleh disentuh dengan tangan.
Dan Hatim bertanya lagi,” Di manakah istana para sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali?”.
Penduduk yang berada hanya diam tergaman dengan persoalan Hatim itu dan terdengar pula jawapan mengatakan bahawa para sahabat Rasulullahpun tidak mempunyai istana, hanya memiliki rumah seperti Rasulullah!.
Maka berkatalah Si Hatim dengan nyaring dan jelas,
” Nampaknya Kota yang anda bangga-banggakan ini bukanlah Kota Rasulullah. Ini Kota firaun kerana firaun mengajar kita membuat sesuatu yang besar dan hebat serta penggunaan batu merah (sejenis batuwarna yang mahal”). Penduduk yang mendengar hanya tunduk diam.
Si Hatim merasakan bahawa tujuannya untuk menyedarkan penduduk Maddinah tentang kehidupan mereka yang terpesong dari cara Rasulullah sudah mencapai matalamatnya, maka iapun bergerak ke pintu besar untuk kembali ke tempatnya.
Dalam dia bergerak itu ia terdengar suara mengatakan,
“Kita tak boleh dengar Si Hatim kerana dia bukannya ulamak yang kita lantik dan iktiraf. Ulamak yang kita lantik dan diiktiraf pun tinggal dan istana!”.
Mendengar ungkapan itu maka Hatim pun bergerak ke istana ulama yang dikatakan tadi.
Sesampai ke istana, memang betul pintunya ditutup rapat dan dikawal oleh seorang pengawal. Hatim terfikir tentang ulama di zaman para sahabat di mana mereka bebas dan senang ditemui. Mereka rapat dengan rakyat jelata dan tidak seperti ini yang beralaskan tembok dan temujanji.
Setelah dibuat temujanji maka Hatim dibenarkan masuk ke dalam istana ulamak tersebut. Hatim terpegun melihat perabut dan perhiasan yang hebat dalam istana tersebut.
Kelihatan menunggu di atas sofa yang hebat ialah seorang manusia yang diiktiraf ulamak. Maka berkatalah Si Hatim mengenai pertemuan ini apabila ditanya oleh ulamak tersebut. Maka jawab Hatim,
“ Hamba ialah seorang Muslim yang cukup daif tentang Islam dan mahukan Tuan yang diiktiraf sebagai ulama mengajarkan hamba cara mengangkat hadas kecil yang sempurna”.


Maka terkejut si ulama kerana persoalan yang begitu mudah. Pada awalnya ulama itu berfikir soalan yang akan disoal nanti pasti berat dan hebat.
Dengan senyum si ulama mengajarkan Hatim cara mengangkat hadas kecil dengan menyapukan segengam air ke setiap anggota yang diperlukan.
Apabila tiba giliran Hatim membuatnya, maka Hatim menggunakan dua gengam air untuk setiap satu anggota. Maka berkatalah si ulamak dengan agak marah.
“Awak kata nak belajar dari aku dan aku mengajarkan kamu menggunakan segengam air untuk satu anggota badan tapi kamu menggunakan dua gengam air. Air begitu bernilai di sini dan anda telah membazirkan segengam air!”
Maka herdik Si Hatim,
“Wah! Sekiranya segengam air ini sudah membazir! Maka bagaimana pula dengan rumah yang besar ini? Perhiasan yang mahal ini? Dan ruang-ruang yang kosong ini?”
Si Ulamak tersentak dengan tengkingan Hatim dan baru menyedari bahawa Si Hatim ini bukanlah mahu belajar darinya tapi kedatangannya adalah untuk mengajar dirinya. Tanpa menjawah dan muka merah padam ia terus meninggakan Hatim dan memasuki biliknya tanpa keluar lagi.
Menyedari bahawa Si Ulamak itu telah mendapat mengajarannya maka Si Hatim pun beredar keluar ke tempat suluknya.   (rujukan Kitab Ihyia Ulumiddin-karangan Al-Ghazali, bab: Ulama Suk dan Ulama Akhirat)  
 Dan apabila rumah sudah beratus ribu belanja dengan bayaran ansuran, maka mana lagi budget untuk perjuangan?

Nafsu Perabut
Perabut merupakan pelengkap kepada kesempurnaan sesebuah kediaman. Tak salah menyediakan perabut tapi yang dipertikaikan ialah ‘pembaziran’ yang nyata. Islam menganjurkan kesederhanaan dalam sesuatu kerana dengan kesederhanaan itu akan tersedialah peruntukan untuk digunakan sebagai dana perjuangan.
Zionist telah memaparkan iklan perabut yang begitu hebat seolah-olah ianya dalah satu kemestian untuk memilikinya dan menjadikan mereka yang tak memahami Islam memandang rendah kepada mereka yang tak mengikutkan perkembangan perabut. Tak hairanlah bahawa orang arab katanya setiap tahun menukar perabut. Maka tiadalah peruntukan untuk perjuangan jemaah sekiranya kita Muslim di Malaysia atau di mana-mana sahaja mengikuti cara itu.  
 
