Tuesday 27 September 2011

MELAYU HANYUT 2020 BAB 4

MELAYU HANYUT 2020
BAB 4

Dalam kutbah Jumaah minggu lepas iaitu pada 10 September 2011 dinyatkan tentang Akhlad Muslim. Dan sedapnya Tok Khatib menyaringkan kutbah dengan bacaan teks yang telah dikarang oleh JAIT. Mengungkitkan perihal orang Islam yang mengatakan orang lain FIRAUN. Setahun saya tiada orang Islam yang mengatakan orang lain Firaun tapi kalau membandingkan ciri-ciri firaun kepada feel manusia adalah....... Ini kerana HENDAK MENYEDARKANNYA tentang kesilapan yang dibuatnya.
Sedangkan Rasulullah melarang sahabatnya menyandarkan pedang mengikut cara sandaran pedang KAFIR. Ini menunjukkan menegah dengan cara ARAHAN.
Begitulah juga dengan tindakbalas Rasulullah apabila mengetahwi sahabatnya membina rumah besar....... Rasulullah tidak menegur-sapanya. Sedangkan tegur-sapa itu adalah ikatan tali sailatulrahim. Jadi setentunya ada sesuatu yang patut ditegah dengan keras dan sesuatu yang patut dicegah dengan lembutnya.


Hari ini dah jadi cabaran kalau RUMAH leader jadi ISTANA........
Kini dah jadi isu kalau AKSOSARI keluarga pemimpin BRENDED dan MAHAL.....
Sekarang ni dah jadi humpitan kalau MAKANAN pemimpin lebih lazat dari rakyat......
Ketika ini dah jadi bualan jika YB asik dok melawat LUAR NEGARA dan ‘wak dogol’ tunjuk lagak........
Loorni RAKYAT DIDAHULUKAN untuk mendatangkan hasil kepada NEGARA sampai ‘ekor’ pun dikira, sedangkan para Pemimpin dan Kakitangannya dok naik ELAUN, BONUS dan IMBUHAN......
Rakyat nak naik apa? Barangkali naik bulu jadi HANTU RAYA.........
Justruitu bagi mencapai WAWASAN 2020 para pemimpin patut mengikuti pimpinan Rasulullah dan para sahabat baginda..
Apa rakyat makan kitapun makan.....
Apa rakyat diami kitapun diami sama....
Apa rakyat pakai kitapun pakai sama.. tak bezapun sebagaimana yang dibuat Rasulullah: Duduk Sama Rendah, Berdiri sama Tinggi......
Kalau kita banyak ‘puasa’ sunat lebih baiknya lagi dari dok ‘kedarah’ keringat rakyat.
 Dato Najib pula membidas perwakilan UMNO supaya bersikap jujur dalam melaporkan kegiatan parti ? Nampaknya TEMBERANG pemimpin peringkat akarumbi telah diketahwi BOS.  Tanpa ketahwi perkara sebenar atau kelemahan sebenar dalam parti pasti proses  pemulihannya tak dapat dilaksanakan dan akan meruntuhkan parti itu sendiri .........

Apa yang ada lagi untuk kita WARISKAN kepada generasi bangsa kita apabila NAMA bumi kita telah dipinda !Tanah Melayu kepada Malaysia
Apa nak ada lagi untuk kekuatan kita apabila Tanah Dikelilingi lautan kita telah diprogramkan oleh orang lain.
Apa nak ada lagi pada kita, apabila 80% sumber pendapatan dipegang oleh puak mereka.
Apa nak kuat lagi kita apabila KUMPULAN TERKAYA adalah ramainya terdiri dari kalangan mereka........
Dan kita KAYA juga...... kaya gaya, lagak, sukan, hiburan, lakonan, tatasusila, sopansantun, bijakbicara, temberang semua dan kaya HALOBA.......  


Kaya semangat, kaya senyuman, kaya ikatan dan kaya fesyen..... berdentum-berdentam gelak sorak, orang bertempat kita menyarak (sarak: sepi khususnya dalam ekonomi).

Adakah kejayaan dalam bidang nyanyian dan filem menempatkan seseorang itu sebagai TOKOH MUDA NEGARA?
INGATLAH bahawa negara kita ada RUKUN NEGARA dan biarlah ciri yang berlandaskan RN itu dinilai........ Kita NEGARA yang agama RESAMI nya ISLAM... Setiap penilaian itu MESTIlah berdasarkan kepada MARUAH AGAMA, TATASUSILA BANGSA DAN TANAH AIR......


Telitilah mereka yang menjadi kaya di BUMI MELAYU....... Bumi kita, pasaran kita kenapa kita tidak boleh melebihi mereka dalam bidang kekayaan dunia? Kenapa kita tersenarai dalam kaya GAYA, SUARA dan LAGAK (GAYA: tiru Zionist dan jadikan mereka IDOLA kita, SUARA: lantang berbicara, habukpun tak ada, LAGAK: Hebat tapi papakedana)
Kesimpulannya: MELAYU hanya cukup makan, pakai, diami dan beribadah......

