Saturday 28 May 2011

PILIHLAH JALAN KEMENANGAN

SURAH AL-FATH (KEMENANGAN)
Madaniyyah. Bilangan ayat: 29. Bilangan tanda ruku’: 4
Pendahuluan:
Surah ini diwahyukan di Madinah. Surah ini diturunkan kepada Rasulullah s.a.w selepas kepulangannya dari perjanjian Hudaibiyyah. Ia bertujuan menyampaikan berita gembira kepada Rasulullah bahawa Muslimin akan mendapat kemenangan yang besar, dan agama Islam akan berkembang dengan luasnya, disamping mengatakan janji Allah s.w.t kepada orang Mukmin, orang munafiqin dan orang musyrikin. Juga memperkatakan tentang Bai’at al-Ridwan (perjanjian setia) antara Mukminin dan Rasulullah s.a.w. Juga menyampaikan berita gembira bahawa mimpin Rasulullah memasuki Masjid al-Haram bersama-sama Mukminin akan menjadi kenyataan.
Ayat 1-10:      Menyampaikan berita gembira bahawa Rasulullah s.a.w dan orang Mukmin akan mencapai kemenangan, keampunan, nikmat yang sempurna, kedudukan yang kuat dan hidayat ke jalan yang lurus dalam usaha menyampaikan risalah dan membangunkan masyarakat. Seterusnya, menerangkan panji-panji Allah untuk mengurniakan nikmat-nikmat yang besar kepada kaum Mukminin, di samping amaran azab terhadap munafikin dan musyrikin. Seterusnya, merakamkan peristtiwa Bai’at al-Ridwan.
Ayat 11-17:    Mengisahkan dolah dalih kabilah-kabilah yang lemah iman kerana enggan menyertai angkatan Rasulullah s.a.w ke Makkah untuk mengerjakan umrah.
Ayat 18-26:    Allah merestui perjanjian Bai’at al-Ridwan dan menjanjikan kemenangan yang lebih banyak.
Ayat 27-29:    Menerangkan impian Rasulullah s.a.w untuk kembali ke Mekkah dan memasuki Masjid al-Haram telah menjadi kenyataan. Seterusnya, menerangkan sikap Rasulullah s.a.w dan para Mukmin dalam perhubungan mereka terhadap orang kafir dan terhadap sesama Muslimin serta kegiatan ibadah mereka dalam kehidupan seharian.




ISLAM PADA AWAL KEDATANGANNYA ADALAH ASING DAN DI AKHIR ZAMAN IA AKAN KEMBALI ASING.......

Setelah mencapai umur ke gerbang warga emas kita patut melihat sekeliling dengan matahati dan berfikiranlah tentang apa yang patut diambil tindakan untuk kebaikan generasi yang akan datang.
Dari apa yang dapat saya simpulkan ialah kita Melayumuslim sudah hilang kekuatan dan kekuasaan yang telah dijanjikan Allah kepada kita. Antara gejala-gejala yang menjuruskan kita ke arah itu adalah apabila kita banyak berhibur dan terlebih beriadah menyebabkan kita hilang kekuatan ekonomi keluarga dan jemaah. Kita jadi jagohan Pak Kadok di atas padang tapi di bidang ekonomi kita selalu mengharapkan orang lain. Kalau nakkan sesuatu secara segera kita akan mintak derma, sumbangan dan bantuan. Ini jelas dengan sikap diri yang lebih mempercayai skim cepat kaya dari skim biasa. Kita rimas menunggu lama dan slogan ‘bIar cepat asal selamat’ selalu kita gunakan walaupun itu berisko tinggi. Harapkan keajaiban, harapkan tuah dan harapkan nasib baik. Begitulah juga dengan pihak bertabligh agama, mereka selalu melepaskan sesuatu itu kepada Allah. Ingatlah rezeki tak datang bergolek, jodoh tak muncul mendadak dan maut tak nanti tunda....
 Justru ingatlah kata Rasulullah bahawa sekiranya diketahwi besok akan berlaku kiamat dan di tanganmu ada sebiji benih maka semaikanlah atau tanamkan ia kerana itu adalah perbuatan yang baik.
Juga ‘beramallah kamu saolah-olah kamu akan mati esoknya dan carilah rezeki seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.’


(Kita tak perlu mengajak Muslim untuk menukar agamanya, cukuplah kita ajak mereka untuk meniru gaya kita)
 (Ramai yang menyertai tapi yang mendapat ganjaran hanya sedikit: perinsip Zionist)

(Mencipta nama di dunia akan mempopularkan diri walaupun melanggar hukum Allah)


(Di manakah kemanusiaannya apabila kita perlu meminta.  Di manakan ajaran agama yang membuka mata dan minda.)

