Monday 4 June 2012

MELAYU HANYUT 2020 BAB 24 PENAWARNYA


Dan katakanlah : “Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyeplah perkara yang bati (kufur dan sirik). Sesungguhnya yang batil itu sememangnya  satu perkara yang tetap lenyep.”
Surah Al-Isra’, juzuk 15, ayat 81.
Bagaimana nak dihindarkan Melayu Hanyut 2020?

MISI SYARIKAT JERMAS BHD.
Sesungguhnya,
Segala perancangan yang dinyatakan adalah satu pengharapan.Sekiranya ada kekurangan janganlah dijadikan alasan sebaliknya pandanglah kepada matalamat untuk bersatupadu membentuk ” kesatuan” ini.

Terima kasih


PENAUNG:   Dato Abdullah Nawawi bin Haji Awang
                -Anak tempatan Besut dari Kg Gong Kemuntung, Jerteh dan merupakan bekas pelajar TMS (SMTM). Sekarang merupakan pesara.

ALP Penaja Kesatuan/SJB
Hj. Shuhaimi bin Othman, bekas Peg. Jenayah Perdagangan M’sia.
                -Anak tempatan berasal dari Kg. Balik Bukit. Bekas pelajar TMS. Kini bersara dan berniaga.
Hj. Mustafar Muhammad, bekas Jurutera SYABAS.
                -Anak tempatan Besut dari Kg. Kubang Bemban, Alor Lintah dan pernah berkerja di JPS Besut, menjawat jawatan Jurutera SYABAS dan sekarang pencen kerana menceburi bidang perniagaan.
Saudara Mohd Zahid bin Mahmood, pesara guru.
                -Anak tempatan dari Kampung Gong Surau, Besut dan pernah menjadi guru di SM Seri Nering dan beberapa sekolah rendah dalam daerah Besut dan Setiu. Sekarang bersara dan menceburkan diri dalam perniagaan.
Saudara Salahudin bin Mahmod,Pesara Jabatan Kesihatan.
-Anak tempatan dari Kg. Mak Sara, Jerteh, Bekaspelajari TMSS.
Saudara Mohammad Azmi bin Hasan, Guru SM(A) Ittifakiah,Jerteh.
-Anak tempatan dari Kampung Raja, Besut. Salah seorang pewaris Syarikat Warisan Berhad.
Saudara Bistaman bin Sulong, pesara guru(T.Tanah)
                -Anak tempatan Jerteh dan  dilahirkan di lot ini. Bekas pelajar TMS (SMTM) Pernah menjadi guru di SSN, SMKTM, SMKNS, SMKBP dan SMKP. Bersara pilihan dan berniaga.
Saudara Husni bin Aman
-Anak tempatan dari Kg. Mak Sara, Jerteh, Trg

Bagi Menubuhkan Syarikat Jermas Bhd.
Bilangan ahli seramai 1000 @1500 ahli.
Modal Berbayar RM 4.6 juta.(2.358,750.00)
Harga sesaham RM 1.00 (1 saham = 1RM)
Saham minima RM 500.00 (1 lot:1lot=1kps)
HASRAT
Melahirkan ‘KESATUAN’ Melayu-Muslim khasnya dan mereka yang berminat amnya dalam merencanakan pandangan khusus syarikat yang akan bersaing dalam cabaran ekonomi hari ini. (InsayaAllah jika berjaya akan bercambah cabang-cabangnya disetiap negeri dan kampung.
TUJUAN
Pengumpulan dana untuk membeli tanah perdagangan dan perniagaan dalam Bandar Jerteh berharga RM 4. Juta (3.931,250.00)  & mendirikan bangunan sementara berharga  RM 400K.
Menjalankan perniagaan “pasaruncit” halal.
KENAPA
Menjadikan tanah tersebut sebagai ‘tapak’ penyatuan kesatuan ini.
Menjadikan pemilikan tanah tersebut kepada syarikat berhad kita bersama.
Menguruskan Pasar HalalMart.
BAGAIMANA BELIAN
Pembahagian tanah tersebut kepada lot-lot seluas 1 kaki persegi bernilai RM 200.00 satu lot. Jumlah lot 15,725 @  saham

JUMLAH MAKSIMA YANG BOLEH DIBELI
Tiada had. Cuma kelebihannya ialah dalam pembentukan syarikat nanti iannya memberikan secara automatik 5 pemilik saham terbanyak menjadi ahli lembaga pengarah (ALP)
BERBALOIKAH MEMBELI TANAH TERSEBUT
1.         Lokasinya di kawasan syarikat gergasi  beroperasi contoh: KFC, Maybank, Tabung Haji, 7 Eleven, AVON,   PRODUA,     CIMB, ZonRia dan lain-lain.
2.         Tapak dapat menghasilkan pendapatan sebanyak RM 30K sebulan disamping status tanah Milikan Bebas dan Selama-lamanya.
3.         Pulanganbalik modal tanah & bangunan dibawah 5 tahun. Atau 3 & 4 tahun sahaja (ikut cara pencadang).