Tak pelikpun bagi saya kerana ‘dana’ mereka melimpah-ruah sedangkan dana kita hanya untuk popular sahaja......
Jutawan mereka adalah jutawan berhemah dan sepakat sementara jutawan kita adalah jutawan ‘ikan pelaga siam’ yang kuat tunjuk gebengnya sahaja.


Sedihnya melihat BANGSAKU yang tersisih dari JAGAAN pertubuhan yang melaungkan MEMBELA BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR..........


Satu skim tipu Wang dengan jaminan lembu tenusu.....
Satu skim tipu peruntukan kerajaan dalam UBI KAYU PLASTIK.......
Satu cara tipu PKFZ berjuta ke berbilion ke.....
Satu pula tipu MINYAK, yang tu pulak tibu LOGO HALAL, banyak pula  tipu LAKONAN.... HARI INI JADI ISTERI DIA, ESOK JADI ISTERI MAMAK PULAK..... peliknya kalau ikut Islam kalau bercerai tak lepas edah lagi......
Tiong Bersuara Lunak menipu peminat dengan lenggokan syaitan......
PENDEK KATA SETIAP LANGKAH SYAITAN ADALAH MENGHASILKAN .... “NIAT MENGHALALKAN CARA”.

YANG INI PULA,
Tipu perjuangan tanpa jasa atas pengorbanan murni membela tanah air. Nasib baik ditimbulkan isu PEMBELA TANAH AIR, maka yang hilangpun dapat timbul kembali menuntut hak..... betapa mereka ditipu oleh SEJARAH yang dulunya dikenali TARAWIKH...






Wahai penulis ........ tak kah anda merasai bahawa apa yang anda paparkan ini bertentangan dengan hukum AURAT dalam agama anda? Walaupun sekiranya si comel ini bukan muslim, ianya tetap menampakan imej ‘melampau’ dan anda seorang muslim saya kira setentunya kita patut memaparkan gambar yang tidak menyalahi hukum agama kita. Mudahan dengan ini anda berfikirlah untuk terus berjuang memertabatkan AGAMA dan tanah air tercinta. Ingatlah jangan NIAT MENGHALALKAN CARA......

Anehnya pula dalam kutbah minggu lepas 16 September 2011, dinyaringkan cerita “Pak Kadok, menang sorak, kampung tergadai”. Mengingatkan muslim kepada penyatuan. Penyatuan Apa?.............
Penyatuan dalam solat berjemaah ke?
Dah masuk warga emas kariah masjid bertungkus lumus solat di masjid tapi bila tiba memerlukan bantuan penghidupan ........... PENYELARAS buat apa? Masjid comel-lotel tolong apa?


Wahai ADUN, rumahmu hebat, gah dan cantik tapi kenapa kediaman pimpinanmu sebegini?
Wahai Wakil Parliman, cakapmu bergegar di DEWAN tapi tiadakah isu bak Menjaga IBUBAPA di hari tua? Kau bangkitkan banyak projek baru dan kau sedarkan tentang penyelewengan DANA rakyat tapi tak terfikirkah anda kepada IBUBAPA anda yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja untuk hidup ini? Kenapa tak dijaga mereka? Kenapa tiada peruntukan bulanan untuk WARGA EMAS khasnya orang Melayu. Saya utarakan kerana BUMI ini adalah Tanah Melayu bukan Bumi Siam, bukan bumi Inggeris, India atau Cina. Jelaslah bumi ini BUMI MELAYU dan sepatutnyalah orang melayu dibela pada usia emasnya....... Bukan sekadar melaungkan KEISTEMIWAAN sahaja...
Dan jika ini berterusan.......
Pemimpin menjadikan rakyat sebagai mangsa (batu lonjatan) maka HANYUTLAH MELAYU 2020 INI....... dan KERAMATLAH nama MALAY SIAL....


Wahai Anak Bangsaku,
Datanglah bersatu untuk berjuang
Di medan yang kita tercicir........
Wahai beliaku yang bersih,
Tinggalkanlah kegiatan yang merugikan masa, tenaga dan masadepan........
Bangkit dengan slogan “bersatu teguh, bercerai roboh’.
Kita pertahankan BUMI MELAYU
Kita kuatkan IMAN kalamullah
Kita jelmakan NUR SOLIHIN dan,
Kita bina Satu Jemaah Satu Jaminan, InsyaAllah. Aamin.

Kami mencari MEREKA-MEREKA yang berpandangan ‘matahati’ dalam perjuangan ini. Mereka yang menyumbang untuk menolong orang lain dan jalan akhirat...... insyaAllah, aamin.


