Wednesday 22 February 2012

MELAYU HANYUT 2020 BAB 18


MELAYU HANYUT 2020 BAB 18

Pernah terdengar kata-kata Ustaz waktu sekolah menengah dahulu yang mengatakan bahawa:
Di akhir zaman Rasulullah mengatakan bahawa orang yang alim dalam agama akan menyembunyikan kebenaran, sementara mereka yang jahil mencari dan menegakkan kebenaran.........
 

Forum di Kuala Berang 3 hari yang lepas sungguh menggelikan...... kerana tajuk forum maulud nabi dah bertukar kepada sindiran politik! Wah Nakaie dan Bekas Mufti bercakap mengenai negara Islam tapi sampai sekarangpun tak wujud negara Islam di Malaysia tapi negara sekular tu ada lah..... Jelas di sini peranan bekas bekas mufti dan pendakwah tu apa faedahnya kepada dunia islam itu sendiri?........ cari makan kot atau nak hidup?

Tambahan pula yang bertanya pula terdiri dari mereka yang songkok ?...... Tak ada kerja lainke nak dapatkan perhatian? Lihatlah apa berlaku dalam rumah kita ada colgate, nescafe, milo dan susu yang berkaitan Israel. Marah bila bercakap tentang Israel tapi dalam biam-diam buat hubungan dagangan dengan israel pulak...... 
Satu tajuk di atas minta menteri istihar harta? Kenapa baru heboh nak suruh? Rata-rata RAKYAT dah tau kekayaan YB kerajaan: Rumah besar, kereta banyak, pakaian berjenama, selalu rehat di luar negara! Dalam negara tak bestlah.... kot rakyat dapat untung....

Keduanya pula tentang nak pantau pelajar lelong baucar buka? Kalau dah bagi tu dah jadi hok orang lah ! kenapa nak pantau lagi? Buruk siku ni macam budak-budak hingusan aja.........................

 
 Kenapa perlu terjadi sindrum sebegini? Adakah fenomena ke arah NEGARA MAJU atau NEGARA PENYANGAT ?

Dah terantuk baru terngadah: Dah kena baru menyesal....... bagi lah lagi berlori-lori..................... biar satu kampung terbakar atau musnah kerananya....... Dan kita orang beragama patutkah meniru aktiviti sebegini??????

Puji tak kena tempat? Yang bertudung memuju yang tidak bertudung? Yang berubah ke arah cahaya memuju yang meraba-rabu dalam kegelapan dunia?
Atau malaikat memuji syaitan? Atau yang baik memuji yang jahat.....


 OBJEKTIF JERMAS
Supaya masyarakat kita (yang melihat dengan matahati) akan kekal mempunyai bumi kormesial untuk generasi akan datang.
Renongilah artikal di bawah supaya kita menyedari di tahap manakah kita di bumi kita sendiri.......
 

Ini baru bab premis perniagaankita sudah kehilangan tapak perniagaan. Kenapa bangsa lain dapat hidup dalam premis yang mahal? Kenapa bumi milik kita dijadikan tapak untuk bangsa lain berniaga dan kita sendiri tak mampu menyewanya?Dan kita terpaksa berhiaga secara “premis hanyut” di pasar-pasar tani, pasar minggu atau pasar malam..... Tak sedarkah bangsa kita sudah jadi ‘puak gipsy’ dalam bidang perniagaan?
 

Abang oi! Bukan melayu pulau pinang sahaja yang akan hancur sekiranya kita tidak bersatupadu. Kalau hanya bersatu dalam politik tahik kudapun takdak! Kerana kita kena bersatu dalam bidang ekonomi. Kalau dulu majoriti penghuni PP adalah orang Melayu kenapa sekarang dah jadi manoriti? Orang Melayu di PP kuat amal perancang keluarga barangkali. Kenapa bertambahnya bangsa lain di PP. Dan kita kena ingat peristewaTumasik menjadi Singapura........
 