Kita sepatutnya membuat sesuatu mengikut kemampuan kita. Janganlah kita bersikap nak berlagak raja yang mempunyai perabut yang mewah. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa menganjurkan kita berziarah ke rumah orang miskin kerana apabila kita berada di rumah orang miskin kita akan bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Tapi apabila kita berada di rumah orang kaya kita akan rasa kekuarangan kita dan akan berusaha untuk memilikinya.
Sahabat dengan mengurangankan kegahan perabut di rumah kita ianya akan memberikan ruang dana untuk kita dermakan atau programkan bagi perjuangan jihad yang dituntut. InsyaAllah.
      
 Nafsu Kenderaan
      Melihat model kereta hari ini pasti mengkagumkan dan kita terhanyut dengan
      model-model terbaru ini.
      Ada pesanan dari orang cina mengatakan, sekiranya anda mampu memakai
Mercedes lebih baik pakai kereta biasa. Dan kalau hanya mampun pakai kereta biasa,                     ada baiknya anda pakai motor sahaja. Dan kalau mampu memiliki motor sahaja ada      baiknya kita menggunakan perkhidmatan awam.


Bagaimana nak kupandu kereta mahal ini sedangkan jiranku hidup dalam kesempitan...!
Betapa banyak dapatku bantu mereka yang dalam kesusahan dan mempertingkatkan ekonomi mereka dari merasai kesorangan ‘exotik’nya kenderaan mewah ini.

Siapa tak gah apabila memandu kenderaan sebagaimana gambar di atas? Memiliki kenderaan di atas akan menyebabkan kita terbeban kepada banyak perkara seperti,
Takut calar, takut langgar, takut dicuri takut dipinjam dan lain-lain takut lagi. Begitu juga terberat dengan bayaran sevis 6 bulan sekali, kalau beli secara ansuran pula terpaksa memikirkan bayaran bulanannya.
Bagaimana nak dihimpun dana perjuangan apabila tanggungan untuk mencantikkan, mengahkan, mempersonakan kenderaan memakan belanja yang besar.......

Nafsu Fesyen, Pakaian dan Perhiasan
Pakaian brended merupakan tren anak muda hari ini dan slogan “biar papa asal bergaya”, memang berlaku pada belia kita hari ini. Bergaya mahu ‘top’ tapi bila berkira bab kerja mahukan yang senang dan singkat dapat ganjaran hebat. Semuanya ini tak masuk akal bagi manusia biasa. Orang dulu susah ditipu, tapi orang sekarang mudah saja ditipu dengan memjanjikan pulangan lumayan. Menampakan imej yang hebat akan dapat menawan orang lain. Nafsu pakaian sebagaimana saya ulas dalam tip memilih pemimpin patut diambil kira supaya kita melihat sesuatu itu dengan pandangan matahati.
“Bagaimana nak kupakai pakaian yang hebat dan mahal sedangkan saudaraku asik menggunakan pakaian yang sama setiap hari.....  
Apakata budget itu digunakan untuk dana jihad yang akan menolong orang lain dan juga akan menolongku apabila datang masa susahku.”

(Betapa hebatnya mereka menjadikan fesyen pemakaian dikatakan Islamik itu untuk meningkatkan pengaruh yang memperentengkan pakaian dalam Islam, sedangkan pakaian Islam bukanlah untuk menonjolkan kecantikan dan menunjuk-nunjuk.... serta mahal. )
 
Nafsu Hobi
Kecenderungan kepada sesuatu akan membuatkan seseorang bertindak melebihi dari keperluan lainnya. Sebagai contoh bolasepak. Hobi bolasepak akan membuatkan kita sanggup bermain selama 2 jam dengan menggunakan keringat dan tenaga yang begitu hebat.
     Dan bermainlah kita selama 2 jam setiap hari bersungguh-sungguh untuk      mendapatkan target hebat di padang bola. Begitulah juga dengan lain-lain permainan. Keasikan bermain akan menyebabkan kita ‘terlupa’ kepada keperluan lainnya atau menyebabkan kita membelakangkan keperluan lainnya walaupun keperluan itu begitu perlu atau memaksa.

No comments:

Post a Comment