PERANG EKONOMI


ISU SEMASA
Dulu datuk nenek moyang kita membuka kampung, tanpa menggunakan peralatan moden, hanya parang, kapak, gergaji, pahat dan lain-lain perkakas serta tidur di ‘dangau’ yang serba berkurangan. Tapi mereka bersyukur dan mempunyai tekad untuk membina masa depan anak-anak dan generasi mereka.
Satu ‘kecelakaan’ yang menimpa segelintir melayu hari ini adalah menghina kemiskinan yang dahulunya dimiliki moyang mereka! Mereka dengan senang mengejek kemiskinan dan mengagungkan kekayaan dunia matalamat firaun. Tidakkah mereka belajar dari kitab bahawa kemiskinan adalah sunnah Rasul dan kekayaan adalah matalamat firaun, namrut, taqut dan koron?
Gejala ‘enau dalam belukar’ telah menimpa masyarakat kita hari ini. Masing-masing membina ‘dunia impian’ sendiri tanpa menghiraukan ‘zakat perasaan’ mereka yang tinggal berdekatan. Mereka membina istana dan ‘keakuan’ pada pagar yang tak mudah dirobohkan, sedangkan temannya selaku orang yang akan menyembayangkan ‘jenazah’nya sekiranya ia pergi, berada dalam keadaan serba kekurangan (sampai makan siput babi atau tidur di bangsal lembu).
Paling jelas kita lihat berpakaian ‘ala nabi atau mementingkan sunnah’ tapi bergelumbang dengan rasuah projek, rasuah politik, rasuah sosial, rasuah ekonomi dan berbagai-bagai lagi..... Adakah ini yang dikatakan ‘munafik’? Tidakkah Rasulullah mengajarkan kita duduk sama rendah dan berdiri Tidakkah Rasulullah mengajarkan kita, “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi?”   

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat anak-anak jati Jerteh khasnya dan Besut amnya
Lihatlah gambar asal Pekan Jerteh, kebanyakan bangunan adalah kayu dan beratapkan nipah atau rumbia. Nenek moyang kita sudah bersyukur mengalaminya. Mereka tidak diberikan ‘subsidi’ dan elaun dari kerajaan, tapi mereka hidup dengan kehebatan “ BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”. Bangunan yang besar dan teguh di zaman mereka hanya balairaya, pasar, masjid dan bangunan untuk kepentingan umum. Hari ini rumah lebih besar dari ‘rumah Allah’ (masjid). Pagar rumah sahaja beribu ringgit dan kalau digabungkan belanja pagar rumah Melayu pasti terbina sebuah BAITULMAL yang hebat dananya.
  Alhamdulillah syukur kepada Nya kerana telah menilhamkan saya kepada satu program untuk meningkatkan mertabat Islam di dunia secara globalnya.
Dengan nama Allah saya nyatakan bahawa tanpa Nya saya tidak akan dapat mengadakan program ini. Kerana Dialah yang telah membuka minda saya dan kekuasaan Nyalah maka saya dapat mengaturkan program ini.
Semuanya bermula apabila saya terserempak (aturan Allah untuk mencetuskan minda) dengan mereka yang mengadakan pertemuan bulanan di Selatan Thai dengan aktiviti yang melanggar peraturan Allah.
Di situ saya terfikir kenapa mereka begitu mewah membuat sesuatu yang bertentangan dengan agamaku?
Dari mana sumber pendapatan? Siapakah yang membantu mereka?
Oleh kerana saya ketahwi siapa mereka dan perniagaannya maka terbayanglah di minda saya bahawa orang-orang kitalah yang membantu ‘memperhebatkan’ mereka dengan gejala-gejala sebegini. Dahlah begitu mempengaruhi kawan-kawan seagama pula.
Bermula di situ saya dengan panduan ilmu pembangunan usahawan sebelum bersara pilihan dan pengalaman dalam Syarikat Warisan Berhad yang diwarisi dari arwah ayah (Sulong bin Ngah), saya memerah minda menghasilkan satu kertaskerja. Selama lebihkurang 6 bulan, selepas otersana, otersini maka saya dapat satu ‘formula’ yang boleh menghidupkan dan menyatukan jemaah dalam era dunia moden hari ini.Manusia pertama yang menerima dan menjadi ‘sahabat’ dan menyokong  program ini ialah sauadara Salahudin, diikuti cikgu Mohd Zahid, saudara Husni dan seterusnya mereka-mereka yang telah ditemui dan berfikiran terbuka.