Kenapa rumah dah jadi mahal? Apa yang kita tahu ialah kerana kenaikan harga barang! Kenapa naiknya harga barang? Kerana kenaikan harga minyak! Kenapa harga minyak naik? Kenapa semuanya naik? Kenapa taraf hidup rakyat tak naik? Kenapa ramai mereka yang “bergelangangan”? kenapa ramainya penagih dadah? Kenapa ramainya perompak, pencuri, peragut, penipu dan penyamar? Adakah ini unsur-unsur untuk sesebuah negara itu menjadi NEGARA MAJU, sebagaimana diidamkan oleh kerajaan?

DAN INGATLAH WAHAI ORANG MELAYU YANG CINTAKAN ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP DAN INGIN MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI CARAHIDUP MEREKA.......
 
Apa rasionalnya membuangkan masa dengan sktiviti sebegini sedangkan bendang sawah, tanah subur dan paya masih memerlukan anda untuk menghasilkan sesuatu bagi makanan halal dan sumber pekerjaan untuk saudara seagama anda yang memerlukan. Dan ketahwilah bahawa lelah, suka tawa dan keseronokan di padang ini sedikitpun boleh membantu meringankan penderitaan saudara seagama anda yang hidup sehari tak makan, rumah dalam bangsal lembu atau kambing atau rumah senget menanti runtuh.............  Sedarlah anda terjerumus ke lemah perangkap Zionis yang menyesatkan anda supaya zalam kepada diri dan saudara sendiri.

Kalau dianjurkan membawa sebilah parang seorang pasti bersih dan terbentang belukar dan paya sesuai dijadikan tapak pertanian. Lihat dan fikirlah dengan berbasikal tu datangnya dari siapa, topi hadang kepala tu siapa jual, tayar basikal tu beli dengan siapa? Dan siapa untung buat duit?
Siapa berjaya untuk ekonomi? Siapa untung lelah dan haus atau kekejangan urat? Dan apa jaminan kita untuk risiko yang akan kita hadapi? Kalau kita kemalangan dalam menggunakannya adakah pembuatnya bertanggungjawab? Atau adakah si penjual membantu?
 

Ingat anasir ini FESYEN, FESYEN & FESYEN adalah senjata zionis memperhambakan manusia kepada nafsu... Zionis mencipta fesyen, baju, fesyen seluar, fesyen rambut, fesyen bag, fesyen kasut, fesyen coli, fesyen berjalan(catwalk), fesyen rumah, fesyen taman, fesyen bilik dan berbagai lagi jenis fesyen yang direka untuk membuatkan manusia asik dan mementingkan diri sendiri..... Dan kita Muslim jangan musdah dah tertipu.....
kerana kehabisan wang kepada fesyen menyebabkan kita’ kekeringan’ untuk membantu saudara seagama kita. Inilah inti kepada fesyen-fesyen yang ditaja zionis supaya umat Islam yang mengikuti gaya mereka tidak dapat membantu saudara seagama mereka. Ini adalah bertentangan dengan sabda Rasulullah yang mengatakan Muslim itu bersaudara.
Sebagaimana tadi saya katakan bahawa zionis mempengaruhi kita dengan fesyen. Fesyen bagtangan, baju, seluar, rambut, gaya, rumah, kenderaan, permainan, tuturbicara dan sekarang memasuki dunia pakaian islam seperti jubah, jilbab, purdah dan sebagainya. Pokok yang jelas apabila kita berfesyen kita kan mengeluarkan belanja berlebihan. Kita tak guna mengguna atau membuat sesuatu itu mengikut keperluan. Dan apabila keperluan diri itu melebihi pada setiap sesuatu maka tak mencukupilah untuk kita memberikan sumbangan kepada jalan Allah sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah yang berbunyi,

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”       (Hadis riwayat at-Thabrani)



 

Tak terang lagi nyatakah lagi bahawa ‘mahu jadi insan seni serba boleh’ dan ‘pilih kasih 3 utama rupa’ ini adalah anasir-anasir YAHUDI yang menyesatkan kita. Demi atas nama GLAMUR, NAMA, DUIT  & KESERONOKAN maka pegangan diri diketepikan.  Kenapa perlu lagi kita membiarkan gejala ini subur di dalam penghidupan muslim? LIHATLAH ANGKOHNYA MEMPAMIRKAN PERKARA YANG MELANGGAR HUKUM ALLAH seperti pergaulan bebas, aurat dan berpelukan tanpa ikatan sah! Mufti dan Ulamak hanya bicara tentang murtad, taat,ihlas, jujur dan jemaah tapi tak pernah menekankan tentang HUKUM yang telah diterangkan dalam Al-Quran. Menolak hukum HUDUD adalah seperti menentang Islam.