RANCANGAN PENUBUHAN
TAHUN
AKTIVITI
2009- DIS.09
DAFTAR ENTERPRISE & HEBAHAN

28 DIS 2009
DAFTAR AHLI
2010-MEI, 10
DAFTAR AHLI
JUN.10-JAN.11
DAFTAR AHLI
2012
OPERASI PERNIAGAAN
.

CARA SYARIKAT
1 Pengerusi ALP          - Pemilik saham   terbanyak.
9 ALP               - 5 pemilik saham terbanyak secara        automatik menjadi ALP sementara 4 lagi dipilih dalam mesyuarat agung tahunan.
Perniagaan:     - Hartanah dan perniagaan am.
Pemilik saham            - Melayu-Muslim
Keramaian      - Tiada had (lebih ramai lebihbaik)

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH adalah pepatah Melayu kita yang menjadi teras penghidupan mereka dulu. Apa salahnya kita hari ini bersama bagi menjadi satu kuasa yang kuat untuk sama-sama berjuang dalam arus perniagaan yang begitu mencabar dan hebat.
Kalau kita hanya mempunyai wang 5 ribu kita tidak mampu memilik sebuah lot perniagaan di dalam Bandar Jerteh! Atau mana bandar. Tetapi sekiranya kita bergabung, bersatu, bermuafakat insyaAllah kita dapat memilikinya melalui persyarikatan itu.
Rasanya sudah sampai masanya untuk kita bersatu dan bergerak ke arah itu. Kalau seorang membeli saham sebanyak lima ribu kalilah 200 sekiranya penyatuan kita seramai dua ratus orang, pasti mendapat satu juta atau kalau penyatuannya seramai seratus orang dan sahamnya sebanyak sepuluh ribu seorang pasti dana syarikatnya adalah satu juta juga. Dengan dana satu juta kita dapat bergerak dalam dunia perniagaan dengan jitu dan bertenaga. Kita sama-sama dapat memiliki gudang perniagaan satu, dua dan tiga. InsyaAllah.
KUNCI:

*Bagi memastikan pergerakan wang ini terjamin, kita adakan perjanjian jualbeli tanah yang terlibat.
* Satu perjanjian yang bersaksikan peguam atau pematiansetem di Pej. Tanah Daerah Besut dibuat bagi memberikan hak kepada pembeli sekirannya perancangan untuk menubuhan SJB tercapai @ apa-apa dokumen yang dapat dijadikan bukti kukuh bagi penggunaan wang bagi dana ini*
KosTanah&Pembinaan BangunanSementara
Harga Tanah     - RM 3.900.000.00
Harga Bangunan            - RM    400,000.00
Runcit               - RM    300,000.00
-----------------------------------------------
Jumlah              : RM 4.600,000.00
# Satu lot (1 kaki persegi) dijual dengan harga RM 200.00.
 (15725 x 500= RM 4.717,000.00)
# Digalakkan membeli 01 lot seorang yang berjumlah RM 1,000.00.
@ minima RM 500.00.
# Namun semuanya boleh dirunding.

DANA DIRANCANG RM 4.6 JUTA
          (RM 1.00 SESAHAM)
Langkah-langkah penubuhan Syarikat JERMAS BHD.
1.                  Sebaran makluman/maklumat.
2.                  Kutipan bayaran penyertaan ahli.
3.                  Pendaftaran SJB sebagai syarikat berhad.
4.                  Mesyuarat Agong SJB.
-Pengumpulan Dana & tempuh ditentu.
5.                  Mesyuarat Agung Pertama
** Semua perancangan di atas ditentukan oleh penyertaan dan sambutan peminat.
segala Pertanyaan & Maklumat:
014-6090884
Datanglah sendiri mendapatkan maklumat dengan jelas dan berfikiran terbukalah untuk menempuh perancangan ini.
Apa salahnya kita jadikan projek ini sebagai tauladan kepada kebangkitan perkumpulan yang lain.
Bersatulah :
Bermula dari keluarga,
Kepada kawan dan teman,
Terus kepada kampong dan daerah,
Kita bangkit dengan syarikat bersama……..
Agar ianya menjadi Baitulmal kepada kesatuan itu. Amin.

