Friday 24 June 2011

BUAT ANAK-ANAKKU YANG DISAYANG

BUAT ANAK-ANAKKU YANG DISAYANGI

Pengharapan ini juga boleh diaplikasikan kepada sesiapa sahaja yang sependapat dan sehaluan dengan saya.      Bistaman Sulong@Sidik

Mereka mengejar dunia dan melupai akhirat
Mereka mengejar dunia dan mensia-siakan akhirat
Mereka menggunakan dunia untuk bekalan ke akhirat
Mereka menggunakan dunia untuk berbelanja di akhirat

Semasa kelahiran anak kedua
(1988)

Anak-anakku dan isteri-isteriku yang dikasihi.

“Sesungguhnya 9 per sepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan”
Hadis Rasullullah ini jelas memperkatakan bidang perniagaan yang mengalurkan pelbagai pekerjaan dan pendapatan kepada manusia di muka bumi Allah ini.
Rasullullah adalah manusia yang tidak belajar secara langsung dari seseorang guru tapi “yakinlah” bahawa apabila Allah menghendakki seseorang itu mendapat petunjuknya maka terjadilah “keajaiban” itu.
Dan, kehebatan dan kekuasaan ini yang tidak dapat dijelaskan oleh dunia sains barat akan terus berlaku kepada mereka-mereka yang menyakini kewujudanNya dan ketelusan hati kepadaNya.
Ingatlah wahai anak-anakku pesanan para sahabat bahawa,
“ Orang yang paling cerdik adalah orang yang bertakwa”
Orang cerdik bukan yang mendapat 5, 7, 9, 15, 17A dalam sesuatu bidang pelajaran atau ilmu sebagaimana yang dimasyhurkan oleh dunia hari ini tapi adalah orang yang bertakwa: orang yang merendahkan diri kepadaNya, orang yang menyakiniNya, orang yang sentiasa ingat kepada Penciptanya, orang yang ingat kepada Hari Akhirat dan Kematian.
Ilmu bukan mencerdikkan orang tapi banyak yang telah merusakkan manusia.
Takwa adalah keadaan yang telah memindahkan manusia kepada keselamatan diri dan menyelamatkan orang lain.
Iman adalah keyakinan hati kepada kewujudan Akhirat dan Dunia merupakan ‘wakaf’ rehat sementara ke akhirat yang kekal abadi.
Bukalah minda kita! Ke manakah perginya mereka semua yang telah meninggal dunia atau mati itu?
Kenapakah mereka tidak datang kembali ke dunia ini, kalau benar keasikkan dan keseronokan dunia ini kekal abadi?
Sesungguhnya “dunia” adalah perhiasan semata-mata yang tahap ketahanannya akan luntur dan pudar. Ada tempuh tamatnya: Expire date.
Justru itu sekiranya Allah menghendaki kamu untuk sesuatu tugas akan ‘disuasanakan’ kamu ke arah itu.
Akan dipermudahkan kamu segala urusan yang menjurus ke situ.

Ingatlah pesan Abie, …………………………. Kita tidak mahu dikenali dunia  atau jangan kita minta dunia mengenali kita tapi cukuplah Allah mengenali kita. Amin, Ya Rabulalamin.
 
 Anak-anak, abie begitu kepunan sekali untuk memiliki kalian sejak di awal perkahwinan abie dengan umi an lagi. Tapi Allah tidak mengizinkannya. Namun begitu dapat juga abie menatapi aruah abang mu yang meninggal semasa dalam kandungan dan seorang lagi 2 minggu selepas dikeluarkan dari rahim ibunya. Betapa abie melihat mata yang jernih bersih memandang abie ketika ia hampir-himpir pergi meninggalkan kami di Hospital Besar, Terangganu. Betapa sedihnya umi an ketika itu dan doktor berbanga india yang bertugas untuk menyelamatkannya tunduk menangis sama. Abie kuatkan semangat dengan mengatakan bahawa kepergiannya adalah yang terbaik kerana mereka (anak-anak kembar ini: Muhammad Adlan Ramadhan dan Muhammad Juma Ramadhan)  adalah petanda mereka akan menunggu ayahibunya di pintu syurga nanti.
Di sini abie nyatakan Pengharapan Abie kepada anak-anak adalah tinggi dan terserahlah kepada Nya samada berjaya atau tidak. Abie hanya merancang dan Allah menentukan segala-galanya. Aamin.

Muhammad Nur Hatadi (Along)
Adalah anak Abie yang sulong dan merupakan tongak pertama menegakkan perjuangan ini. InsyaAllah anda akan menjadi HAFIZ dan bertugas sebagai Iman keluarga dan kampung ini. Anda akan mengajar Al-Quran kepada masyarakat kampung ini.

Muhammad Nur Hafizuddin (Angah)
Anda anak kedua bertugas sebagai penolong Along dalam menegakkan perjuangan kampung ini. InsyaAllah anda juga akan menjadi HAFIZ dan bertugas mengajar Al-Quran kepada masyarakat dalam kampung ini.

Muhammad Nur Hazim (Acik)
Selaku anak yang ketiga abie dapati acik mempunyai bakat kreatif dan abie mahu selain menjadi hafiz , acik bertanggungjawab kepada kecantikan, keceriaan, keselamatan dan keunikan kampung. Tugas bilal juga di bahu acik.

Muhammad Nur Hanif (Alang)
Anda anak keempat dan mempunyai tubuh badan yang sasa dan sifat pendekar. Selain menjadi hafiz anda bertugas sebagai bilal, mengajar al quran dan penjaga atau pengawal kampung ini.

Nur Bashirah (Kakak)
Satu-satunya anak perempuan abie dan umie. Anda merupakan seseorang yang akan keluar kampung dari adik beradikmu untuk memperluaskan minda perjuangan keluarga suami kamu. Selain menjadi Hafizah anda akan mengikut suami untuk membentuk keluarga sebagaimana yang telah abie laksanakan di sini. InsyaAllah. Ingatlah, tangan yang menghayunkan buaian boleh menggoncang dunia. Pastikan anda salah seorang antara mereka. 18.02.2002

Muhammad Nur Hafizin (Abang)
Anak keenam abie dan umie. Anda memiliki peribadi unik dan mampu mempengaruhi manusia lain. Selain dari hafiz anda bertugas sebagai bilal, pengajar al quran dan ‘Arkitek’ kampung pembantu acik.

Muhammad Nur Habri (Abang Habri)
Anda yang tidak dapat Abie tentukan corak hidupmu secara langsung berharap menjadi seorang yang boleh menyumbangkan sesuatu kepada dunia ini.