 

Soheh dan jelas serta nyata kegilaan remaja kita kepada mereka di atas adalah kekurangan IMAN di dada sehinggakan menyukai mereka yang merosakan pegangan kita.........   
dan anak-anak kita diajar menirunya...?

YA ALLAH YAN TUHANKU,
SEDARKANLAH MEREKA(SUADARA-SAUDARAKU)
TENTANG UNSUR-UNSUR YAHUDI, NASARO DAN MAJUSI DALAM PENGHIDUPAN KITA  HARI INI
DAN BERIKAN HIDAYAT MU AGAR MEREKA SELAMAT DAN MENYELAMATKAN. AAMIN.

Yang ini pula lagi teruk : sedangkan berlaga ayam merupakan satu kesalahan dalam undang-undang negara tapi berlaku manusia atas nama tomoi, boxing, tinju, karate, tea kuan do dan lain-lain itu dihalalkan.... walaupun mendatangkan kemudaratan kepada pasangan.. Betulkeni??????
 Bagi penganjur insaflah bahawa anda pelaga manusia....
Bagi boxer sedarlah bahawa anda perosak manusia.....
Bagi pengadil anda pula tak ubah seperti batu api..... dan bagi jurulatih ketahwilah saham anda dikira untuk ke syurga MEMBELASAH MANUSIA NANTI.......




VISI JERMAS
Kita mahukan sebuah jemaah yang berbicara tentang ‘ih dinasirotalmustakim’.
Jemaah yang sakit sama dirasai dan senang sama disukai. Jemaah yang sebagaimana kata Rasulullah berbunyi, ‘ Orang Islam itu bersaudara seperti cubit peha kanan maka peha kiri terasa’.
Jemaah yang akan menjaga kebajikan ahlinya dan tanggungannya baik keperluan dunia mahupun keperluan akhirat.
Jemaah yang merancang keselamatan generasi mereka dalam dunia yang serba anih ini.
Jemaah yang menjadikan satu golongan dari 73 golongan yang dikatakan Rasulullah. InsyaAllah.



Wednesday 15 February 2012

MELAYU HANYUT 2020 BAB 17

MELAYU HANYUT 2020 BAB 17

PERINGATAN DARI MAHA PENCIPTA,

“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu.”
(Al-Baqarah: 168)

BAGAIMANA MELAHIRKAN PEJUANG-PEJUANG JIHAD EKONOMI?

 Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”       (Hadis riwayat at-Thabrani)

Menyediakan harta bukan bermakna mengumpul harta!  Kesilapan kita hari ini ialah kita menerima tafsiran salah dari para ulama munafik dengan mengumpul harta sebagaimana sifat ‘koron’ dulu dan bila kita kaya kita termasuklah dalam golongan yang Rasulullah katakan berpenyakit warhan iaitu ‘cinta dunia dan takut mati’. Kebanyakan ulamak munafik hanya pandai berkata-kata dan berilmu tapi dalam menegakkan hukum yang hak mereka dayus dan lebih mementingkan diri dan kedudukan dalam masyarakat.
Menyediakan harta membawa maksud memperuntukan sedikit harta baik dalam bentuk wang atau benda untuk ketahanan diri dan jemaah kita! Dan inilah yang dikatakan “Baitulmal” sebagaimana diusahakan oleh Rasulullah dan para sahabat dulu. Kalau kita kumpul wang atau harta secara sendiri-sendiri maka terhasutlah untuk menzahirkan tambahan ruang rumah, memperelokkan hiasan dalaman atau mempercantikkan rumah, membina pagar kukuh, mengikuti perkembangan model kereta, membeli aksoseri dan lain-lain lagi sedangkan terpapar di akhbar tentang penderitaan saudara seagama kita di luar negara yang huruhara dan kelaparan.
Hari ini cuba kita hitung dengan jumlah kos pembinaan pagar pada setiap rumah orang Islam pasti ianya memcecah jutaan ringgit dan bayangkanlah jumlah itu yang dapat dipergunakan untuk kekebajikan saudara seagama kita yang memerlukan.
Inilah yang dikatakan kita terpesong........ kita lebih mementingkan diri sendiri dari sahabat kita. Ingatlah ajaran agama bahawa jika kita ada sebuku roti kita hendaklah membahagikannya kepada bilangan jemaah yang ada pada ketika itu. Biar kenyang sama dirasai dan lapar sama ditanggungi.......

