Sunday 31 July 2011

SEMANGAT JIHAD EKONOMI (TUNJANG BUDI SDN BHD)


RINGKASAN CERITA PERGERAKAN SYARIKAT

SEKAPUR SIRIH
Buat Semua Bangsa Melayu yang cintakan Islam sebagai agamanya. Penerangan ini adalah hasil dari pengalaman hidup penulis merangkap bekas pengerusi ALP TBSB , peristiwa-peristiwa penting yang terjadi setempat, pengamatan kepada peredaran masa sekeliling mengenai penduduk setempat dan serba sedikit mengenai politik belakang tabir setempat. Semoga dengan menatapi dan membacanya sedikit sebanyak akan dapat gambaran atau senario aktiviti yang boleh dijadikan asas untuk memahami pendekatan terbaik mendapatkan ‘ruang’ bagi kejayaan Melayu di bumi sendiri.
Penulis mengharapkan agar cerita Pak Kadok yang Menang Sorak Kampung Tergadai itu tidak akan berlaku lagi pada generasi kini. InsyaAllah. Amin.
 
GAH di padang bola dengan nama Blue Heroes tapi tanah tempat kelahiran ditakluk orang lain dan ramai yang berhijrah ke tempat lain.
Kenapa kita boleh bersatu dalam bidang sukan? Kenapa kita akan menemui kegagalan sekiranya salah seorang dari team kita tiada? Hari ini kita mengasingkan diri dari kawan-kawan dan hidup bertanggungjawab kepada HANYA keluarga kita sendiri. Manakah EHSAN kita kepada teman sepermainan kita yang tidak berpeluang menikmati hidup sebagaimana kita? Kenapa kita pinggirkan teman kita yang berjalan kaki tu! Yang setiap kali bila bertemu kita mengharapkan bantuan untuk menyambungkan hidup mereka.......... Teman jenis apakah kamu???????


PENDAHULUAN
TBSB diilhamkan adalah kerana:
Terutamanya adalah untuk menolong bangsa Melayu atau penghuni Besut yang terkebelakang dalam aspek ekonomi dan perancangan berbanding bangsa-bangsa lain dan bersedia menghadapi kesan pembangunan yang akan berlaku akibat dari Projek UDI dan Koridor Timur nanti.
JUGA;
Cerita paling ringkas adalah ingin mengikuti jejak langkah Syarikat Warisan Berhad yang ditubuhkan oleh Kesatuan Guru-Guru Melayu Terengganu. Di mana mereka ini adalah guru lepasan maktab berkelayakan darjah enam dan mempunyai mentaliti kelas pertama.
Mahu menjadikan elaun menghadiri mesyuarat tahunan sekali ganda daripada mereka. Untuk pengetahuan semua tahun ini 2007 elaun menghadiri mesyuarat SWB bagi ahli biasa adalah sebanyak 200 RM.
Mengembalikan keutuhan pepatah Melayu dahulu kala iaitu: Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

Menghidupkan kembali kejatian Melayu yang akan menonjolkan sesuatu yang baru tapi lama. InsyaAllah. Amin.

Aku anak jati Pekan Jerteh
Hidup dan menghuni Pekan Jerteh selama lebih 53 tahun (umur ketika mula menubuhkan syarikat) terasa ingin membuat sesuatu yang akan menjadi ikutan kepada generasi akan datang. Kagum dengan kehebatan mereka-mereka kelas tiga (Darjah Enam) melahirkan Syarikat Warisan Berhad bertaraf kelas satu. Aku berpendidikan yang lebih baik dan lengkap dengan tempat pembelajaran yang selesa kenapa tidak bolek melahirkan sesuatu yang lebih baik? Siapa yang akan memulainya kalau bukan diri kita sendiri? Kawan bersukaria dan berjoli banyak ditemui dan menjelma sekelip mata tapi kawan atau teman berduka dan sanggup berperit susah hanya segelintir sahaja. Justeru itu carilah dan himpunkanlah mereka kerana mereka yang segelintir ini adalah SAHABAT SEJATI dan PEJUANG SEBENAR. Ingatlah kerosakan hati yang paling hebat adalah tidak mempercayai saudara sendiri.