Muhammad Nur Hazlan (meninggal)
Anda juga meninggal 2 hari sebelum lahir kerana kelemasan kata doktor hospital USM kubang kerian. Ketika itu abie berada di dalam hospital USM mendapatkan rawatan akibat di patuk ular berbisa (suduselar). Mengikut kata orang abie sepatutnya mati akibat dari patukan tersebut. Sebanyak 25 dos anti-venom dimasukkan ke dalam tubuh abie baru abie stabil. Dan abie memang mengalami saat kematian yang luarbiasa......
Dan kata orang pula bahawa sepatutnya abie mati tetapi anak abie (anda)  dalam kandungan  ummi meminta untuk gantian. Mungkin ada tugas yang akan abie dipertanggungjawabkan nanti......

Muhammad Nur Harith (Adik)
Anda mungkin anak bongsu dari umie dan harap menjadi hafiz dan mualim tempatan.

Muhammad Nur Solihin
Kemungkinan besar anda akan dibesarkan di Thailand dan Malaysia. 3 bahasa akan menjadi pertuturan  anda iaitu Melayu, Thai dan Inggeris. Semasa umur rendah anda akan belajar di Pondok Islam atau Malaysia. Gunakan kelebihan bahasa itu untuk berdakwah tentang keindahan Islam.

Anak-anakku yang bakal mendatang (Muhammad Nur dan Nur)
Anda-anda akan mengikuti jejak para abang dan kakakmu di atas dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada serta tabah dalam perjuangan ini.
Pastikanlah anda semua belajar agama atau penuhi ilmu agama dahulu. Selepas itu baru belajar ilmu kemahiran untuk membentuk hidup kalian sebagaimana abang-abang anda. Sematkanlah dalam jiwa kalian untuk menjadi hamba Allah yang jujur dan setia serta bertingkahlaku terpuji. InsyaAllah.

*Peringatan Penting:
Walau apapun terjadi samaada anda menjadi apa yang abie harapkan atau tidak penghidupan mesti diteruskan dan berjanjilah yang anda akan menjadi anak yang taat dan tidak menyusahkan saudaramu dan masyarakat umumnya.
Pastikan kalian saling  bantu membantu antara satu dengan yang lainnya. Susah senang hendaklah sama-sama menanggungnya.
Dan kemungkinan adik-adik kalian akan berada jauh dari anda! Maka dekatkanlah hubungan dengannya dan bantulah ia jika mereka susah. Bantuan ilmu adalah jalan terbaik kepada adik-adik kamu.

Kalian,

Dewasa kelak kalian akan merancang untuk berkeluarga. Justeru itu abie ingin mengingatkan kalian kepada perkara-perkara di bawah:

Nama
Apabila anda mendapat anak pastikan jika lelaki namakan mereka dengan pendahuluan MUHAMMAD NUR  diikuti nama yang anda kehendaki, sebagaimana yang telah abie berikan kepada anda kalian.. Jika ianya perempuan pastikan dengan NUR sebagai huruf pangkalnya.
Ini kerana abie mahu anakcucucicit abie akan mengenali dan bersatu dengan nama pangkal ini.

Ilmu
Iqrak (bacalah) merupakan tangga untuk memperolehi ilmu bagi mememanafatkan diri dan alam sejagat.
Ilmu terbahagi kepada dua bahagian .
Satu ilmu Zahir (Dunia) dan
satu lagi ilmu Batin (Laduni) dan
kedua-duanya harus dipelajari sebagaimana tuntutan nabi kepada kemahuan kita iaitu,
bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah seolah-olah kamu akan mati esoknya.
Belajarlah apakah itu Rukun Iman dan Rukun Islam serta hubungkait antara satu sama lain, belajar sifat 20, 4 sifat mukmin: tabligh, siddik, amanah dan fatonnah.
Belajar ilmu syariat, tasyhwur, tarikat, hakikat dan makripat. Belajar sejarah nabi dan rasul, kedatangan Islam dan kebangkitannya. Zaman 300 tahun selepas Nabi Muhammad SAW dan kelesuan Islam akibat penyakit cinta dunia dan takut mati.

Tahap satu:
Baca buku-buku ini:
1.         Falsafah  Hidup…………………karangan              HAMKA
         2.     Kuliah Subuh 1 dan 2…………….”                            Bey   Ariffin
3.       Tafsir Al Azhar…………………....”                    HAMKA

Tahap dua:
1.         Ihlia Ulumiddin………………………….     Iman Al Ghazali                       


DIRI mestilah mampu menjadi iman kepada keluarga dan mahir dalam menguruskan aktiviti agama dengan baik seperti contoh mengepalai majlis tahlil, doa selamat, zikir, majlis khatam Quran dan lain-lain berkaitan agama. Juga anda hendaklah juga mahir dalam memasak sesuatu masakan kerana makanan merupakan keperluan asas manusia.
Ketika remaja anda mesti dapat menghafal surah-surah yang penting (10 surah) Biasakanlah diri melaungkan azan di madrasah supaya dengan ini anda tidak ‘kekok’ apabila mengazankan anak anda yang dilahirkan nanti. Selalulah mengingati dan menghafalkan nasyid dan zikir berirama supaya anak anda nanti akan dialunkan dengan perkara-perkara ini dari buaian dan dukungan anda ke peringkat berjalan. Pastikan anda dapat memperbetulkan bacaan al quran isteri dan anak anda sebaik mungkin. Tertib menjadi kepala keluarga hendaklah dipelajari dengan baik dan bersopan serta maniskan muka apabila bersama anak dan isteri kamu. Tunjukkan garangmu apabila sesuatu yang melanggar tertib yang telah kamu adakan. Berilah kemaafan apabila sibersalah memohon kemaafan. Ingat jangan sekali-kali mendera kaum keluargamu secara keterlaluan.