Rasulullah ditanya mengenai peranan manusia di dunia.
Jawab Rasulullah, “Beriman kepada Allah dan Rasulnya”. 
Selepas itu ? Nabi ditanya lagi.
Jawab Rasulullah, “Berjihad di jalan Allah”.

JIHAD PERBELANJAAN

JIHAD MAKANAN
Terasa nak makan ayam goreng KFC, Buck Rodger, Macdonnald, Fizza dan lain-lain makan yang memberikan ‘royalti’ kepada bangsa yang memusuhi Islam.
Ketahwilah siapa yang akan untung hasil dari pembelian kita nanti. Haramkanlah diri kita dari menjamah makan yang memberikan royalti kepada bangsa-bangsa yang memusuhi Islam....... Kalau begitu terdesak untuk makan makanan di atas bahagikanlah ianya kepada 50% untuk makanan itu dan 50% lagi untuk perjuangan agama. 

JIHAD PAKAIAN
Terjerumus kepada kecenderungan mamakai pakaian yang up-to-date akan menyebabkan kita sesat dalam belukar zionis. Zionis menghasilkan pakaian berfesyen-fesyen yang bertentangan dengan kehendak pakaian dalam Islam.
   
   

Pada ayat 172, Surah Ali ‘Imran, Allah berfirman yang bermaksud:
   
    * Ia itu orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya, sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Bagi orang yang telah berbuat baik antara mereka dan yang bertaqwa, tersedia balasan yang amat besar (iaitu syurga).


Allah menyakinkan bahawa tersedia balasan kepada ‘pejuang’ yang mendapat kecederaan ( celaan, hinaan dan fitnah) hasil dari menegakkan ‘perjuangan’ itu. Sahabat, akan tersedia balasan yang amat hebat janji Allah jika kita benar-benar memahami “JIHAD” ini. Anggaplah celaan, hinaan dan fitnah yang dilemparkan itu sebagai ‘baja’ yang akan menyemarakkan lagi program ini. Alhamdulillah, Allahuakbar.
 


Firman Allah lagi dalam ayat seterusnya (ayat 173, Ali ‘Imran)

    * (Iaitu) orang ( yang mentaati Allah dan Rasul), kepada mereka ada orang yang mengatakan, “ Sesungguhnya kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepada mereka (tidak menghadapi mereka).” Maka berita itu makin menambahkan keimanan mereka lalu mereka berkata, “ Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia adalah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”     ........ (ayat 173)

Allah menyakinkan kita bahawa walaupun kumpulan yang hebat telah bersedia memerangi kita tapi dengan tekad jihad dan berserah kepadNya adalah kekuatan yang terhebat. Sesuailah dengan program yang kita jalankan ke pondok-pondok untuk mendapat sokongan jemaah agar  berdoa bagi perlindungan dan kejayaan daripada Allah. Kita membina program secara ikhtiar duniawi  dan kita bersama (doa) memintaNya selaku gerakan batiniah. Kedatangan kita adalah rahmat kepada yang memahami tapi menjadi ‘kegerunan’ buat kaum munafik ! Amin.

Pada ayat seterusnya Allah merestui perjuangan bagi memertabat agamaNya;
    * Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurniaan daripada Allah, mereka tidak ditimpa oleh sesuatu bencanapun, serta mereka pula menuruti keredhaan Allah. Allah mempunyai limpah kurniaan yang amat besar.     ........(ayat 174)

Panduan Allah untuk pedoman kita apabila ikhtiar berlandaskan taqwa diredhaiNya. Yakinlah kepada Nya semuga kita dalam ‘jagaan’ Allah. Aamin.
   