Mengenali ‘mereka-mereka’ penduduk Jerteh.
Bangsa Melayu merupakan satu bangsa asal dan merupakan puak majoriti menghuni kawasan Pekan Jerteh. Namun begitu mereka hanya merupakan peniaga kecil di pasar dan peraih hasil pertanian. Pekerjaan mereka kebanyakannya berkebun dan sebilangan kecil pula menjadi pegawai kerajaan.
Bangsa Pakistan adalah pendatang yang berniaga. Mereka yang lebih berminat kepada perniagaan akan menjadikan pekan kecil sebagai pusat penempatan. Justeru itulah bangsa Pakistan merupakan salah satu kaum yang asal menghuni  di sini.
Bangsa Cina adalah bangsa yang banyak berniaga di Pekan Jerteh. Mereka seperti juga bangsa Pakistan menumpukan pada bahagian dalam bandar untuk menjalankan aktivitinya. Justeru itulah boleh dikatakan bahawa separuh daripada tanah di Pekan Jerteh ini dimiliki oleh dua bangsa ini. Mereka terlebih dahulu melihat kemajuan yang terjadi di negeri merekalah menyebabkan mereka (datuknenek yang terdahulu) mempunyai strategi membeli tanah-tanah yang berpotensi dalam pekan.
Bangsa Siam hanya ada lebih kurang 4 keluarga sahaja iaitu di pinggir pekan dan dalam pekan. Mereka lebih kepada pertanian dan penjual di pasar.
Bangsa India adalah kaum pendatang yang berniaga kecil-kecilan seperti air batu ‘kepal’ dan biji kacang rebus serta ‘gulalae’. Namun ada juga yang membuka kedai makan. Jelas sekali Pekan Jerteh boleh dikatakan Pekan Berbilang Bangsa. Namun penghuni Pekan Jerteh yang asal adalah di Kampung Belakang Gudang.

Pengistiharan Merdeka di Padang Pekan Jerteh oleh Tuan Pegawai Daerah Besut sementara wakil Melayu adalah cikgu Sulong bin Ngah, wakil Cina dan Siam ialah En Ann dan wakil Pakisan dan India ialah En. Jabir. 

Mereka (Datuknenek) adalah askar-askar raja Pattani di Selatan Siam yang lari bersama Raja Pattani mencari perlindungan selepas menyeberangi Sungai Besut di Jerteh ini. Kalau nak dikisahkan agak panjang lebih baik diceritakan dengan cara lain......Dulu bangsaku mengamalkan sikap Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing. Ini jelas apabila berlakunya kunduri kendara yang melibatkan kaum kerabat dan jiran tetangga. Pendekata seekor lembu itu hanya cukup untuk bahagian “jon kaka” saja. Begitulah dengan aktiviti “usung” (pindah) rumah.

Bangsaku yang “Tertipu”
Ditipu oleh pengaruh filem Hindi amat ketara pada zaman 50an, 60an dan 70an. Mengakibatkan anak gadis membelakangkan ibubapa, menjadikan cinta isi penghidupan penting! Tahun 70an, 80an dan 90an sehinggalah kini disongsangkan oleh sukan dan nyanyian (Hiburan). Tahun 20an hingga kini ditipu lagi oleh anasir Raja Mandalia di aspek pembangunan. (Menang Sorak Kampung Tergadai): Merdeka di jalanraya, merdeka di permis perniagaan dan rumah, merdeka di bangunan kerajaan, merdeka di mulut rakyat. Tempik laung sorak pada kejayaan nama tapi bumi dipijak semakin gersang dan dipajakkan. Slogan kita maju sehingga tak mampu membangunkan tanah kita sendiri dan meminta rakankongsi atas nama perpaduan! Jadilah alibaba, yabata, matsiong dan lain-lain lagi nama hebat.
Gunung Everest, Kutub Utara dan Selatan telah diterokai atas semangat Malaysia Boleh tapi nak membangunkan tempat sendiri kita tak mampu bersepakat! Untuk sukan dan hiburan kita boleh bersepakat. Berkonvoi ramai-ramai naik motor, Jom heboh ramai-ramai! Mari tonton sama-sama Kitab Akademi Fantasia, Sokongan Moral kepada pasukan kebangsaan dalam sukan tapi tak bolehkah kita bersama mengkoperatkan bangsa dan negara kita?
Dulu 2007 bangsaku tertipu lagi oleh MEDIA, HIBURAN, SUKAN, GLOBALISASI dan PEMIMPIN NEGARA. Semua ini adalah kerana WANG dan KEDUDUKAN.
INGATLAH duhai sahabatku, wang dan kedudukan bukan inti perjuangan tapi adalah alat perjuangan.

Yang peleknya kenapa mereka yang berpendidikan tinggi seperti peguam, wakil rakyat, proffesional, pemimpin agama dan sastrawan negara sanggup mengadakan demostrasi jalanan sebegini? Dan kita rakyat biasa adalah buta untuk tidak menanalisa apa yang mereka tuntut dan ketulinan sebab mengapa mereka berbuat begitu.....