Apa yang diutara di sini ialah pembangunan sesebuah jemaah (syarikat dengan perkataan ekonomi) yang bertunjangkan ikhtiar dan taqwa.
Cuba fikir bagaimana nak didirikan ‘solat’ jika tiada Ilmu! Pakaian! Tempat! Tenaga!......
Semuanya tersusun : Nak dirikan solat mesti ada ‘ilmu’, kemudian memiliki kewangan untuk membeli  pakaian dan tempat. Semua keperluan itu mesti dibekalkan dengan ‘tenaga’ untuk mencapainya.
Dan tenaga itu bersumber dari makanan halal yang memerlukan nilai untuk mendapatkannya. Nilai itulah dikatakan ‘ekonomi’.
Kekuatan dan kekukuhan jemaah bergantung kepada kekuatan nilai kewangan dan nilai ketaqwaan.
Kita tidak perlu berperang dengan senjata seperti pedang, tombaklembing, panah, baju besi dan lain-lain lagi sebagaimana Rasulullah dan para sahabat berjuang dahulu. Ketika itu hanya itulah senjata untuk menakluki musuh, tapi hari ini dunia sudah berbeza sebagaimana kata Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Johor Coporation dalam ruang minda usahawan Harian Metro bahawa dunia hari ini menakluki sesuatu kawasan adalah melalui ekonomi. Jadi senjata cangggih hari ini ialah ‘bisnes’. Dengan bisnes juga bandar-bandar di Malaysia ditakluki bukan Muslim. Dengan bisnes juga Wilayah Iskandar dizonkan. Dengan bisnes jugalah ‘Mutiara’ dikuasai bukan Muslim. Jadi ‘bisnes’ merupakan ‘senjata perang’ pada abab 21 ini. Bisnes menegakkan Islam adalah “JIHAD” yang wajib disertai oleh Muslim.
Jerteh dahulu dihuni oleh hanya 15 keluarga bukan Islam! Tapi hari ini separuh dari Jerteh telah dimiliki mereka.
Saya berkata ini bukan untuk menaikkan semangat memerangi mereka . Peperangan dengan merosakkan dan membunuh insan sudah tidak ‘releven’ lagi tapi mahukan Muslim memahami konsep dakwah, jujur, amanah dan bertawakal. Kerana inilah yang akan memertabatkan ajaran Islam sebenar. Terlampau panjang untuk saya bercerita, cukuplah saya dan Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengatakan bahawa berjihadlah dalam perniagaan. Jangan memberikan berbagai alasan sebagaimana Yahudi berikan kepada Rasulullah apabila diseru untuk Perang Uhud dahulu......
 Dan kepada para sahabat yang telah menyertai program ini saya ucapakan terimakasih serta kuatkan azam dan doa agar ‘perjuangan’ ini berjaya. Aamin.  

BAYANGKANLAH BAGAIMANA PROGRAM INI DAPAT:
1.                Membantu kebajikan ahli yang ditimpa musibah dan kesusahan.
2.                Membantu meringankan tanggungan ahli dalam pembelajaran anak-anak & diri di waktu tua.
3.                Membantu ahli yang ‘terpilih’ untuk menunaikan Fardhu Haji.
4.                Membantu ahli dalam perniagaan : membentuk usahawan.
5.                Membantu ahli dalam segala kesulitan: “Deritamu Deritaku”.
6.                Membantu Pondok-Pondok Pengajian Islam (50 buah).
7.                Membantu orang-orang yang tidak bernasib baik.
8.                Membantu saudara baru