SABDA RASULULLAH BERMAKSUD:
“TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH”
Dengan penampilan warak: berkopiah, baju raihan, berseluar begitu agak kemas, berkeliaran memegang kertas berluminatin menerpa sesiapa untuk meminta, memohon dan merayu derma bagi tabung masjid, surau, pondok, tabika, saudara baru, perjuangan di negara Islam yang bergolak dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan ISLAM.
Inilah gambaran Islam di mata kita hari ini.
Derma, derma dan derma. Sumbangan, sumbangan dan sumbangan. Minta, minta dan minta........



KUDERMA MELALUI TAMBANG

KUDERMA MELALUI TIKET

KUDERMA MELALUI LETRIK

KUDERMA MELALUI PAKAIAN

KUDERMA MELALUI MAKANAN

KUDERMA MELALUI ‘JANGAN TIDUR LAGI’...

DAN PALING KECIL KUDERMA MELALUI SOKONGAN...

Sesungguhnya Yahudi itu tidak akan redha kepada kamu selagi kamu tidak meniru (mengikut) carahidup mereka.

Sampai bila kita boleh nak jadi ‘tangan yang di atas’ sebagaimana kata Rasulullah?
Sampai bila kita nak menunggu ‘Ehsan’ saudara kita sedangkan kita tidak memperdulikan saudara yang lain.


NUR KASIH OH NUR KASIH
SAYANGNYA KAMU DI RUANG NIAT MENGHALALKAN CARA.........

NUR AMINAH OH NUR AMINAH
SAYANGNYA KAMU BERDAKWAH DALAM LALUAN MEREKA.....

NUR SOLIHIN OH NUR SOLIHAN
SAYANGNYA KAMU TAK DIMENGERTI MEREKA KERANA PERJUANGANMU ADALAH DI AKHIR ZAMAN DI MANA IA KEMBALI ASING..........

Menderma kepada masjid, pondok pengajian agama, yatimpiatu, oku dan saudara baru adalah baik dan digalakan dalam Islam... tapi kena ada tekniknya.
Saya nak tanya bagaimana kah pendapat anda sekiranya duit yang anda dermakan itu dibazirkan dengan ‘megah’nya? Contoh setiap bulan bayaran letrik tinggi kerana letrik digunakan begitu banyak sekali. Kalau dinyalakan dua tiga lampu tak nampak cantik dan gemilang... maka demi untuk menampakan cantik, gemilang dan terbilang budget letrik meningkat tinggi dan terkuburlah budget untuk kebajikan lainnya....... atau bagaimana kalau ‘gah’nya masjid itu dibuat menelan belanja berjuta dan mencapai matalamat untuk masjid cantik, indah dan tersergam hebat...... tapi belanja untuk awasan kemungkinan kecelakaan jemaahnya tiada. Dan...... yang paling menyedihkan lagi apabila jemaahnya hanya sebaris dua sahaja DAN DIKONGKONG OLEH BADAN PENYELARAS entah darimana datang lantikannya .

Kenapakah pameran aurat yang bertentangan dengan ajaran agama dipersenda-sendakan?
Kenapakah agama resmi negara dikatakan Islam?
Buat apakah diadakan jawatan MUFTI?
Buat apakah diadakan jawatan IMAN?
Buat apakah dizahirkan MASJID yang cantik, indah, gah dan menelan belanja berjuta RM?
Buat apakah didermakan sumbangan kepada aktiviti sebegini.......
Wahai badan DAKWAH Malaysia di manakah kamu......
Wahai Ghazali dan Shafie kenapa tak hadirkan dalam sajak Dato Dollah dulu?
Dan wahai Muslim di manakah kalian dalam jemaah sebegini?
Keindahan dan kegahan ‘rumahmu’ sedikitpun tak sedikitpun dihormati mereka-mereka ini........

Pandangan peribadi saya setelah berumur 57 tahun seeloknya MASJID tidak dibina oleh kerajaan.. Tapi kerajaan menyediakan tapak untuk pembinaan masjid. Jemaah masjid akan membinanya dengan menggunakan ‘sumbangan’ orangramai. Inilah dikatakan Masjid Rakyat. Dan rakyat akan bersatu dalam AGAMA. Masjid akan dibina mengikut keperluan dan bukan mengikut kehendak seseorang atau sebagainya.


MANUSIAKAH.....

GAGAHKAH....

GANJILKAH........

DISOAL MUNGKARKAH.....


Dan janganlah masjid ada pasukan penyelarasnya yang sentiasa tidak puashati apabila orang lain menggunakan pembesarsuara. Pemberitahuan hendaklah dari mulut TOK IMAN bukan tukang cakap. Ini pandangan peribadi sahaja bukannya satu hukum atau peraturan.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pemimpin yang kreatif dan berjiwa sahabat di mana konsep dahulu iaitu gandung boleh ‘pergi’ kepada si miskin........ 

Sahabatku yang dikasihi
Bukalah matahati


Betapa ramai saudara-saudara kita yang dibiarkan sendirian tanpa bantuan. Dan kita asik dok fikir nak buat pagar cantik, kasut berjenama, menjadi tukang sorak dan penyokong tempat sukahilai atau pesta telanjang Majusi.

No comments:

Post a Comment