    * Sesungguhnya (yang membawa berita kedatangan musuh itu), ialah syaitan, yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada Ku, sekiranya engkau benar-benar beriman.       .......(ayat 175)

Yakinlah bahawa syaitan telah menebalikkan pandangan di dunia. Sebagai contoh kalau mempunyai ‘istana’ kita disanjung hebat tapi kalau mempunyai ‘pondok’ kita diperlekehkan. Bagaimanakah nak dinaikkan nilai si pemakai baju yang bertampung, sebagaimana Rasulullah dan para sahabat? Bagaimana nak diperbaiki tafsiran dunia yang bertaraf ‘wakaf’ atau hentian sementara muslim ke alam akhirat?


Lihatlah siapa yang akan kehabisan wang dalam poket apabila kita mengikuti fesyen pakaian yang up-to-date ini? Dan bila lagi lebihan wang untuk kita peruntukkan atau menyediakan wang untuk perjuangan  agama. Dan sabda Rasulullah berbunyi, “ Di akhir zaman ramai wanita yang menutupi aurat tapi bertelanjang.

 JIHAD KEDIAMAN
Kerajaan menyediakan PROGRAM RUMAH PERTAMAKU kepada rakyat Malaysia?
Rata-rata rakyat menyambut baik dan berpuashati...... Perlukan meminjam RM200 ribu untuk menyediakan rumah kediaman? Tak dapat binakah rumah yang memakan belanja RM50 ribu? Dan kalau kita kata mahu akhirat 50% dan dunia 50% maka jika kita membuat rumah bernilai RM200 ribu maka peruntukan kita untuk jihat fi sabilillah ialah RM200 ribu juga.....bukan gitu?....Cuna kita lihat bagaimana Kristian boleh mendapatkan dana yang sebegitu hebat sehinggakan sanggup memberikan pertolongan kepada mereka yang bukan beragama kristian...... tapi kita? ............  Jelaslah mereka (Kristian) mendahulukan perjuangan agama sebelum keperluan diri mereka sendiri........

Ketahwilah bahawa rumah merupakan tempat kediaman untuk berlindung dari panas, hujan serta hijab dan keselamatan keluarga. Bukan mendirikan rumah untuk dilihat cantik. Juga bukan bina rumah untuk kemegahan dan fesyen...... Ingatlah kata-kata Rasulullah bahawa : Di akhir zaman rumah manusia akan lebih besar dari rumah Allah..... pastikan kita bukan manusia itu!!!!!!



JIHAD PERMAINAN
Kenapa perlu kita mengikuti ‘mereka’ dalam bidang permainan? Mereka membesarkan permainan yang 100% sesuatu yang melekakan itu. Dan sesetengahnya itu pula mencederakan lawan kita dalam pertandingan. Permainan yang dihasilkan mereka banyak memberikan kelebihan kepada mereka dan berat sebelah. Fahamilah bahawa mereka (Yahudi, nasaro dan majusi) tidak akan putus dari melalaikan kita (Islam) dari Kitabullah.



Ingatlah cerita bagaimana sayidina Ali dilarang Rasulullah daripada masuk bertanding dalam pertandingan memanah yang dianjurkan oleh orang-orang kafir. Oleh kerana syaidina Ali begitu menyukainya maka Rasulullah membenarkanya untuk masuk bertanding tapi dengan satu syarat. Syaratnya ialah sekiranya syaidina Ali memenangi pertandingan memanah itu dia tidak boleh menerima hadiah tersebut. Ditakdirkan dalam pertandingan itu ssyaidina Ali memenanginya dan dia tidak menerima hadiah tersebut sebagaimana diperkatakan Rasulullah.
 