PESANAN
Saya mengharapkan kawan-kawan dalam perguruan, sektor awam & swasta yang mempunyai kemampuan dan modal, bekas pelajar saya yang telah menjadi warga yang berpendapatan  & mereka yang berminat untuk melihat “kesatuan” ini bergerak sepadu, sertailah perancangan ini kerana:
  1. Satu permulaan penyatuan bagi menjadikan tapak ini dan apa yang akan didirikan di atasnya sebagai warisan kepada anak cucu kita nanti.
  2. Ianya satu perancangan yang boleh kita zahirkan untuk  anak Jerteh khasnya dan Besut amnya. InsyaAllah.
  3. Dijangka dapat menzahirkan bangunan  dalam jangka masa bawah 7 tahun nanti. InsyaAllah.
Jadikan Ekonjaya, Zonria, Fesyen Sri Intan, Kedai Kasut Bee Bee, Tropikana, KFC, AVON dan lain-lain syarikat sebagai cabaran kita. Jika mereka boleh kenapa kita tidak? Apa kurangnya kita yang merupakan insan yang dibekalkan dengan ‘kalamullah’. InsyaAllah.
BERSATU TEGUH MEMBENTUK EKONOMI

Saya yang benar,

BISTAMAN BIN SULONG
Pelajar SK.Pusat Jerteh (SPJ) 1960-1967
SMTM (TMSS)             1968-1973
Maktab Adabi Trg.(MAT)     1974-1975
Bekas Guru di ;
SMK Seri Nering                      1976-1986
SMK Seri Balik Pulau, PP.     1979-Dis79
SMK Tg. Mahmud                   1987-1996
SMK Nasiruddin Shah  1996-1998
SMK Bkt. Payong                     1999-2000
SMK Putra                   2001-2007
Maktab Perguruan MPSI        1977-1978
SELAMAT BERJUANG UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA
“Semuga sumbangan kecil ini dapat memenafaatkan semua”
HUBUNGI:  014-6090884

                  MISI SYARIKAT JERMAS BHD.

1.      APAKAH MATALAMAT JANGKA PANJANG SYARIKAT?
Matalamat jangka panjang SJB ialah menjadi sebuah syarikat gergasi yang mampu memayong usahawan dan masyarakat muslim Besut khasnya dan menjadi model kepada syarikat atau orang Melayu mengenai hidup berkerjasama.
2.      BILA AGAKNYA MATALAMAT INI AKAN DICAPAI?
InsyaAllah ianya akan tercapai pada tiga (3) ke lima (5) tahun lagi.
3.      APA MATALAMAT JANGKA PENDEK SYARIKAT?
InsyaAllah akan dapat membeli satu lot kedai dalam bandar Jerteh dalam masa satu (1) tahun lagi dan dapat mendirikan sebuah bangunan yang melebihi tiga tingkat pada empat (4) tahun kemudian.
Di tingkat 1& 2  ditempatkan pasaraya dan tingkat 3 & 4  ialah hotel bertaraf satu bintang.
ATAU:
Dalam masa satu tahun syarikat berjaya mempunyai sekutang-kurangnya satu 
gedung  kedai sendiri bagi menjalankan perniagaan Runcit Halalnya dan
mampu bersaing dengan syarikat besar lain dalam Bandar Jerteh. InsyaAllah.
            Dan:     SJB mampu mempunyai ‘Pelanggan” melebihi 10 ribu keluarga dan keramaian begini akan saling bantu membantu dan teguh. InsyaAllah. Amin.

4.      BILA AGAKNYA MATALAMAT INI AKAN DICAPAI?
InsyaAllah matalamat ini akan dicapai dalam masa tiga (3) tahun dari sekarang sekiranya ahli memahami syarikat dan memberikan kerjasama yang padu.