KEMAMPUAN KAMI SETAKAT INI.....
PEMBERIAN SAGUHATI (DIVIDEN) SEBANYAK 04% SETIAP 3 BULAN SEKALI (16% SETAHUN) bagi pembeli tanah  & biz dalam program ini.

Sunday 18 September 2011

MELAYU HANYUT 2020 BAB 3

MELAYU HANYUT 2020 BAB 3

Dalam Paparan kali ini, Penulis cuba menarik peminat untuk memberikan ruang minda berfungsi dengan paparan dan teguran sinis. Sekiranya teguran ini ‘keras’, penulis minta maaf dan jadikannya NASIHAT dari seorang GURU YANG TELAH PENCEN..........


“Sekiranya baik makanan itu maka baiklah hati itu dan sekiranya tak baik makanan itu maka tak baiklah hati itu. Sesungguhnya hati itu ditempa oleh makanan.”

KAHWIN AWAL adalah saranan Rasulullah. Kematangan adalah proses ilmu yang diterima rakyat. Kalau ‘ buat pagar’ sekolah itu lebih penting dari buku atau perpustakaan maka beginilah jadinya....... Lebih sedih apabila pelajar hanya diajar mengingati dan menghafal sedangkan kefahaman ilmu itu terbabas......
“Seronoh gi sekolah dapat tengok gewen”, tak dok mud lah kalau tak campur tino-jantan..... bila dah campur jadilah ‘menatang’......

PELAJAR PENGAJIAN TINGGI? MENTERINYA ASIK DOK BERTIORI...... DAN BIZ PTPTN KE....


Harap-harap Tun bercakap mengenai CABARAN tuntutan rakyat terhadap PEMIMPIN......
Hari ini dah jadi cabaran kalau RUMAH leader jadi ISTANA........
Kini dah jadi isu kalau AKSOSARI Keluarga BRENDED dan MAHAL.....
Sekarang ni dah jadi humpitan kalau MAKANAN pemimpin lebih lazat dari rakyat......
Ketika ini dah jadi bualan jika YB asik dok melawat LUAR NEGARA dan ‘wak dogol’ tunjuk lagak........
Loorni RAKYAT DIDAHULUKAN untuk mendatangkan hasil kepada NEGARA sampai ‘ekor’ pun dikira, sedangkan para Pemimpin dan Kakitangannya dok naik ELAUN, BONUS dan IMBUHAN......
Rakyat nak naik apa? Barangkali naik bulu jadi HANTU RAYA.........
Justruitu bagi mencapai WAWASAN 2020 para pemimpin patut mengikuti pimpinan Rasulullah dan para sahabat baginda..
Apa rakyat makan kitapun makan.....
Apa rakyat diami kitapun diami sama....
Apa rakyat pakai kitapun pakai sama.. tak bezapun sebagaimana yang dibuat Rasulullah: Duduk Sama Rendah, Berdiri sama Tinggi......
Kalau kita banyak ‘puasa’ sunat lebih baiknya lagi dari dok ‘kedarah’ keringat rakyat.


Dunia banyak melahirkan aksosari minda yang mengasikkan dan menarik manusia untuk memikirkan tentang diri dan permainan, ingatan, hayalan dan sebagainya. Ia lebih menjadikan manusia berinteraksi minda ke minda.


Kejar mat! Kejar! Booo  laaaa..... Tenaga dikeluarkan begitu hebat tapi rumah ‘senget’ tak tegappun! Yang miskin tetap miskin dan anda cuba mencipta nama dan mertabat diri untuk kebanggaan bukannya boleh memenafaatkan atau meringankan bebanan hidup saudara kamu yang sedang menderita........ asik melanggar hukum Allah dan silap-silap ketika solatpun terlupa........
Kenapakah kita suka kepada rekaan Zionis yang mensia-siakan masa muda kita yang bertenaga.
Wahai sahabat dalam permainan, ambillah contoh MEDAL, PIALA, CENDERAHATI yang diprolehi bukannya boleh digadai, dijual atau direbus buat sup. Tapi hanya membazirkan almari dan memenushkan memori sahaja.
FIKIRLAH kalau tenaga sebegini digunakan untuk membajak sawah pasti sawah terisi penuh dengan pokok padi dan tiada sawah yang terbiar......
Kasut jenama mereka, pakaian buatan mereka,  permainan cara mereka dan MEREKA menjadikan PERMAINAN ini untuk menghasilkan PELURU bagi membunuh saudara kita di Palestin, Afgan, Pakistan, Libya, Zekoslovekia, Russia dan lain-lain negara Islam.
Kenapa kita BUTA dengan perancangan mereka???????   


Putus silaturahim laluan ke neraka? Waw, dahsyatnya.....  Bagaimana pula yang memutuskan perasaan kasihsayang kepada saudaranya yang mmerlukan pertolongan dan bantuan seperti keperluan tempat tinggal dari kandang lembu, dalam hutan, rumah senget menanti runtuh, tiada tandas dan yang paling sedih apabila saudara kita memilih ‘bunuh diri’ kerana desakan ekonomi...........
Sedangkan kita bermewah dengan kenderaan, rumah berhias, lampu warna warrni, pagar berribu belanja dan sebagainya..........