JIHAD HIBURAN
Apabila kita menyedari di mana dan apa yang berlaku dalam persekitaran kita hari ini maka kita perlu berperang dengan kekuatan kita untuk menghindari perkara-perkara sebagaimana di atas. Kita jangan jadikan hiburan sebegini sebagai ‘suka-suka’ tonton. Kerana kita suka-suka, maka orang lainpun suka-suka jugak dan akan menjadi satu ikutan yang mempopularkan hiburan sebegini.
Kebanyakan ulamak munafik hanya pandai berkata-kata dan berilmu tapi dalam menegakkan hukum yang hak mereka dayus dan lebih mementingkan diri dan kedudukan dalam masyarakat atau baleh disamakan seperti ‘musang berjangut’ oleh seniman P. Ramli dalam cerita melayunya dulu. Mereka boleh menangis pabila menerangkan sesuatu kesedihan dan ketakutan dari ayat-ayat Allah tapi ‘lupa’ setelah tidak membacakan ayat itu dan terus leka dengan ceramah dan seminar puisi yang hanya sedap didengar tapi habuk dilaksanakan.....
 

 

WASPADA KEBENCIAN PUAK MUNAFIK, YAHUDI & NASRANI  KEPADA KEBANGKITAN ISLAM

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran, Juzuk 4, ayat 118 berbunyi;

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan dari kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani dan Munafik) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya kami telah jelaskan kepada kamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).”


Maksud Allah jelas untuk kita bertindak supaya tidak menjadikan orang bukan muslim dan munafik sebagai ketua kita. Kerana mereka tidak akan memikirkan tentang akhirat tapi hanya memikirkan duniawi semata-mata. Mereka tamak kepada kehebatan dunia yang sementara. Mereka fikir keuntungan diri sahaja tanpa mengira keperitan orang lain. Mereka menganggapkan orang kebanyakan atau rakyat jelata hanya sampah di tepi jalan dan bagi mereka yang tidak berkerja atau miskin merupakan kesusahan atau masalah buat mereka. Mereka samakan golongan ini seperti anjing yang hanya jika mahu disenyapkan salakannya, cukuplah sekadar dibalingkan seketul tulang kepada mereka.


Dan Pada ayat 120, Ali ‘Imran
juga Allah menjelaskan;

“Jika kamu beroleh kebaikan, maka mereka akan berasa kecewa dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka lakukan.”
Dalam hati mereka sudah ada ‘pemberontokkan’ yang mahukan cara mereka diketengahkan. Mereka tidak akan aku kepada pepatah melayu mengatakan bahawa di mana bumi dipijak, di situ bumi dijunjung...... Hari ini sudah kedengaran suara yang mempertikaikan seruan azan solat, bacaan Al-Quran, masjid-masjid dan lain-lain benda yang dianjurkan Islam. Begitu juga dengan pengharaman ‘hari kekasih’ oleh Majlis Fatwa Kebangsaan........
 

PERINGATAN & SERUAN
Buat sahabat-sahabatku yang dikasihi tentang Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 167 hingga 175 yang bermaksud:
   
    *“Dan supaya Allah mengetahwi dengan nyata siapa yang munafik. Kepada mereka dikatakan, Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu).”  Mereka menjawab, “Kalaulah kami pandai berperang, tentulah kami mengikut kamu (turut berperang).”  Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) lebih dekat kepada kufur daripada dekatnya  kepada iman. Mereka selalau menyebut dengan mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka. (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui apa yang mereka sembunyikan.    ....(ayat 167)

Dalam ayat di atas Allah telah menceritakan tentang alasan puak ‘munafik’ apabila diseru untuk berjihad seperti alasan yang kita terima dalam kempen sebagai contoh ,” Sepatutnya benda ini dibuat 10 tahun dahulu!”. Dan mereka menolak serta mengkritik untuk melemahkan semangat jihad yang sepatutnya disokong!  Disamping memcari alasan-alasan yang tak munasabah sebagai senjata untuk melemahkan ‘perjuangan’ ini.

Dalam ayat seterusnya Allah berfirman:

    *Merekalah juga yang mengatakan tentang saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedangkan mereka sendiri tidak turut berperang, “Kalaulah mengikut kita (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, hindarkanlah kematian itu daripada diri kamu, jika betul kamu orang yang benar.”         .......(ayat 168)

Berdasarkan ayat 168 di atas, pula Allah menegaskan tentang alasan-alasan puak ‘munafik’ berikan sama dengan menyuarakan, “ tulah selalunya syarikat Melayu tak menjadi! Mula-mula jah molek, lepas tu kebas duit”, dan “ Banyak dah syarikat sebagaimana begini bergerak sekerat dan habis berkubur !” .
Alasan inilah yang selalu diberikan mereka untuk melemahkan semangat dan pergerakan jihad kita. Dan mereka tak menyertainya.
    Entah mengapa kefahaman tentang JIHAD EKONOMI ini X jelas kepada mereka. Sedangkan semasa diterangkan mereka mengakuinya tapi apabila di belakang mereka menikam pula. Ya Allah sebenarnya banyak munafik dalam dunia hari ini.
   