5.      SEJAUH MANA MATALAMAT INI PENTING UNTUK SYARIKAT?
      KENAPA?
Matalamat teramat penting kepada syarikat kerana ianya menjadi satu kesatuan yang melambangkan kesepaduan ahli dan menjadi lambang warisan kepada anakcucu nanti di samping menjadi contoh kepada generasi mendatang.
Ada baiknya saya menceritakan sedikit mengenai persekitaran Bandar Jerteh untuk makluman  kita bersama. Semuga dengan pendedahan ini ianya akan menyedarkan kita pergolakan yang berlaku:
Saya adalah anak jati Jerteh. Dilahirkan di rumah nomber 37, Jalan Besar, Jerteh pada tahun 1954. Dari zaman kanak-kanak hinggalah ke umur 52 tahun ini saya menatap di pekan ini dan cukup, cukup masak dengan keadaan Jerteh.
Bandar Jerteh dihuni oleh 3 kaum yang berlainan iaitu ;
1.     Melayu merupakan kaum majoriti tetapi kebanyakannya tinggal disekitar pinggiran.
2.     Cina yang terdiri daripada 20 keluarga merupakan kaum peniaga dan menghuni dalam bandar Jerteh serta
3.     Pakistan yang hanya terdiri daripada 15 keluarga juga kaum peniaga dan tinggal dalam bandar Jerteh.
Kawasan penempatan penduduk di Pekan Jerteh hanyalah Kampung Belakang Gudang. Kampung Balik Bukit, Kampung Tandak, Seberang Jerteh, Cabang Tiga, Kampung Mak Sara dan Gong Kemuntung adalah kampung-kampung pinggiran.
Perniagaan pada tahun 50an hingga 70an dikuasai oleh ketiga-tiga kaum.  Cina dan Pakistan kebanyakannya dalam Gudang Jerteh sementara Melayu 90 peratusnya berniaga dalam Pasar Jerteh sebagai penjual kuih, sayur dan buahan serta menjual ikan.
Kaum manoriti iaitu Cina dan Pakistan yang merasai mereka adalah kaum pendatang mempunyai pegangan hidup bersatu yang kuat. Memang begitulah keadaannya apabila kita di rantau orang dan sedikit. Lantas mereka bersatu menguasai politik dan perniagaan. Sementara Melayu kekal sebagai petani, peraih dan peniaga di pasar sahaja dan kaki onar.
Orang Cina Jerteh tidak kuat berpolitik kerana mereka sedikit dan mereka hanya menampung dengan Persatuan Kaum Cina di Kelantan dan sudah menjadi dasar bahawa mereka golongan minoriti lebih menumpukan kepada perniagaan sahaja.
Kedua-dua kaum ini pandai memainkan peranan dalam mendapat kedudukan yang baik dalam Bandar Jerteh. Mereka memainkan peranan  bergaul dengan pembesar tempatan dan pandai mempengaruhi..
Sementara orang Melayu kekal dengan ‘ketidakbergayaan’ dan banyak berputih mata dalam mendapat kedudukan yang baik dalam ketersediaan peluang di pecan kecil ini. 
Hari ini Melayu Jerteh atau Besut amnya masih terpinggir dan berpecahbelah.
Melayu bersatu dalam politik dengan suara yang lantang tapi mempunyai banyak
kelemahan dan tipu muslihat. Mereka rakus dengan agenda pembangunan yang
memencilkan bangsa mereka sendiri. Lihatlah sendiri sehingga ke hari ini di mana letaknya perpaduan Melayu dalam sektor perniagaan?
Kalau diikutkan nisab keturunannya Melayu dalam Daerah Besut ini adalah mereka mempunyai tali persaudaraan. Kalau diusuli nenekmoyang mereka adalah dari rumpun “Wan” dan penempatan Gong Surau, Amir, Kampung Parit dan Kampung Raja. Tapi mereka tidak bersatu untuk membina kekuatan yang mampu menjaga dan mempertahankan hak mereka di daerah mereka sendiri.
Betapa kita melihat perniagaan bangsa asing hidup dalam pasaran kita dan tanyalah diri kita sendiri adakah kita akan dapat hidup dalam pasaran mereka?
Kalau sepuluh mungkin satu yang hidup dan setentunya mengikut citarasa mereka. Kita bukan dengki kepada mereka kerana itu adalah kepintaran dan kesedaran mereka dalam perniagaan dan perniagaan bukan untuk sesuatu bangsa sahaja tapi untuk semua. Samalah dengan Islam.
……………… Tapi kita mahu bersaing dengan mereka kerana pasaran ini adalah sepatutnya memberi peluang kepada kita.
Kita lihatlah mereka yang berjaya adalah terdiri dari Melayu luar dan mujurlah adanya mereka kerana memberi saingan dan altenatif kepada kita dalam memilih atau membeli.
Justru itulah ingin  dibinakan sebuah ‘kesatuan’ yang dapat menjadi tunggak kepada Melayu atau Muslim di Bandar Jerteh dan payong kepada anakcucucicit kita nanti. Juga menjadi ‘model’ kepada Muslim di tempat lain.  InsyaAllah. Amin.
Matalamat ini juga :
1.          Menyatukan minda sekumpulan masyarakat Muslim dalam Daerah Besut yang begitu tersisih dari cara pemikiran bangsa lain.
2.         Mengikatkan tali persaudaraan sesama ahli SJB dan membuka minda serta memecahkan konsep ‘bersatu teguh bercerai roboh’ yang telah lama dikunci oleh carahidup moden
3.         Memerjah peluang perniagaan yang kian bertambah dan sekali gus melahirkan usahawan di kalangan kita.
4.         Pembangunan yang bakal mendatang seperti Pembinaan Taman Ilmu, Universiti DarulIman Malaysia dan Korridor Timur.
            Kedua-dua projek ini akan menjana pertumbuhan ekonomi setempat dan adalah tidak rasional bagi SJB tidak merebut peluang yang ada nanti dari segi pertambahan jumlah penduduk dan teknikal oppotuniti. 