Disamping itu diri hendaklah mampu menguruskan dan mengimani solat jenazah ibuayahmu. Jangan meminta kepada orang lain untuk mengimani solat jenazah ayah dan ibumu. Kenapa anak orang lain yang mengimani solat jenazah ayah dan ibu kamu? Kenapa tidak kamu?
Ingatlah dahulukanlah ilmu yang hak dalam penghidupan kamu, kemudian baru ilmu duniawi.
SESUNGGUHNYA tanggungjawab sebagai seorang ayah berat dan setiap yang berat itu akan menjadi ringan sekiranya engkau mengetahui cara dan peraturannya. Belajarlah apa saja yang boleh dipelajari. Belajar bukan untuk mendapatkan ijazah tapi untuk mendapatkan ilmu. Justeru itu belajarlah di merata tempat kerana setiap tempat dan sudut di dunia ini ada ilmunya baik secara langsung atau tidak langsung. Memahami ilmu yang dipelajari dan menggunakannya pada ketika dan tempat yang sesuai. Untuk mendapatkan ilmu ada dua cara. Satu cara mengikuti yang disediakan dan satulagi mengikuti apa yang tidak disediakan. Dengan lain perkataan pembelajaran secara keadaan yang selesa dan sederhana (miskin) tak menjadi halangan seandanya anda memahami apa yang diajar. Pokoknya ilmu itu sama nilainya cuma keadaan ketika belajar hanya berbeza. Atau satu dengan cara mahal dan satu lagi dengan cara yang murah. Sudahlah caranya mahal tapi memanfaatkan hanya untuk satu tujuan sahaja amatlah merugikan. Carilah ilmu untuk dunia dan akhirat.
Tuturbicara biarlah senang didengar dan tidak menyakitkan hati dan perasaan orang lain. Berbicara secara merendah diri adalah terbaik dan berkatalah apabila diminta berbicara. Banyakkanlah perlakuan supaya yang mengerti ingin kepastian dengan bertanya. Yang tidak mengerti mendengar diam-diam setelah kalut.

Senyumlah selalu kerana senyuman itu adalah sedekah.
Elakkanlah percakapan yang lucu dan tidak sopan. Elakkan ketawa kuat dan mangilai kerana ketawa kuat dan mengilai bukanlah perangai Rasulullah.,

Berfikiran positiflah selalu dalam apa juga cadangan dan perancangan. Mata yang melihat selalunya menipu atau tersilap tafsir. Justeru itu lihatlah dengan mata hatimu sebaik mungkin. Jangan cepat bertindak terhadap sesuatu. Kaji dahulu kejadian tersebut, buat pengamatan, selidik dengan keupayaan sendiri baru jelaskan pendirian dan keputusan tanpa manyinggung pihak yang bersalah.

PAKAIAN mestilah untuk menutupi aurat. Bukan untuk melawa atau bermegah. Menutupi aurat dan menampakkan kecantikan atau kesegakan pakaian yang dipakai oleh orang-orang Islam alhamdulillah. Biar dengan cara pakaian dan penampilanmu boleh menarik minat untuk mengenali agamamu. Pastikan pakaian yang boleh menakutkan mereka jangan sekali dipaparkan. Pamerkan yang cantik-cantik dan indah-indah sahaja (yang cantik tidak semestinya mahal) supaya dengan ini mereka senang denganmu. Setiap sesuatu yang ada di bumi ini adalah dari Allah. Seperti bahasa, semua bahasa adalah hak Allah. Ada kalanya kita wajib mempelajarinya, ada kalanya bersifat harus, makruh, dan haram. Dalam pandangan abie semua bahasa harus dipelajari untuk perhubungan antara manusia dan mengajak manusia ke jalan yang hak. Berbalik kepada pakaian tadi pakaian mana-mana pun bersifat harus untuk menutupi aurat bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bahkan kalau pakaian sunnah itu adalah lebih baik. Tapi dalam keadaan hari ini kalau kita berpakaian sunnah ia disalahanggapkan oleh orang bukan Islam sebagai puak Islam yang melampau. Justeru itu kita kena sembunyikan dulu pakaian sunnah dan berpakaianlah dengan pakaian yang mereka senangi supaya mereka tidak takut dan datang dekat dengan kita. Untuk menakluki seseorang kita perlu dekat dengannya. Bak kata kalau peluru dari luar belum tentu dapat menumbangkan musuh kerana ia mungkin tersasar atau kalau kenapun tidak setepat mana tapi kalau racun yang diminum sudah tentu merebahkan peminumnya. Jadi pastikan untuk menakluki seseorang kita perlu mendekatkan mereka dengan kita mengatur langkah-langkah yang kemas supaya burung yang telah masuk perangkap, baik zahirnya atau batinnya terjebak kemas, InsyaAlah. 
Tambahan lagi pakaian adalah imej yang nampak pada pandangan. Sekiranya menawan dan cantik ianya akan menarik pelihatnya untuk berkawan dan mengenali kita. Jadikan pakaian kamu sebagai senjata untuk berdakwah. Biar musuh melihat kamu terasa senang.

KEDIAMAN
RUMAH mestilah tidak menampakkan kebesaran dan membazir. Mesti ingat tentang rumah Rasul dan para sahabat. Mereka tidak memiliki rumah yang begitu selesa, kediaman yang begitu besar dan perhiasan rumah yang begitu banyak. Ingatlah kedaan rumah Rasulullah:
  Beliau memiliki sebuah rumah kecil, bumbungnya boleh disentuh dengan tangan, manakala pintunya hanya ditabirkan dengan kain guni.
Berpandukan pedoman di atas maka yakinlah bahawa apa yang dibuat oleh Rasul patut diikuti oleh kita. Dunia hanya sementara dan perhiasan yang menipu saja. Rasulullah adalah manusia rujukan dan pedoman kenapa kita tidak mahu mangikutinya. Mengapa? Awasilah kata-kata Rasulullah selepas peperangan yang paling besar sekali dalam sejarah peperangan Islam. Kata beliau bahawa tiada perang yang paling besar dari perang ini (Badar) iaitu perang melawan hawa nafsu. Peperangan dalam diri kita antara menegakkan yang hak dan menewaskan yang mungkar. Lagipun perlu diingat bahawa mereka yang mengajarkan manusia membuat perkara-perkara yang besar-besar dan mahal adalah Firaun, Namrut dan lain-lain lagi orang yang mempersekutukan Allah.
Fikirlah anak-anakku betapa kita merasai apabila melihat kebesaran rumah seseorang! Pasti yang pertama kita akan berfikir yentulah kaya pemiliknya. Kedua kita rasa gerun atau takut untuk berkawan dengannya. Ketiga kita rasa hina. Hina tidak memiliki apa-apa seperti dia (yang memiiki rumah besar tadi)
Rumah ada pagar! Pagar siapa? Kalau nak pagar pencuri atau apa yang merosakkan tu menandakan bahawa aku jiranmu juga termasuk dalam golongan yang dikhuatirkan seperti mereka yang cuba engkau hindarkan sebab pagar yang engkau hasilkan berdiri 24 jam dan tiada pagar yang didirikan untuk itu sahaja. Tenungkanlah kita pakai baju untuk hijab tapi ketika tertentu sahaja tidak 24 jam begitu. Begitulah dengan pagar dan rumah yang kukuh., walau kukuh manapun buatannya sekiranya Allah telah manimbulkan niat seseorang untuk mencerobohinya maka terjadilah perkara itu. Hanya doa sahajalah yang mampu menepiskan niat dan keinginan seseorang. InsyaAllah.
Anak-anakku, rumah biarlah menampakkan kita miskin, biarlah menampakkan kita songsang dengan pergerakan zaman, manusia berlumba mengejar dunia seolah-olah mahu selamat tapi mereka tidak tahu bahawa keselamatan itu bukan pada benda., sebagaimana mereka sekarang ini percaya kepada kehebatan wang ringgit. Sampai ada yang mengatakan kalau tiada wang ringgit mana boleh hidup. Prinsip beginilah yang menyebabkan mereka hidup untuk makan dan bukannya makan untuk hidup.
Jangan sekali-kali berbangga dengan harta dunia, menunjuk-nunjuk apa yang ada. Ingatlah… lagikan perhiasan diri wanita, Rasul melarang menunjukkannya di khalayak ramai, inikan pula harta dunia.