   Allah memberikan jaminan kepada JIHAD yang kita perjuangkan ini dengan ayat 169 surah Ali ‘Imran;
   
     *Jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh  (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”      ......(ayat 169)

Pada ayat 169 pula Allah memberikan jaminan bahawa kita tidak perlu melihat ketiadaan faedah apabila ‘usaha’ ini tidak berjaya. Atau kehilangan wang kerana kealpaan kita dalam meneliti usaha-usaha perjuangan ini. Sebaliknya fikirkanlah pahala yang dikutip dari kejahatan (kalau tertipu) orang lain (hilang duit mainan dunia ini tapi melonjak pahala akhirat) dan disisi Nya niat perjuangan memertabatkan agama adalah mutu yang tidak ternilai. Astrafirullah....
   
    
   
   Dan mereka “Leka dan terus leka” dengan aturan penghidupan yang disistemkan oleh ZIONIs sehinggakan lupa kepada HADIS RASULULLAH yang berbunyi:
“Di akhir zaman orang Islam perlu menyediakan harta unruk urusan agama dan urusan keluarganya”  Hadis riwayat Al-Tabrani.
   Hidup dalam zon selesa dengan hanya memikirkan tentang keperluan keluarganya sahaja. Secara tidak langsung kita sudah “MENZALIMI” sahabat seugama kita jika mereka dalam keperluan yang amat sangat. Kita juga menzalimi diri sendiri dengan terperangkap oleh soalan ‘apa peranan dan khidmat kita terhadap saudara kita di dunia. Atau siapakah saudaramu?
   Membina konsep “rumahku syurgaku (Di dunia sudah membina syurga?) Semasa hidup sudah membina syurga maka masuklah kita dalam pengertian orang kafir yang mencipta syurga semasa hidup kerana mereka tidak memikirkan syurga di akhirat.
   
    * Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang telah dilimpahkan  kepada mereka dan mereka bersenang hati terhadap orang yang belum menyusuli di belakang mereka (saudara-saudara mereka yang masih berjuang) bahawa tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukucita.     ...... (ayat 170)
Allah memberitahu bahawa mereka (kafir dan munafik) bergembira dengan kesenangan yang diperolehinya dan sukahati terhadap mereka yang belum mencapai tahap mereka. Dan mereka merasai selamat dengan kata-kata, “ Aku beres dah lor ni. Tanah getah ada 10 ekar dan ada belaka dah untuk keluargaku! Jadi buat apa susah-susah lagi nak cari pasal dengan kerenah ni!”. Mereka terlupa kepada ‘hablum minalnas’ . Inilah yang dikatakan pandai ajak  berjemaah tapi tak rela bertanggungjawab terhadap kebajikan jemaah. Dudulah mereka berkurung dalam ‘rumah’ dengan gembiranya (menjadikan Rumahku Syurgaku)

   

Seterusnya Allah mengingatkan kita tentang puak yang terleka.....
   
    * Mereka bergembira dengan balasan nikmat daripada Allah dan limpah kurniaan Nya; dan (ingatlah) bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang yang beriman.  ......(ayat 171)
   
Kawan-kawan kita ini hanya nampak kesenangan mereka sahaja. Apa-apapun untuk diri sendiri (selipar aku, kereta aku, rumah aku, isteri aku, anak aku,keluarga aku, kebun getah aku dan aku dan aku.....),
tapi Allah memberikan jaminan kepada ‘pejuang’ bahawa Allah tidak akan mengurangkan ganjarannya.
Sahabat, fahamilah perjuangan akhir zaman ini agar anda di jalan yang ‘satu’ itu.
Jalan ‘ihdinsirotalmustakim’ :
Pakaian untuk menutupi aurat bukan bergaya dan berfesyen.
Rumah untuk melindungi dari panas, hujan, gejala penceroboh dan hijab bukan untuk men’gah’kan dan mencantikan.
Ilmu bukan untuk bertekak dan menonjolkan diri tapi untuk diamalkan.
Harta bukan untuk bermaksiat  dan menunjuk-nunjuk tapi untuk mendamaikan alam.
    