Kita kena KAJI dengan TELITI OBJEKTIF pernyataan MEREKA.......
Hang Jebat juga bukanlah HERO kerana mendurhaka kepada Raja Melaka walaupun penentangannya adalah untuk membela keadilan Hang Tuah. Begitulah terjadi kepada Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Mat Kilau, Tok Ku Paloh dan lain-lainnya yang menentang PENJAJAH TANAH MELAYU atau tanah orang melayu........
SEJARAH juga kena kaji adakah BENAR , Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi itu ANAK MELAYU? Bagaimana boleh anak melayu bernama Han Tu Ah, Han Le Kir, Han Le Kiu, Han Kas Turi. Han bukan bukan nama Melayu dan sahabat berlima ini pula tiada bin dihighlightkan. Mak Tuah pula Dan Me Du.....Yang jelas nama Han atau Hang tu adalah pada Puteri Han Li Po. Para Sejarahwan patut berbincang secara ILIMIAH untuk mencari KEBENARAN mereka ini. Jangan jadi LEMBU PUNYA SUSU, SAPI PUNYA NAMA.
Bagi yang MENENTANG adalah kerana tidak puashati tentang ketidakadilan yang berlaku dan bagi SEKUTU buat apa menentang kerana sudah ‘kenyang’ dan ‘tidur lena’.........
Ikut ramai tu senang........ siapa nak ikut satu golongan dari dalam 73 golongan ????????  Kan DEMOKRASI tu memberikan HAK kepada yang RAMAI.



Fakta sekarah tak diubah tapi diperincikan supaya generasi tau sebab-sebab perperangan dan kekacawan berlaku. Contoh Si Jebat Derhaka kenapa? Sultan Mahmud mangkat dijulang kenapa? Kenapa pahlawan melayu namanya Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Han lekir? Kenapa Parameswara jadi Iskandar Riwayat Shah? Kenapa Jadi UMNO? PAS? PERIKATAN, BERJASA dan lain-lainnya? Setiap sejarah hendaklah dikaji balih secara ILMIAH supaya FAKTAR sebenar dapat ditemui.......




PERHATIKAN........
MEREKA ini pula aktif dalam menyesatkan Melayu di bidang LAKONAN. Lakonan yang paling hebat adalah yang GANAS, SEX samar-samar dan bertentang dengan ISLAM. Gunakan KECANTIKAN melayu untuk mengasikpesongkan melayu.......
Kita sibuk gegarkan cerita mengenai Pondan, tapi kita biarkan RAMAI Melayu Islam menyimpang dari ajaran Islam dalam INDUSTRI LAKONAN, HIBURAN dan SUKAN. Menteri Islam elok tutup lingkup auratnya tapi kenapa biarkan RAKYAT merasai API NERAKA?


MENTERI SIBUK DENGAN CERITA SEORANG "KERTAL" TAPI MEMBIARKAN PERKARA SEBEGINI MENULAR DALAM PENGHIDUPAN MUSLIM. KENAPA DAN MENGAPA?


ADAKAH BOLEH KITA ANGGAP MEREKA BAIK ?
Wira Melayu adakah mereka yang memperjuangkan proses keterbukaan minda Melayu?
Memecahkan ‘metalblock’ dalam diri Melayu itu? Atau yang mengajak ke arah DEMOstrasi? Atau Pertubuhan Melayu itu atau NGO Melayu???? Atau yang menentang apa jua jenis penjajahan baik minda dan fizikal?
 
PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA AHLI JERMAS

Sila datang mengambil bonus 4% bagi bulan Julai, Ogos dan September 2011, di Pej. Jermas Enterprise, lot 54, Jln. Besar Jerteh (Berhadapan KFC). Urusan pengambilan boleh dibuat pada jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dari 1 Oktober hingga 7 Oktober (1 minggu).
Bonus Ahli yang tidak mengambilnya pada tarikh tersebut  akan dimasukkan ke dalam Belian Tanah anda.  Sebarang makluman hubungi : 014-6090884 atau 017-925780.
Terima Kasih.