KERJA
         Perkerjaan yang terbaik adalah perniagaan. Hindarkan diri daripada makan gaji. Makan gaji untuk suatu jangka masa tertentu adalah untuk mendapatkan sesuatu kemahiran. Apabila kemahiran  itu difahami dan yakin serta mempunyai kemampuan sebaiknya maka mulailah perniagaannya.
Dalam perniagaan mestilah memilih perniagaan yang kurang berebut dengan orang iaitu pilihlah perniagaan persaingan yang baik.

Hindarkanlah menjadi kontraktor projek kerana ini akan menyebabkan ketidakpuasan masyarakat. Sebolehnya jadilah peniaga sektor perkhidmatan seperti kedai makan makanan halal, kedai runcit, rumah tumpangan dan lain-lain lagi. Juga di sektor pertanian dan perladangan yang lebih tidak bersaing dan memusatkan aktiviti kepada iklim dan redha Allah.
Perniagaan memang menjadi kemahiran orang Cina kerana mereka merupakan pedagang yang berhijrah ke negara kita. Hari ini mereka menguasai ekonomi negara kerana kelebihan itu. Justru itu abie jadikan pedoman kepada cara mereka.

Dalam perniagaan mesti ada perkara berikut:
1.                  barang yang diperniagakan
2.                  bagaimana barang itu dihasilkan
3.                  bagaimana barang itu diperniagakan
Caranya:
Barang yang diperniagakan                           Ubi kayu
Bagaimana barang itu dihasilkan          Ditanam di atas tanah
Bagaimana barang diperniagakan                   Dijual ke Kilang
Jadi dalam menguruskan perniagaan ini kita mesti ada :
1.       Bahan niaga                    =        Ubikayu
2.       Kawasan hasilan bahan    =        Ladang (tanah)
3.       Permintaan  =Kilang/mereka yang menghasilkan sesuatu daripada
           Ubikayu.
Dengan lain perkataan kita mesti ada tanah/ladang untuk ditanam tanaman ini, mesti bahan untuk ditanam dan pengurusan tanah/ladang, mesti ada pembeli atau kilang untuk memastikan hasil tanaman tersebut dijual atau pasaran.
Kalian mempunyai ramai adikberadik dan bersatu adalah merupakan pemuafakatan yang terbaik dan jitu. Anda boleh bahagikan:
Seorang akan menguruskan bahagian tanaman, seorang akan menguruskan bahagian pemasaran dan seorang akan menguruskan bahagian kilang (sekiranya mempunyai kilang)
Dalam perniagaan sektor pemakananlah yang paling menguntungkan kerana kita sudah terjamin tidak kelaparan.
Dan anda dikehendaki INGAT selalu bahawa jangan mengikuti jalan mudah dan cepat kaya kerana hukum Allah sesuatu itu mestilah melalui tertibnya (sunnahtullah).
Lihatlah bagaimana Allah jadikan kita dengan melalui peringkat-peringkat umur. Begitulah juga dengan kejadian lainnya melalui masa dan keadaan. Tiada yang cepat dan segera.

Contoh cerita kawan abie mengenai anak-anaknya yang berkerja makan gaji:     
         Kawan abie mempunya anak yang seorang berkelulusan universiti dan berkerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta dengan gaji 1,500 sebulan di bandar KL dan seorang lagi berkelulusan SPM berkerja di kedaimakan dengan gaji 800 sebulan. Yang bergaji 1500 sebulan tidak dapat memberikan atau menyimpan wang sebanyak 400 atau 500 ringgit tetapi yang berkerja di kedaimakan dapat memberikan ibunya atau menyimpan sejumlah itu. Ini bermakna bahawa anaknya yang berkerja sebagai pelayan di kedaimakan telah jimat dari segi makanan hariannya sementara yang berkerja di syarikat swasta terpaksa berbelanja untuk makanannya dan tambang pergibaliknya ke pejabat. Katakanlah perbelanjaan tadi berjumlah 20.00 ringgit sehari bermakna ia terpaksa menghabiskan sejumlah 600 ringgit sebulan.
Sebab itu abie mahukan anda dan anakcucu anda memilih pekerjaan yang berjangkapanjang yang baik dan selamat dunia dan akirat. Ia mungkin tidak nampak ‘grand’ atau bergaya di mata masyarakat tapi yang kita mahu adalah KEREDHAAN Allah.  Disamping itu ia(syarikat) akan menjadi aset yang boleh diwarisi oleh anak-anak anda.

Sesungguhnya perjuangan seorang muslim itu sangatlah besar
dan bermanfaat. Apa tidaknya ia bertanggungjawab kepada diri
dan keluarganya di akhirat kelak (Jagalah diri dan keluargamu
dari kepanasan api neraka)
Taburlah baktimu di segenap muka bumi, damailah bumi ini
dengan kebijaksanaanmu. Pimpinlah bumi ini dengan pimpinan tali   Allah. Sesungguhnya yang hak itu tiada bandingan kebaikannya. Pastikan tubuhmu memancarkan cahaya Islam, cakapmu      mendengarkan kesyahduan penghidupan Islam dan pe’elmu
mempamerkan kehebatan dan kecantikan Islam.
  Dilihat……………………………menawan
  Didengar………………………..mengasyikkan
  Diingat……………………………merindui & ingin memilikimu

Dunia adalah ‘wakaf’ rehat sementara untuk meneruskan perjalanan ke alam akhirat yang kekal abadi.

