Monday 20 June 2011

LAGI NAFSU YANG PATUT DISERANGI

LAGI NAFSU YANG PATUT DIPERANGI
Nafsu Hobi
Kecenderungan kepada sesuatu akan membuatkan seseorang bertindak melebihi dari keperluan lainnya. Sebagai contoh bolasepak. Hobi bolasepak akan membuatkan kita sanggup bermain selama 2 jam dengan menggunakan keringat dan tenaga yang begitu hebat.
     Dan bermainlah kita selama 2 jam setiap hari bersungguh-sungguh untuk      mendapatkan target hebat di padang bola. Begitulah juga dengan lain-lain permainan. Keasikan bermain akan menyebabkan kita ‘terlupa’ kepada keperluan lainnya atau menyebabkan kita membelakangkan keperluan lainnya walaupun keperluan itu begitu perlu atau memaksa.
(Lihatlah hadiah / piala kemenangan mereka yang hanya merupakan ‘patung’ hiasan dengan nilai kenangan sahaja. Dan kita meniru mereka untuk apa? Dunia? Nama? Wang? Atau Syurga?)

(Sedih apabila peserta itu adalah anak Muslim yang taat kepada Allah)

Betapa Jelasnya Perancangan Zionis itu adalah untuk memesongkan Islam dan kenapakah umat Islam masih lagi mahu mengikuti cara mereka?
Kalau begitu minat dan baiknya permainan ini pada pandangan mata orang-orang Islam, apa tidakbolehkah dibuat satu acara sukan yang berpaksikan tuntutan agama Islam? Mulailah dengan penyertaan negara-negara Islam dan berilah peluang negara bukan Islam menyertainya tetapi mestilah mengikuti garis peraturan Islam.
Tidak sesatkah kita apabila kita membelakangkan peraturan Allah untuk menyertai permainan mereka?
Mereka terang-terang sesat dan kita menjadikan mereka sebagai idola dan panduan!


Apakah hikmahnya dasar kerajaan apabila membenarkan rakyatnya beraktiviti sebegini? Risiko untuk mendapat kecederaan adalah tinggi. Sepatutnya kerajaan mengawal aktiviti rakyat supaya selamat dan menyelamatkan bukannya membinasakan diri sendiri. Apa faedahnya apabila motor bukan jenama kita tayar bukan hak kita, pakaian bukan buatan kita dan trek digunakan untuk meluluskan aktiviti yang bertentangan dengan agama kita (wanita trek).
Ya Allah Ya Tuhanku, jelmakanlah kepada kami satu pimpinan yang mengikuti kehendakMu. Tidurkanlah mereka-mereka yang terang-terang menentang dan mempermain-mainkan agamaMu ya Allah ya Karim. Aamin.


Oh sawahku yang indah..
Tak mustahil satuhari nanti kamu akan menjadi semak dan belukar.
Oh kebunku yang hebat....
Tak hairanlah jika kau menjadi hutan belantara yang tebal dan menakutkan.
Oh lamanku yang cantik...
Tak peleklah kau akan menjadi sarang serangga yang akan menyerang tuan tanahmu kembali.
Oh saudaraku yang bermatahati...
Renongilah ular zionis kecil ini yang akan menjadi naga ‘Dajal’ yang diperkatakan dalam kitab muktabar.

HAYAALAHSOLAH
HAYAALAHFALAH

“Memang susah untuk kita (zionis) mengajar mereka (muslim) menukar agama tetapi cukuplah kita mengajak mereka meniru gaya dan carahidup kita.”
Lihatlah betapa kita tertipu dengan aktiviti sebegini. Kita jadi penyokong yang merisikokan diri pergi ke stadium, berembun, habis duit, silap haribulan dalam suasana ketegangan yang menimbulkan keganasan tapi semua pertandingan itu sudahpun diatur oleh bookie. Sedarlah bahawa kita selalu tertipu. Bagaimana kalau nafsu untuk menjadi penyokong hebat itu kita tukar kepada penyokong sekadar di rumah! Kita tak perlu berembun, berbelanja ke stadium dan merisikokan diri dengan pelbagai kemungkinan serta duit tak habis sia-sia.... dan adalah duit untuk diperuntukan ke jalan Jihad sebenarnya yang akan memertabatkan Islam sebagai agama Allah yang hak. Bagaimana? Tepuk dada, tanyalah selera.......

Dan ingatlah wahai teman, taulan dan rakan bahawa sukan adalah salah satu ‘senjata’ zionis bagi melumpuhkan kekuatan ekonomi Muslim hari ini.
Begitulah juga dengan hobi hiburan seperti nyanyian dan lakonan.



Betapa  belia Malaysial diheret ke acara yang melekakan ! Kalaulah rumah atau pondok Tok Guru jadi sasaran sebegini, insyaAllah belia kita tidak akan mensia-siakan masa dan tenaga.
Belia kita banyak diasuk untuk mengejar nama dan tropi yang hanya meninggalkan kehebatkan dan kemegahan, sedangkan dalam Islam perkara-perkara sebegini tidak digalakan malah dilarang sama sekali.
Tak terfikirkah bahawa ini adalah anasir zionis yang mahu melumpuhkan jatidiri Muslim yang sejati?