Deritamu adalah Deritaku jua”


Tuesday 13 September 2011

MELAYU HANYUT 2020 ? BAB 2

MELAYU HANYUT 2020 ?
BAB DUA

Apa yang dibicarakan ini adalah satu pandangan yang mungkin jadi atau mungkin tak jadi. Tapi bagi penulis, yakin ianya tak akan berlaku kepada kita di negeri pantai timur hari ini dan setengah-tengah tempat di pantai barat Tanah Melayu telah mengalaminya. Yang jelas mungkin akan berlaku 15, 20 tahun lagi kepada cucucicit kita yang berbangsa MELAYU dengan sikap melayu-layu sombong banyak bodoh jenuh....
Selaku bangsa Melayu Islam, penulis cuba untuk menyedarkan bangsanya tentang kepentingan BUMI yang kita pijak hari ini. Bangsa Melayu Islam yang dilahirkan di sini tiadalah BUMI lain yang akan dijadikan miliknya. Dengan adanya bumi ini maka kita diberikanNya tempat dilahirkan, dibesarkan, diperilmukan, dipekerjakan, dijodohkan, diberikan ruang untuk berbakti pada jalan PUTIH atau HITAM dan akhirnya dibumikan.
Kepentingan BUMI mesti diambilberat oleh Melayu Islam. Tanah Melayu adalah bumi hak orang-orang Melayu. Adakah kita telah sahkan bumi ini milik kita? Kalau sudah disahkan bermakna segala kekayaan yang ada atau yang lahir dari bumi ini memberikan keuntungan kepada Orang Melayu seluruhnya bukan segelintir orang. Setiap MELAYU sepatutnya menerima ganjaran daripada ‘kekayaan’ yang ada atau wujud di bumi. Dan ganjaran yang paling tepat ialah ganjaran di hari tua (Warga Emas) Selaku ORANG MELAYU di bumi TANAH MELAYU patut diberikan hak mendapatkan royalti pada peringkat warga tua (60 tahun ke atas) kalau tak dapat elaun pada nama MELAYU sebagai hak keistewewaan.
Rata-rata umur orang Melayu adalah di antara 60 ke 70 tahun dan jarang mencapai usia 80 tahun ke atas. Jadi apa salahnya membiayai mereka dengan saraan wang antara 500rm ke 800 rm sebulan........ barulah warga tua MELAYU tak HANYUT MEREMPAT di bumi sendiri.
DAN...............
Terbaru mengenai pendedahan Pengkristian Orang Melayu di TV 9, agensi yang ditugaskan mengabaikan tanggungjawab.........
serta Pengakuan sepasang suamisteri yang menjalani hukuman penjara di Pokok Sena, Kedah....         ADALAH KERANA DESAKAN EKONOMI

Inilah yang menjadi persoalannya sekarang:
Sekiranya benar Pertubuhan Melayu, Islam dan NGOPribumi MAHU menolong MELAYU,
 pasti, pasti dan pasti tak akan ada lagi melayu merempat di jalanraya, kaki lima dan lorong-lorong kotor di bandar................
Sekiranya ada MINDA Melayu yang berpaksikan kepada ajaran Islam sebenarnya,      pasti, pasti tak akan ada melayu tinggal kedaifan dalam hutan, dalam kandang lembu atau rumah yang menunggu nak runtuh.......
Sekiranya ada Mufti Islam yang bijaksana,
pasti, pasti dan pasti tak akan ada janda melayu menerima pertolongan dari GEREJA, Pertubuhan Buddha dan lain-lain pertubuhan bukan Islam.......
Sekiranya ada Penyatuan Melayu-Islam di BUMI Tanah Melayu ini,
pasti, pasti dan pasti tak akan ada nenek melayu pada usia EMAS masih mencari rezeki sebagai GRO di PUB dan Pusat Hiburan........
Pasti, pasti dan pasti Melayu terbela dan dibela.......
Dan sepastinya para PEMIMPIN MELAYU mendahulukan peningkatan taraf hidup pimpinannya dari taraf hidupnya sendiri..........

(INILAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ROYALTI WARGA EMAS. SETIDAK-TIDAKNYA IA AKAN MEMBANTU UNTUK MENINGKATKAN TARAF HIDUP KELUARGA: KENAPA PEMIMPIN MEMPUNYAI RUMAH NILAIAN BERJUTA SEMENTARA PIMPINAN HIDUP SEBEGINI????? PASTI, PASTI ADA YANG TAK KENA PADA SESUATU. SAMADA PADA SISTEM, MINDA, NUR AGAMA ATAU ‘GILA’ ATAU MEMENTING DIRI SENDIRI.)