‘Dakwah adalah kerjaku’
Islam adalah agama untuk semua bangsa dan penghidupan atau dengan lain perkataan untuk seluruh alam.
Manusia hidup dengan berkeinginan kepada tempat tinggal, makan-minum, tidur, kerja, hiburan, ketenteram dan banyak lagi keinginan diri dan masyarakat yang membentuk syariat atau hukum. Dengan lain perkataan semua itu adalah budaya atau carahidup.
Carahidup inilah yang patut diIslamkan. Cara makan/minum, tidur, tempat tinggal, hiburan, berinteraksi dengan orang lain dan seterusnya.
Dalam mengIslamkan carahidup ini seseorang pendakwah patut mengenali teknik dan cara. Ini akan memudahkan lagi sekiranya berILMU dan mengHADIRkan diri kepada suasana tersebut (Cerita Tok Kenali dengan dakwahnya).
Justru itu PENAMPILAN diri dengan ilmu yang difahami adalah senjata untuk mempengaruhi dan konklusinya akan mendidik. InsyaAllah.
Penghidupan akan menjadi lebih menyeronokan apabila berada di dalam situasi itu dan memahaminya.
Dan INGAT jangan sekali-kali kamu berdakwah melalui pertubuhan kerana ianya akan menyebabkan banyak kesukaran. Berdakwahlah secara sendirian atau berjemaah yang hanya berlandaskan Alquran, Sunnah dan Hadis.

SOALAN SATU
Bagaimanakah nak diatasi perkara di dalam berita di bawah ini terjadi kepada cucu-cucu abie? 
 KANAK-KANAK MATI DIDERA PENGASUH

Kenapa memerlukan pengasuh ? Kenapa diberikan anak kepada pengasuh?
Dalam program yang abie rancangkan, insyaAllah perkara ini dapat diatasi.
Apa tidaknya apabila satu keluarga itu sudah mendapat RM3,000.00 sebulan dari syarikat. Maka si suami akan berkerja sebagai mendapatkan pendapatan tambahan sahaja dan si isteri akan kekal di rumah menjadi ibu yang bertanggungjawab untuk melahirkan mujahhid Islam.
Dan tiadalah si ibu terpaksa keluar rumah bersama suami mencari rezeki dan membiarkan si anak dididik oleh pengasuh tanpa pengetahuan siibubapa! InsyaAllah.
Sedangkan anak-anak pada peringkat ini memerlukan sentuhan ibunya yang sebenar...... “tangan yang menghayunkan buian boleh mengegarkan dunia.”
Alhamdulillah pada 2009 lepas Allah membuka minda abie kepada satu persoalan yang diberikanNya jawapan terbaik untuk mengatasi penghidupan ini......
Justru itu dengan program yang direncanakan ini akan selamat dan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. InsyaAllah, aamin.
Bagaimana nak diwujudkan Jemaahku adalah Keluargaku dan Deritamu adalah Deritaku jua.


BERSAMBUNG LAGI DENGAN PERISTIWA PERTARUNGAN DENGAN GOLONGAN JIN. INSYAALLAH.










Tuesday 21 June 2011

SABUNG AYAM SATU KESALAHAN, SABUNG MANUSIA SATU SUKAN

BERLAGA AYAM SATU KESALAHAN TAPI BERLAGA MANUSIA SATU SUKAN ?
Hok dok berlaga tu..... melayu
Hok dok ngadil tu pun melayu
Dan hok dok tengok dan buat duit tu lain-lain bangsa.....

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bukakanlah hati para pejuang agama dan kemanusiaan
Supaya terdetik di benak mereka bahawa sukan ini adalah sukan “kaum kurang ajar”(babarian).
Sebagai manusia berakal kenapa nak dibelasah sesama sendiri. Kenapa nak dirosakkan tubuh yang dijagai sebaik itu bagi memudahkan manusia bertugas kepada Nya. Kenapa mahu mengikuti Muhammad Ali yang akhirnya berpakinson? Kenapa nak diikuti penomol siam yang telah ramai mati di dalam gelanggang. Gelanggang yang hanya mencipta nama dan hadiah, bukan gelanggang sabil FI SABILILLAH yang dituntut.

            
 Sebagai manusia berakal kenapa nak bertarung sesama sendiri. Kenapa nak dirosakkan tubuh yang dijagai sebaik itu bagi memudahkan manusia bertugas kepada Nya. Kenapa mahu mengikuti orang barat yang jelas kafir tu? Kenapa nak diikuti ahli sukan yang telah ramai ‘sesat’ di dalam gelanggang. Gelanggang yang hanya mencipta nama dan hadiah berupa patung.

Ya Allah Ya Karim,
Sesuatu yang menggunakan keupayaan  maksimum dalam mencipta nama dan kemegahan adalah satu jalan ke dunia dan kegelapan jalan ke akhirat... tambah-tambah lagi permainan itu dicipta Zionist yang sentiasa mahu kita membazirkan masa, ekonomi dan kehendak persekitaran yang sepatutnya.
Sukan, Hiburan dan Fesyen ciptaan Zionist, tak lain dan tak bukan hanya untuk menghanyutkan kita dalam danau kesesesatan yang terang-terang bermotifkan “niat menghalalkan cara” sahaja yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Allah.
Ketahwilah bahawa apabila sesuatu itu dibuat dengan konsep “niat menghalalkan cara” akan mengakibatkan percampuran jenis manusia tanpa batas syariat yang dituntut Allah. Pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan maharam. Melakonkan adigan sebenar pergaulan sebagai ‘suami-isteri’, adik-beradik dan pendedahan aurat yang melampau semasa dalam rumah, bilik dan sebagainya itu adalah HARAM dalam syariat Islam.

Ya Allah Ya Rahman,
Kembalikanlah mereka-mereka para sukan, hiburan, pereka, pencipta dan pemimpin ke jalan yang lurus itu. Jalan yang berpandukan Al-Quran, Sunnah dan Hadis.
Kenapa tak diidolakan Muhammad Rasulullah yang terkenal sebagai Penghulu kita ? Aamin.

TENGOKLAH BETAPA HEBAT DAKAPAN SI HERO KAT SI HEROIN. MUFTI TAK BAGI HUKUMPUN.