SABDA RASULULLAH S.A.W. berbunyi;
“Manusia yang paling baik adalah manusia yang banyak memberi menafaat kepada manusia lain”.
 Dan dalam surat Ali’Imran pula dinyatan Allah pada ayat 120 berbunyi;
“ Jika kamu beroleh kebaikan, maka mereka (munafik) akan berasa kecewa dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah mengetahwi segala apa yang mereka lakukan.”
Ini adalah beberapa jawapan yang dilandaskan apabila menerima kritikan dan halangan dari ‘mereka’ yang bersifat dalam ayat Allah di atas.

Ya Allah ya Tuhanku,
Aku berserah kepada Mu atas segala urusan yang baik ini dan kepada Mu jua kupohon menghindari “munafik-munafik” Islam kerana Kau Maha Mengetahwi apa yang zahir dan batin.
Aamin Ya Rabulalamin.
Terima kasih.
Dan Segala yang baik adalah dari Allah dan keburukan itu adalah kesilapan saya selaku manusia.
PROGRAM EKONOMI ISLAM
“JEMAAHKU KELUARGAKU” & “DERITAMU DERITAKU”

Situasi hari ini ialah kita telah hanyut dalam keghairahan dunia dicanang Zionist sehingga lupa diri dan identiti. Paling menyedihkan ada dikalangan kita merendahkan martabat nenekmoyang mereka demi menonjolkan kemodenan gayahidup barat. Kemiskinan diejek dan kemewahan yang membazir dan berlagak itu diutarakan. Hidup untuk mengkayakan dan menyenangkan diri serta keluarga sahaja. Ramai Melayu mengajak solat berjemaah atas alasan sunnah tapi sedikit yang mengajak meneruskan hidup berjemaah ‘deritamu adalah deritaku’.
Rancangan ini jua adalah untuk memastikan generasi muda dapat kekal berada di kampung halaman dan menjadi pengawal kampung yang berjatidiri tinggi. InsyaAllah.
Penulis: Dunia hari ini terbalik kerana manusia yang normal membuang sampah sementara manusia yang ‘gila’ memungutnya (membuat kebajikan).  

Beringatlah ;
SUPAYA DOA DIMAKBULKAN ALLAH SWT.    Sabda Rasulullah SAW:
“Seseorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya.”                        
 Hadis  riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi.

MEMBENTUK DARAH DAGING YANG BAIK DALAM BADAN
Sabda Rasulullah SAW:
 “Ingatlah bahawa di dalam tubuh manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka roasklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati.”                                         Hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Dua hadis Rasulullah diatas adalah untuk memperingatkan kita tentang pentingnya menjaga makan dari sumber yang halal

MINDA KOPORAT

BISNES WADAH PERJUANGAN
Dengan bisnes yang beraspirasikan jihad, seseorang usahawan mendapat tenaga, kekuatan dan keperkasaan luarbiasa. Mereka juga akan menjayakan bisnes untuk beribadah dan beramal soleh serta berlumba membuat ‘fastabiqul khairat’ seperti dianjurkan al-Quran. Semua yang berjihad menerusi bisnes akan menyedari hakikat manusia paling baik adalah yang membawa paling banyak manfaat kepada manusia. Semua ini akan mendapat barakah dan ganjaran rezeki, termasuk dari sudut yang tidak dijangka....
                          (Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Metro Khamis, 1 April 2010)


Pernahkah terfikir apa akan kita buat apabila mengalami:
1.     Perlu kewangan segera untuk perubatan anak kemalangan? Melanjutkan pelajaran?
2.     Sumbangan untuk hari tua (warga emas)
3.     Peluang pekerjaan untuk anak-anak dan cucu-cicit kita nanti sedangkan peluang sektor makan gaji di jabatan kerajaan semakin kurang?
4.     Kesihatan diri sendiri yang semakin meningkat tua dan akan pergi.
5.     Bagaimana hendak berbakti kepada diri dan masyarakat.