Hari ini kita HANYUT DENGAN CARA PEMIKIRAN yang terkebelakang dari mereka lain. Antara KEHANYUTAN itu adalah:
1.                  Apabila kita memiliki tanah di tepi jalan, kita lantas membuat rumah dan rumah kediaman itu akan meminta hasil untuk dibayar seperti bil eletrik, air, tong sampah, cukai dan lain-lain bil yang disediakan oleh PBT.
Tapi bagi mereka, mereka mendirikan stor atau premis perniagaan. Dan setiap bulan setor atau premis itu akan menghasilkan pendapatan kepadanya.
2.                  Apabila kita memiliki kereta kita gunakannya untuk ‘berjangok’. Sobek sana, sobek sini. Dan setiap sobekan itu akan memerlukan wang, tenaga dan masa yang terbuang.  Begitulah juga apbila memiliki kenderaan untuk bersukan seperti 4x4 yang setiap kali sebelum atau selepas aktiviti terpaksa memakan belanja sevis dan pemulihan.                                                                                                             Mereka pula memiliki kenderaan untuk perniagaan dan setiap perjalanan, minyak, masa dan tenaga dikira atas perniagaan dan semuanya ditanggung oleh biz mereka.
3.                  Apabila kita meminjam, kita gunakan wang pinjaman itu untuk keperluan diri dan keluarga seperti beli kereta bagi ulangalik kerja dan makan angin. Dan setiap masa kita kena belanja minyak, servis, roadtax dan insuran.                                                                                             Tapi bagi mereka, mereka meminjam untuk biz. Dan biz itu akan memberikan pendapatan kepada mereka.
4.                  Kita memikirkan bumi ini tak begitu penting kerana bumi ini bumi Melayu dan terdapat banyak lagi bumi di Tanah Melayu ini. Bila harga bumi itu meningkat kita terkejut dan mengatakan MAHAL. Kita terlupa bahawa BUMI tidak akan BERANAK tetapi manusia yang menggunakannya beranak dan bertambah! Justru itu bumi yang satu ketika itu tidak bernilai tinggi, berubah menjadi tinggi nilainya akibat dari pertumbuhan ekonomi yang mendesak. Di tempat kita, kalau dalam BANDAR dikira sekaki persegi tapi di Chicago, Amerika ianya dikira satu inci persegi......                                                                                                             Mereka memikirkan bahawa bumi susah untuk didapati kerana mereka adalah kaum pendatang yang menumpang di negara asing. Justru itu mereka fikir ianya satu ‘peluang’ untuk mendapatkan bumi di sesuatu kawasan dari segi perspektif nilai dan masadepan. Mahal bukanya halangan bahkan dijadikan peluang bagi mereka untuk terus maju.

5.                  Dari sudut ILMU pula kita masih berkisar dengan ilmu yang sama. Seolah-olah kita ini ingat-ingat lupa. Kita bertengkar dengan ilmu yang sama setiap abab, sedangkan ilmu itu telah dipusakakan melalui kitab-kitab dan buku-buku oleh para ulama dan ulamak terdahulu.    Bila jadi ahli masjid dan setiap hari sembahyang di masjid kita sudah besar diri dan menganggapkan bahawa mereka yang tak ke masjid tak islamik dan selalu merendahkan mereka. Sedangkan aktiviti masjid tidak sepenuhnya kita ikuti. Contoh hanya sembahyang di masjid dan apabila USTAZ ambil kitab nak baca kita melangkah turun ke kedai kopi. Di kedai kopi kita meneruskan cerita yang tak seharusnya dibuat oleh seorang Muslim. Sepatutnya lebih banyak yang kita belajar maka lebih kurang petah kita berseloroh bodoh di kalayak ramai. Lebih merendah diri kita kepada orang lain. Kita akan gunakan dunia sebagai alat untuk ke akhirat.                                                                     

Sementara mereka mementingkan ilmu dunia kerana mereka bukan golongan yang mempunyai akhirat. Mereka mencari ilmu serata dunia dengan menggunakan masa cuti untuk melancong bagi mendapatkan pengetahuan semasa. Ilmu perniagaan mereka terbuka luas dan mereka mempunyai organisasi mereka yang boleh membantu secara swasta. Organisasi mereka tak ‘loket’ memberikan mereka tunjuk ajar dan mengamalkan PEMUDAHCARA, BUDIBICARA dan JUJUR. 

(TIADAKAH BUDI BICARA, PEMUDAH CARA & TUNJUK CARA UNTUK JALAN PENYELESAIAN YANG MEMBERIKAN KEADAAN MENANG MENANG kepada Kerajaan dan Rakyat.... )

6.                  Di masjid tetap sama dengan pengajaran USTAZ yang syarah bergegar dan berhemah tapi tiada NUR. Nur adalah CAHAYA yang memberikan jalan dan panduan kepada kita yang dalam KEGELAPAN dunia atau akhirat. Ustaz bercerita tentang cerita sama, ilmu sama, contoh sama, surah sama tapi tak memberikan LORONG bagi memenafaatkan JEMAAH di dunia secara individu dan jemaah. Tidak memikirkan kekuatan JEMAAH yang menyelamatkan dunia dan akhirat. Mereka lebih kepada konsep ‘PAWANG ANA atau TOK SELAMPIT” dalam masyarakat Melayu. Tiada konsep PEMBUKA MINDA atau PENGHIJRAHAN MINDA bagi setiap kali perubahan tahun Islam berlaku. Kenapa tidak PEKA kepada persekitaran HARI INI?  GEREJA DAN PERSATUAN BUKAN ISLAM DAH MENOLONG ATAU MEMBIAYAI ORANG ISLAM! Di manakah konsep kebertanggungjawab kita sesama Islam? Berebut Nak Jadi Tok Iman, Berebut nak Jadi Penyelaras, Berebut Nak Jadi YB, Berebut nak Jadi Wakil Bahagian dan lain-lain Ketua dalam Jabatan...... Zaman Rasulullah dahulu tiadapun begini.... Zaman KHALIFAHpun tiada begini......
Mereka pula dengan bantuan agensi pertubuhan swasta membina usahawan dan pembentangan kertaskerja bagi menolong kaum mereka yang tak bernasib baik dalam penghidupan. Mereka membentangkan kertaskerja EKONOMI tapi kita membentangkan kertaskerja POLITIK atau AGAMA SEMPIT.