JANGAN PANDANG RINGAN ISU INI.......
PERBUATAN DI LUAR ADALAH MENUNJUKKAN JATIDIRI SESEORANG DAN KEYAKINANNYA PADA APA YANG ADA DALAM BENAK MEREKA.
Justru itu MELAYU patut bersatu SEKARANG dalam semua bidang.....
Kurangkan dunia hiburan.....
Kurangkan dunia sukan.......
Kurangkan dunia fesyen dan gaya......
Lumpuhkan persatuan abasiah seperti KELAB ANAK JUTAWAN atau buatlah Kelab Anak Firaun lebih tepat.....
Ingatlah bahawa kedudukan kita sudah dirancang untuk menjadi ‘oranghanyut’ satu ketika nanti.

SOKONGLAH MEREKA-MEREKA YANG DIABAIKAN
COMEL BETUL MENTERI KITA NI! NAMPAK RAMBUT SIKIT PUN DAH COMEL.....


PELEK N LUCU
Perhimpunan BERSIH diharamkan....
Sedangkan Pesta Tunjuk Bodi di sukan tu halal ke?
Adigan berahi dan tak tutup aurat tu makruh ke?
Pesta Rok, nyanyian yang terang menonjolkan penampilan wanita separuh bogel dan malu nak tengok dengan tonggeng sana tongeng sini tu apa ke jadah pula hukumnya Pak Mufti????????????????????

Memandangkan banyak kekeliruan dalam penghidupan kita hari ini, maka ada baiknya kita berfikir secara rasional:

Allah berfirman dalam surah Al-Nahl, ayat 71 bermaksud:
“Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kami mengatasi sebahagian yang lain dalam hal rezeki, orang yang diberi kelebihan tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu (dengan perbuatan syirik)”

Perbezaan fikiran kita dengan mereka
Tanah tepi jalan kita buat rumah tapi bagi mereka, mereka buat kedai.
Tiap-tiap bulan rumah kita meminta wang untuk perabut, litrik, air. Tapi premis kedai mereka memberikan wang dari sewaan bulanan.........

Kita pinjam wang nak buat rumah dan beli kenderaan untuk keperluan kerja dan urusan keluarga, tapi mereka pinjam wang untuk dirikan permis perniagaan atau modal berniaga atau kenderaan untuk melancarkan perniagaan.
Tiap bulan kita kena bayar minyak, ansuran pinjaman, sevis dan insuran kemalangan. Tapi tiap bulan mereka kira untung hasil dari sewa kedai, keuntungan pergerakan kenderaan dan memberikan rezeki kepada insan lain.

“Engkau pandai membeli kerana apa yang dibeli adalah pada harga yang murah!”
Sampai bila nak tunggu harga murah ? Adakah harga tapak menurun dari tahun ke tahun ? Adakah jumlah menusia berkurangan dari tahun ke tahun ?

Mereka tak kisah dengan harga tapi yang dipentingkan di sini ialah ‘tapak’. Bagaimana nak mendapatkan tapak yang strategik bagi membina kekuatan puak mereka. Bagaimana nak jadikan tapak itu sumber rezeki kepada mereka dan puaknya. Bagaimana nak jadikan tapak yang ‘ditakluki’ itu sebagai kilang untuk perjuangan memertabatkan ekonomi puak mereka.

Tiap bulan kita masuk Pasaraya beli keperluan dan hanya dapat benda yang dibeli. Tapi mereka dapat untung dari pembelian kita.....
Tidak sedarkah bahawa kita ditipu ?
Tidak sedarkah bahawa kita dieksploitasi ?
Tak perasan ke kita dimabukkan dengan kata-kata indah bersalut racun ?
Tak pekakah kita dengan pengharapan saudara muslim kita dalam biz ini ?


*Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Menyayang.
*Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
*Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
*Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
*Bimbinglah kami ke jalan yang lurus.
*Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan *orang yang dimurkai, dan bukan jalan orang yang sesat.
                                                         ( Surah Al Fatihah )

Justru itu marilah kita sama-sama berSATU membina kekuatan untuk melawan peperangan yang lebih besar dari perang Badar dan menghasilkan satu wadah perjuangan yang memertabatkan generasi kita seterusnya.
Jangan jadi mereka-mereka yang pandai berkata-kata, pandai berdailog dan berdebat tapi tidak melangkahpun untuk memulakan gerakan perjuangan JIHAD EKONOMI ini.
Ketahwilah bahawa GERAK pertama ini merupakan langkah perjuangan menegakkan keadilan (fi sabilillah)

‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

PERINGATAN KEPADA AHLI JERMAS
DI BAWAH ADALAH CONTOH SURAT SAGUHATI ATAS PENYERTAAN ANDA.




JERMAS ENTERPRISE
LOT 54, JALAN BESAR, 22000 JERTEH, TERENGGANU.
TEL: 014-6090884, 019-9662792, 017-9215780, 012-9530434, 012-9515627, 014-8035840.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fail: Bil. 09 dlm. Sje 2011/ps.
                                                                                                          Tarikh: 10 Jun,  2011
Kepada,

NAMA                                               

NO. KAD PENGENALAN

JUMLAH BELIAN SAHAM

TARIKH MENYERTAI

JUM. SAGUHATI BELIAN DARI JANUARI KE JUN 2011


Terimakasih diucapkan atas kepercayaan tuan/puan kepada saya sebagai Ketua Jawatankuasa Perancang Penubuhan Syarikat Berhad kerana menambahkan modal saham Jihad Ekonomi ini.

Wang pembelian tanah dan perniagaan lot 54, Jalan Besar, 22000 Jerteh telah diperdagangkan kepada pengurusan syarikat Jermas Enterprise dibawah pengurusan saya sendiri.
Aktiviti perniagaannya ialah menjual ruang niaga dan menjual bilik secara bulanan.
Sehubungan dengan ini syarikat Jermas Enterprise pada 2011 ini, secara ikhlas memberikan saguhati (dividen)  setengah tahun kepada pembeli sebanyak 10%.
Anda boleh mendapatkan saguhati ini daripada pejabat syarikat bermula 1 hingga 15 Julai 2011 ini. Mana-mana pembeli yang tidak mengambil saguhati pada tempuh diberikan maka saguhati tersebut akan dimasukkan ke saham pembeli sendiri dengan jumlah 1 unit 1 ringgit malaysia.

InsyaAllah selaku pengurus syarikat saya akan cuba untuk memberikan dividen sekali lagi pada bulan Disember ini antara 5 ke 10%, sekiranya syarikat yang ditargetkan masih tidak dapat ditubuhkan lagi. Saguhati (dividen) ini dikira pada unit belian saham teras  anda sahaja.