Kenapa belia cina boleh menguruskan pertanian sebegini sedangkan belia dan pemimpin melayu berebut menguruskan sukan dan hiburan yang membazir masa dan memuaskan hati sahaja........


Nafsu Harta
Bila bercerita tentang mahukan bersama dalam perjuangan, dikatakan “ Aku dan keluargaku beres dah! Kebun getah dah ada 10 ekar, kebun buahan ada 6 ekar, pencen ada, rumah ada. Nak gapa lagi?”.
Waduh kawan! Kenapa kamu sesat sebegini? Tak ingatkah kata Rasulullah bahawa orang Islam itu bersaudara? Bagaimanakah  kata-kata Rasulullah yang berbunyi, “ Di akhir zaman orang Islam perlu menyediakan harta untuk digunakan bagi agamanya dan urusan keluarganya”.


Jadi kalau tak mahu peduli orang lain adalah tak betul. Kita patut bina jemaah ekonomi yang kukuh supaya saudarakita yang berada dalam kesempitan mendapat pembelaan sewajarnya. Sikap kamu mementingkan diri dan keluargamu sahaja dan tidakkah kamu ketahwi bahawa ada seorang insan Muslim di Rantau Panjang mengakhiri penderitaannya dengan memilik membunuh diri? Sedangkan kamu bersenang dengan keluargamu? 
Tidakkah kamu mendengar khabar bahawa masih ramai saudara seagamamu hidup dalam kesempitan dan memerlukan pertolongan kamu?
Dan tidakkah kamu tahu bahawa ada anak-anak saudaramu yang memerlukan bantuanmu kerana mereka ditimpa musibah yang tak mereka inginkan?
Wahai kawan yang berstatus gred satu pandangan dunia kembalilah kepada pemiikiran Muslim yang sejati, di mana jika cubit sebelah tangan maka sebelah tangan lagi akan merasainya.
Wahai teman, taulan dan ‘gu’ pastikanlah bahawa apa yang andai jumpai, lihat dan berdepan itu adalah satu tanggungjawab yang perlu anda hadapi dan selesaikanya, bukannya mencari jalan memencilkan diri dan menyelamatkan diri dan keluarga sendiri! Fikir, fikir dan fikirlah habluminalnas.

Nafsu Hayat
Kawan, brothers n sisters,
Ketahwilah bahawa hati, perassan dan jiwa kita akan sentiasa merasai ‘muda’ selalu. Diri kita yang satu lagi itu akan tetap sama sekekalnya menghadapi hari kemudian dan yang tinggal hanyalah badan metobalism sahaja hancur mengikut hukum alam.
Perasaan muda, jiwa muda, kehendak muda dan apa-apa berkaitan dengan kemaruk muda tetap bertapak di hati. Cuma akal sahaja yang akan membentuk dan memandu hati, perasaan, jiwa dan kemaruk muda supaya selari dengan usia diri dan ilmu yang dimiliki.
DAN kalamullah adalah panduan sehebatnya untuk mendapat keredhaan NYA. Aamin ya rabialamin.

Nafsu Ilmu
Nafsu ini juga akan memesongkan kita dari naluri perjalanan hidup manusia yang sebenarnya. Ketahwilah bahawa naluri manusia berkembang mengikut umur dan pembesaran tubuhbadan. Manusia melalui peringkat peningkatan umur dan perkembangan badan. Masa bayi yang perlu dijaga sebagai ‘menatang minyak yang penuh’. Masa kanak-kanak pun mesti diawasi dan dikawal agar perkembangan mental dan tubuh akan berkembang dengan seimbang.
Datang pula zaman remaja yang juga mesti dikawal dan selia agar perkembangan minda dan nafsu diri dapat diselarikan dengan agama, budaya dan pengaruh persekitaran yang konduksif.
Di zaman awal dewasa pula masih lagi terbawa-bawa dengan keasikan menimba ilmu sehingga lupa kepada kehendak tubuh diri yang memerlukan kepada pasangan. Sedangkan cepat kahwin adalah syor yang disuruh Rasulullah dan lambat kahwin atas pelbagai alasan dunia adalah feel syaitan yang menyekutukan Allah. Dan ada pula yang menggunakan ilmu agama untuk menyempitkan ajaran Islam itu sendiri seperti :


Apa jadi pada bangsa Malaysia yang diberikan subsidi, dibinakan bangunan dan fasarana hebat bagi sekolah dan institut pengajian tinggi, diforamkan nilai-nilai murni dalam dailog dan forum perdana, bicara mufti, iman muda dan lain-lain rancangan yang hebat dihebohkan tapi masih terdapatkah anak bangsaku yang bersikap binatang. Hebatkan sukatan pelajaran yang diperuntukkan di sektor pendidikan sehingga manusia terdiri sebegini?
(Wahai pengatur dunia yang sementara, tak terfikirkah kamu bahawa menyusahkan pasangan untuk melalui penghidupan yang normal itu akan mengakibatkan banyak gejala bakal berlaku?)


 Kita ajar manusia untuk tonton sesuatu yang baik bukannya membiarkan tontonan sebegini......


 Belajar di menara gading tak dapat beza mana yang baik dan mana yang buruk ke?

No comments:

Post a Comment