(NUR HIDAYAH DARI CERAMAH DAN PENGAJARAN USTAZ DI MANA?)

7.                  Di Kampung, di Pekan, Di Bandar dah ramai USAHAWAN Melayu yang berjaya tapi jarang yang mempunyai NUR sebagai JUTAWAN MUSLIM. Jutawan Muslim adalah seseorang yang kaya dengan wang dan perniagaan yang digunakan untuk kebaikan orang lainya. Seperti di sebuah daerah dalam negara Pakistan, seorang jutawan Muslim itu hanya tidur dalam rumah yang kecil dan berulang-alik ke masjid tapi kilang-kilangnya sebesar bukit yang menempatkan beribu pekerja menyara hidup mereka.                                                                                            Di tempat kita banyak kekayaan itu dirasai oleh pemiliknya tanpa memberikan menafaat kepada insan lainnya. Contoh si kaya memakai kereta berharga 500 ribu yang memberikan menafaat kepada diri dan keluarganya sahaja...... apa kata sekiranya sikaya memakai kereta berharga 100 ribu ringgit sahaja, sudah pasti wang lebihan sebanyak 400 ribu ringgit itu dapat dibuka 4 perniagaan dengan modal 100 ribu ringgit satu dan jika satu perniagaan memberikan peluang pekerjaan 3 pekerja bermakna 12 insan sudah boleh bergantung kepada wang lebihan tadi dan 12 keluarga sudah mendapat menafaatnya. Begitulah juga dengan RUMAH, PERHIASAN, PAGAR dan sebagainya.
Juga dengan simpanan wang di bank-bank yang si pemunyanya hanya menunggu keuntungan tahunan untuk diri dan keluarganya sahaja. Tapi kalau digunakan untuk perniagaan, dah pasti ada insan yang boleh menumpang..........     alasan yang sering didengar TAKUT RUGI. Jelas mereka mempunyai penyakit Warhan sebagaimana kata Rasulullah itu. Tak terfikirkan apabila RUGI DI DUNIA TAPI UNTUNG DI AKHIRAT?                                                                              Mereka pula mengajar dan menganjurkan sistem untuk jadi kaya, mulia hati dan diri, menolong rakan dan bangsa. Bersatu hati dengan tindakan yang diputuskan puak mereka, sementara Melayu kita masih ‘SEPERTI LEMBU YANG HANYA TAU MAKAN RUMPUT. Melayu kita buta dengan sifat Mahmudah tapi celek dan pintar dengan sifat MAZMUMAH. Takut orang lain kaya, takut pakai kereta besar, takut rumah besar, takut gaya lebih dan beribu ketakutan yang menghantui diri mereka.
  
Wahai kereta yang mahal.... hebatnya pemikiran manusia dengan izinNya mencipta kamu dan beruntunglah mereka-mereka yang menggunakanmu untuk perjuangan mendapat REDHA NYA.                                                     
KITA SEPATUTNYA MEMBERIKAN PANCING DARI WANG ATAU MAKANAN: KITA PATUT MEMBINA KEKUATAN PERTANIAN BAGI MENJADIKAN NEGARA MEREKA NEGARA BERMAKANAN.

                                                                                                                  
8.                  Bila memerhatikan seseorang kita BUTA dengan pandangan yang benar. Kita tertipu oleh penampilan kehebatan pakaian seseorang, milikan seseorang seperti kereta, pejabat, rumah dan perhiasan. Kita merasai rendah diri apabila melihat seseorang itu hebat dunia. Ingatlah wahai Sahabat, Rasulullah tak pernah rendah diri kepada manusia. Tapi baginda merendah diri kepada Allah SWT. Allah tidak melihat RUPA dan AMALAN kamu tapi Allah melihat HATIMU.              Mereka melihat dengan menggunakan “mata jemaah”. Sebab itulah pertubuhan dan persatuan mereka HIDUP sehingga ke hari ini.


(BILA KAYA DAN BERKUASA MEMBENTUK HALOBA DIRI..... DAN INI PERLU DISEDARI OLEH PARA PEMIMPIN HARI INI. PATUTKAN KITA BERKUASA TERUS-TERUSAN? ATAU MENAFIKAN HAK KEPIMPINAN ORANG LAIN? Adakah orang lain tak pandai memimpin atau tadbir negara?)