Justru itu saya sarankan kepada para pembeli sekalian agar memperbanyakkan belian bagi menuntut bonus saham yang masih lagi ada (30% bonus belian & bonus mendapatkan ahli baru) dan dividen yang lebih baik dari mana-mana bank. Dengan keizinan Nya, kami diberikan ‘formula’ menguntungkan saham anda.

Marilah kita sama-sama doakan agar Jihad Ekonomi sebagaimana dirancangkan ini berjaya dicapai pada tahun ini, 2011.

                                                                                             
“Ketahwilah bahawa kedatangan kita (sahabat) adalah rahmat kepada yang memahami tapi menjadi ‘kegerunan’ buat kaum munafik”
                                                                                            ( Pengertian munafik : rujuk Surat Ali ‘Imran ayat 167 hingga 175 )


Saya yang benar,                                 Diakui 1,                                  Diakui 2


TT                                                       TT                                            TT
..........................................                 ......................................                     ......................................
(BISTAMAN SULONG)                          (M. ZAHID MAHMOD)               (SALAHUDIN MAHMUD)
550101-11-5277                        520715-11-5223            500205-03-5241
Pengurus Jermas Enterprise                 S/u Perancang Program            Bekas S/u TBSB
014-6090884                                        019-9662792                             017-9215780


Monday 20 June 2011

SYARIKAT JERMAS (JERTEHEMAS) jatidiri dan keteguhan




Program bagi mereka yang memikirkan
mahu menolong dan sedia ditolong.

Kepada semua kenalan Bistaman Sulong
Lihatlah dengan matahati dan bersamalah kita perjuangkan JIHAD EKONOMI ini. 


Syarikat Jermas Enterprise (KT0263168-U)
LOT 54, JALAN BESAR, 22000 JERTEH, TERENGGANU.
TEL: 014-6090884, 019-9662792, 010-9117525, 012-9530434,
012-9515627, 014-8035840, .





Syukur kepada NYA
yang telah memberikan hidayat bagi program ini. Sesungguhnya apa yang dinyatakan ini bukanlah hasilan saya sahaja tapi adalah hidayat serta panduan daripada NYA sehingga program ini melengkapi kehendak perjuangan agama mengikut keadaan dan persekitaran ketika ini. Alhamudulillah.
Segala kesilapan yang ada dalam menerangkan program ini adalah kelemahan saya dan kebaikan itu adalah dari Allah yang Maha Berkuasa. Aamin.

Penulis,                             sahabat-sahabat

                          
  BISTAMAN                                   SALAHUDIN         MOHD ZAHID         MOHD AZMI

SAGUHATI SEBANYAK 10% DARI BELIAN KEPADA PESERTA DARI JANUARI HINGGA JUN 2011 & SAGUHATI BOLEH DIAMBIL MULAI 1 JULAI HINGGA 15 JULAI 2011 DI TAPAK PROJEK. DAN SAMA-SAMA DOA AGAR 6 BULAN LAGI KITA DAPAT USAHAKAN SAGUHATI ANTARA 5 -10% LAGI. TERIMAKASIH


GERAKAN MELAWAN ARUS

KINI, MASING-MASING BERLUMBA UNTUK MENCAPAI MATALAMAT SECEPAT MUNGKIN DENGAN HARAPAN HANYA MEMBAWA KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI (SKIM CEPAT KAYA)

“Kalau aku boleh jadi jutawan, kalau aku berkemampuan, kalau aku diberikan.............., aku ini...., dan aku itu sahaja”...................................... Tiori menggunung tanpa usaha adalah mimpi yang mengarut....


Aku sudah puas dapat rezeki lumayan, anakisteri cukup makan pakai, ada rumah besar dan dapat berulangalik ke masjid serta dapat menunaikan haji dan umrah....  : hanya berhablumminallah?


Ramai yang tidak memikirkan tentang jemaah, tentang mereka di sebelah yang sujud bersama dalam solat berjemaah. Tentang mereka di sekitar, tentang generasi akan datang atau lebih tepat memikirkan tentang ummah.

Rasulullah ditanya mengenai peranan manusia di dunia.
Jawab Rasulullah, “Beriman kepada Allah dan Rasulnya”. 
Selepas itu ? Nabi ditanya lagi.
Jawab Rasulullah, “Berjihad di jalan Allah”.
Ingatlah,
Kedatangan kami merupakan ‘rahmat’ buat mereka yang mengerti (sahabat)  tapi merupakan ‘keresahan’ buat kaum Munafik, Yahudi dan Nasaro............................... penulis.

PERINGATAN DARI MAHA PENCIPTA,

“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu.”
(Al-Baqarah: 168)

PERINGATAN DARI RASULULLAH

SUPAYA DOA DIMAKBULKAN ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW:
“Seseorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya.”                         Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi.

SELAMAT DARI SEKSAAN API NERAKA
Saat bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah SWT supaya Dia menjadikan doaku mustajab.”
Jawab baginda: “Wahai Saad, jagalah soal makanmu, nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tangan Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari.
Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram dan riba, maka neraka lebih layak baginya.”                          Hadis riwayat Ibnu Abbas.

AMAL IBADAT DITERIMA ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW:  “Barangsiapa bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya daripada sumber yang haram, Allah SWT tidak akan menerima solatnya.”                                   Hadis riwayat Muslim.

MEMBENTUK DARAH DAGING YANG BAIK DALAM BADAN                                                                                                 Sabda Rasulullah SAW:    “Ingatlah bahawa di dalam tubuh manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka roasklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati.”     Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

BISNES WADAH PERJUANGAN
Dengan bisnes yang beraspirasikan jihad, seseorang usahawan mendapat tenaga, kekuatan dan keperkasaan luarbiasa. Mereka juga akan menjayakan bisnes untuk beribadah dan beramal soleh serta berlumba membuat ‘fastabiqul khairat’ seperti dianjurkan al-Quran. Semua yang berjihad menerusi bisnes akan menyedari hakikat manusia paling baik adalah yang membawa paling banyak manfaat kepada manusia. Semua ini akan mendapat barakah dan ganjaran rezeki, termasuk dari sudut yang tidak dijangka....
        (Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Metro Khamis, 1 April 2010)


Hari ini kita terasing.......... Ayah saman anak, anak tipu ayah, jiran tak kisah, nabi melayu, solat niat dan lain-lain lagi.
Hari ini jikalau kita ditimpa musibah atau memerlukan wang untuk kecemasan ke mana kita hendak mendapatkannya?
Harap pejabat kebajikan ......... banyak kerenah dan lambat. Pengerusi JKK.......... pun tiada peruntukan segera. Adikberadik........  sekali 2 bolehlah dan tidak banyak. Kalau perlu wang pembedahan tentu banyak! Mana nak cari ? ....Paling cepat pohon derma................ dan selama mana nak kita harapkan kepada derma?
Berikut dipaparkan keratan akhbar untuk iktibar kita bersama. Mungkin kita terlepas pandang berita-berita ini yang begitu bermakna untuk kita bertindak.