   

Pada ayat 172, Surah Ali ‘Imran, Allah berfirman yang bermaksud:
   
    * Ia itu orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya, sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Bagi orang yang telah berbuat baik antara mereka dan yang bertaqwa, tersedia balasan yang amat besar (iaitu syurga).   ...... (ayat 172)

Allah menyakinkan bahawa tersedia balasan kepada ‘pejuang’ yang mendapat kecederaan ( celaan, hinaan dan fitnah) hasil dari menegakkan ‘perjuangan’ itu. Sahabat, akan tersedia balasan yang amat hebat janji Allah jika kita benar-benar memahami “JIHAD” ini. Anggaplah celaan, hinaan dan fitnah yang dilemparkan itu sebagai ‘baja’ yang akan menyemarakkan lagi program ini. Alhamdulillah, Allahuakbar.
 


Firman Allah lagi dalam ayat seterusnya (ayat 173, Ali ‘Imran)

    * (Iaitu) orang ( yang mentaati Allah dan Rasul), kepada mereka ada orang yang mengatakan, “ Sesungguhnya kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepada mereka (tidak menghadapi mereka).” Maka berita itu makin menambahkan keimanan mereka lalu mereka berkata, “ Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia adalah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”     ........ (ayat 173)

Allah menyakinkan kita bahawa walaupun kumpulan yang hebat telah bersedia memerangi kita tapi dengan tekad jihad dan berserah kepadNya adalah kekuatan yang terhebat. Sesuailah dengan program yang kita jalankan ke pondok-pondok untuk mendapat sokongan jemaah agar  berdoa bagi perlindungan dan kejayaan daripada Allah. Kita membina program secara ikhtiar duniawi  dan kita bersama (doa) memintaNya selaku gerakan batiniah. Kedatangan kita adalah rahmat kepada yang memahami tapi menjadi ‘kegerunan’ buat kaum munafik ! Amin.
 

Pada ayat seterusnya Allah merestui perjuangan bagi memertabat agamaNya;
    * Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurniaan daripada Allah, mereka tidak ditimpa oleh sesuatu bencanapun, serta mereka pula menuruti keredhaan Allah. Allah mempunyai limpah kurniaan yang amat besar.     ........(ayat 174)

Panduan Allah untuk pedoman kita apabila ikhtiar berlandaskan taqwa diredhaiNya. Yakinlah kepada Nya semuga kita dalam ‘jagaan’ Allah. Aamin.
   

    * Sesungguhnya (yang membawa berita kedatangan musuh itu), ialah syaitan, yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada Ku, sekiranya engkau benar-benar beriman.       .......(ayat 175)

Yakinlah bahawa syaitan telah menebalikkan pandangan di dunia. Sebagai contoh kalau mempunyai ‘istana’ kita disanjung hebat tapi kalau mempunyai ‘pondok’ kita diperlekehkan. Bagaimanakah nak dinaikkan nilai si pemakai baju yang bertampung, sebagaimana Rasulullah dan para sahabat? Bagaimana nak diperbaiki tafsiran dunia yang bertaraf ‘wakaf’ atau hentian sementara muslim ke alam akhirat?


SLOT JERMAS 014-6090884

SESUNGGUHNYA PROGRAM INI ADALAH KEHENDAK NYA DAN SEKIRANYA ADA TIPU DAYA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI ADALAH KESALAHAN SAYA DAN SAYA TERIMA BAHANANYA. YA ALLAH AKU TIDAK AKAN MEMPERDAGANGANKAN AGAMAMU UNTUK MENGUBAH GAYAKU TAPI AKU MEMPERGUNAKAN PEMBERIAN MU SEBAGAI ALAT UNTUK MENGEMILANGKAN AJARAN MU.... AMIN..