9.                  Justru itulah hari ini kita banyak TERTIPU oleh mereka-mereka yang mempamerkan kehebatan dunia untuk memerangkap mereka yang buta.
Satu SCK tu meme rangkap dengan kereta MEWAH. Satu SCK itu pula memerangkap dengan MAHLIGA, Satu MLM pula memerangkap dengan
UMRAH, HAJI dan BONUS HEBAT.  Sedarlah wahai sahabat, semuanya ini adalah seperti LKY di Temasik dahulu yang memakai SONGKOK bila pergi berjumpa dengan orang Melayu di sana untuk meraih undi. Dan bila sokongan dah dapat apa terjadi kepada M E L A YU di sana?
Mereka pandai menggunakan PERIBAHASA Melayu dalam berkomunikasi dengan Melayu-layu: “Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengebek”. Begitulah juga yang digunakan oleh Yingluk PM Thailand kini yang berjumpa dengan penduduk Melayu di Selatan Thai dengan memakai selendang merah untuk meraih sokongan undi.                                                                Mereka ada kelendar sendiri dan setiap bulan mempunyai simbol dan fatwa tapi kita tiada dan merujuk kepada takwin Islam secara zahir sahaja. Kita asik meniru-meniru. Yang sedihnya meniru perbuatan yang bertentangan dengan ajaran AGAMA sendiri.....

(LOKANAN JUGA ADALAH PENYAMARAN..................... BERLAKON BERMAKNA BERPURA-PURAKAN ..................... Tambahan lakonan hari ini banyak yang menentang hukum Allah seperti tiadak menutupi aurat, bergaulbebas tanpa batas dan meniru gayahidup bukan Islam yang sepatutnya tidak diikuti...........................................    Satu Riwayat: Nabi melarang Syidinna Ali menyandarkan pedangnya ke batu dinding kerana ianya menyerupai cara sandaran pedang orang Kafir. Jadi sekiranya cara sandaran pedangpun dilarang maka apakah lagi pada meniru carahidup mereka?)
Amalan makan hebat adalah salah satu yang patut difikirkan kerana amalan Rasulullah ialah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi... Kenapa para pemimpin dihidangkan dengan makan yang mahal sedangkan pimpinan dijamu makanan murah? Kita ajar rakyat supaya tidak membazir dan jimat cermat sedangkan kita selaku pemimpin makan sebegini........

10.              Melayu-layu hari ini mempercayai seseorang itu melalui kehebatan dunia. Kalau dia memiliki rumah hebat, kereta mewah dan penampilan mahal maka              dipercayai penuh. Tak ubahlah orang kafir Quirash dahulu yang mempercayai                                              Abu Jahal dan pembesar Mekah. Siapa nak percaya Rasulullah ketika itu? Rasulullah tak memilik kekayaan lagi ketika itu tapi memiliki budipekerti yang baik dan terpuji. Hari ini bagaimanakah nak kita mendapat kepercayaan kepada seseorang yang pakaiannya bertampung, rumahnya yang buruk dan murah? Hari ini kalau ditonjolkan tingkah sebegitu, pasti PUAK 72 akan mengatakan “orang miskin dan tak cukup makan” atau Orang yang tak ada ‘FUTURE”.
Inilah kebenaran Hadis Rasulullah yang berbunyi, “ Islam pada awal kedatangnya di anggap ASING, dan di akhir zaman ia kan kembali ASING”.

BAGAIMANA NAK DIATASI KELEMAHAN INI
Kita boleh bersatu dalam permainan. Sanggup bergaduh untuk mempertahankan tujuan tapi KENAPA kita tak dapat BERSATU dalam menegakkan ekonomi yang jelasnya boleh membantu rakan sepermainan kita yang tak bernasib baik dalam penghidupan??????????


Senang sahaja sebagaimana tolak campur bahagi.
Dan jika kita berSATU PADU dan BERSATU HATI akan menghasilkan JEMAAHKU ADALAH KELUARGAKU DAN DERITAMU ADALAH DERITAKU JUA
Penoreh getah dah bersatu dalam RISDA, Peneroka dapat keistemewaan dari FELDA serta FELCRA .....................              dan kita yang tak memiliki kebun untuk disatukan maka ada baiknya kita bersatu dalam membeli keperluan harian kita.
DENGAN PERPADUAN KITA
-Satukan tempat membeli
-Lahirkan baitulmal jemaah
-Hasilkan keuntungan
-Sumbangankan kepada yang memerlukan
-Menolong diri, keluarga dan orang lain...................................................





UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI DAN MAAF DARI SAYA SEKELUARGA..................
Jika ada terkasar dan ‘pedas’nya huraian saya, bukanlah niat untuk menjatuhkan seseorang tapi adalah untuk memperelokkannya.