           
6.      APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG AKAN ANDA AMBIL UNTUK MENCAPAINYA?
                        Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai matalamat ini adalah:
1.         Memastikan para pemegang saham atau ahli syarikat memahami perjuangan syarikat dan minda Islam.
2.         Melihat keupayaan syarikat, situasi persekitaran, modal, tenaga, iklim,
3.         Melatih kemahiran kepada ahli dan mereka yang terlibat secara langsung dengan projek syarikat.
4.         Melengkapkan keperluan perniagaan : mengikliman lokasi perniagaan.
5.         Tekun, sabar, jujur dab berfikiran terbuka dalam menjalankan projek.
6.         Mengadakan skim galakan atau bonus untuk kecemerlangan kerja.
7.         Mengadakan lawatan sambil belajar untuk ahli.
8.         Memberikan penghargaan untuk mutu kerja yang cemerlang.
9.         Masalah yang dihadapi diselesaikan dengan kreatif dan berkesan
10.       Mempergunakan strategi pengaruh untuk menyakinkan orang lain.
11.    Memastikan syarikat ini dipelanggani oleh seramai mungkin   
         penduduk dalam Daerah Besut ini.
             
7.  APAKAH KELEMAHAN SYARIKAT YANG MUNGKIN MENGHALANG PENCAPAIAN MATALAMATNYA ATAU YANG MUNGKIN MENGHALANG KEMAJUAN DI MASA AKAN DATANG?
Dalam sesuatu kesatuan ia memerlukan kepercayaan ahli kepada pimpinannya. Dalam kontek ini syarikat bergantung kepada kebijaksanaan ALPnya dan pemilihan CEO syarikat. Saya tidak nampak syarikat tidak akan mencapai matalamatnya kerana ahli ALP yang terpilih adalah dari kalangan mereka yang berkeyakinan penuh dan mempunyai saham yang tinggi. Ini membawa erti bahawa mereka telah bersedia untuk menggerakkan syarikat ke satu tahap yang diingini atau dirancang.
8.  APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN ATAU AKAN DILAKUKAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN INI?
Menjadikan perjuangan ini sebagai ‘Jihad’ yang mesti dipertanggungjawabkan.
9.  APAKAH BANTUAN-BANTUAN YANG SYARIKAT PERLUKAN?
Apabila dibicarakan mengenai bantuan, memang bantuan lahiriah dan batiniah amat diperlukan sebagaimana diteringkan di bawah:
1.          Ilmu                             - kaum yang berpendidikan
            2.         Modal                           - golongan yang mampu
            3.         Kuasa                           - Bersatu Teguh Bercerai Roboh : Bersaudara
            4.         Rahmat                         - Jemaah
10. APAKAH YANG SYARIKAT LAKUKAN SEKARANG UNTUK MENCAPAI CITA-CITA INI?
Sekarang syarikat hanya menunggu tarikh tamat pengumpulan dana yang akan berakhir pada 31 Disember 2006. Pada akhir tahun ini ditentukan siapa yang bakal menjadi barisan ALP dan badan pengurusan jatuhbangun syarikat. Selepas ini syarikat akan memulakan projek pertamanya dalam bidang pertanian dan perkhidmatan. InsyaAllah.
11. APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA SYARIKAT GAGAL?
Kegagalan bukannya penghalang atau noktah untuk kita berkecimpung dalam arena perniagaan. Malah ianya menjadi kekuatan untuk terus menjayakan agenda syarikat seterusnya.
Dalam berjalan di bumi Allah ini adakalanya terjatuh akibat dari kesilapan kita menilai ketidaksamarataan tanahnya.
Semangat Bersatu Teguh Bercerai Roboh, keyakinan keredhaan Nya adalah ‘tonggak’ kepada semua kejayaan. InsyaAllah.
Tambahan kesatuan yang bergabung kepada beberapa minda yang terbaik tidak seharusnya rebah dan mati begitu saja …….