Hari ini kita kena bangkit secara berkumpulan supaya apa yang kita hasilkan akan menjadi perisai kita bersama. Sekarang Kita diibaratkan seperti ‘enau dalam belukar’, masing-masing melepaskan pucuknya. Kekuatan tali persaudaraan hanyalah merasai simpati sahaja dan tidak lebih dari itu. Sedangkan kita dijadikan sebagai ‘jadian’ terbaik dengan dianugerahkan ‘akal’ yang dapat berfikir dengan panduan ‘kalamullah’ dan dilengkapi dengan 7 pancaindera yang hebat. Tapi apa yang diharapkan hanyalah menjadi insan yang hanya tahu meminta sesama insan dan ‘dayus’ dalam menegakkan keadilan sejagat!
Kita umumnya tahu, kalau sembahyang berjemaah mendapat 27 kali pahala, bagaimana pula kalau kita berjemaah dalam bidang ekonomi, semestinya akan melahirkan ‘baitulmal’ terhebat yang akan memenafaatkan semua.
“Justru itu gerakan ini merupakan gerakan yang akan memastikan pengeluaran wang kita khasnya untuk keperluan ‘dapur’ akan memberikan pulang sebagai ‘pelindungan’ dan ‘kebajikan’ kepada kita semua yang bersatu dalam gerakan ini”. InsyaAllah.

AJK PENERANGAN & PENGGERAK KEMPEN

1. EN. BISTAMAN SULONG                             (Bekas Guru)                014-6090884
2. EN. MOHD ZAHID MAHMOD                        (Bekas Guru)                010-9117525
3. EN. SALAHUDIN MAHMOD                          (Bekas Kesihatan)         019-9662792
4. EN. HUSNI  AMAN                                       (Peniaga)                     014-8035840
5. EN. MOHD AZMI HASAN                             (Pendidik)                     012-9530434
6. EN. NIK HASBOLLAH ABDULLAH                (Bekas Guru)                 012-9515627
7. EN. AB. RAHMAN MUHAMMAD                  (Guru Pengetua)                        013-9862956
8. EN. CHE ISMAIL CHE IBRAHIM                    (Petronas)                    012-9851996
9. EN. KAMAL ARIFUDDIN MUHD                    (PKLN)                         019-5711607

MELAYU PERLU BUDAYA BISNES
 : MUSLIM WAJID JADIKAN PERNIAGAAN SEBAGAI PERJUANGAN BERTARAF JIHAD
........ dalam sistem ekonomi, kuasa membeli boleh diibaratkan umpama undi dalam politik. Anda tidak dimanfaatkan sepenuhnya, ‘undi’ yang diberikan tidak akan kembali kepada kita dan kita akan rugi. Mesej yang cuba disampaikan ialah agar kita semua menggunakan segala sumber yang ada untuk saling membantu meningkatkan ekonomi ummah dan memastikan bangsa Melayu terus bangkit. Apabila lebih ramai yang memiliki kekayaan, maka sudah tentu mereka akan dapat membantu meningkatkan ekonomi bangsa dan membela agama, khususnya melalui berzakat, bersedekah, berinfak, berjariah dan berwakaf...
                (Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Metro Khamis, 20 April 2010)


PROGRAM “BELANJA, UNTUNG & AMAL”
Membawa konsep “Jemaahku Keluargaku” & “Deritamu Deritaku”.

                                                           “SATU JEMAAH SATU BAITULMAL”

BELANJA
Belanja yang dimaksudkan di sini membawa erti peruntukan kewangan yang dikeluarkan untuk membeli keperluan harian seperti ; ikan, sayuran, beras, gula, minyak masak, susu dan lain-lainnya.
Kalau dihitung belanja bagi sesebuah keluarga Muslim adalah paling minima 150 ringgit seminggu. Ini bergantung kepada besar kecil isi rumah tersebut. Kalau besar maka bertambahlah belanjanya.
Jadi dari 150 ringgit seminggu jika didarab 4 minggu ianya sudah menjangkau 600 ringgit sebulan.
Persoalan disini ialah selama kita menghabiskan wang berbelanja bagi membesarkan 4, 5 orang anak kita, adakah kita mendapat dividen atau bonus dari kedai yang kita langgani itu? Adakah sakit deman kita dibiayai kos rawatannya? Atau adakah sumbangan diberi apabila kita mendapat kecelakaan ataupun musibah? Adakah mereka menolong apabila kita memerlukan pertolongan kewangan?
Jadi program ini memberikan kelebihan hasil dari belian harian kita itu. Dengan lebihan keuntungan itu dapat ianya memberikan faedah kepada kita semuanya dan mereka yang memerlukannya, insyaAllah.

UNTUNG
Keuntungan yang akan diperolehi oleh pemegang saham khasnya adalah dari segi dividen tahunan sebagaimana dalam sesebuah koperasi, tapi boleh melebihi 20% setahun dan kita jangkakan akan memperolehi 30 % ke atas, insyaAllah. Pemegang saham juga akan mendapat bonus dan elaun mesyuarat setiap kali menghadiri mesyuarat tahunan. Simpanan yang dijadikan saham akan bertambah nilainya dari tahun ke tahun. Berapa jenis kebajikan disediakan untuk menjaga para pemegang saham sebagaimana di bawah:
Syarikat akan menyediakan kemudahan di bawah sebagai KONSEP “Jemaahku Keluargaku”
1.                  Skim Kebajikan Pemegang Saham dan Keluarga
1.1:            Khairat Kematian Diri dan Ahli Keluarga
1.2:            Bantuan Kewangan Sakit (Yang Diwadkan)
2.                  Skim Pendidikan Pemegang Saham
2.1:            Bantuan Pinjaman bagi Pemegang Saham yang belajar di bidang     
                  Ilmu agama
2.2:            Pinjaman Membeli Buku Rujukan
2.3:            Kursus Pendidikan Agama, Kemahiran dan Kahwin
3.                  Skim Bantuan Kecemasan
3.1:            Pinjaman Segera atas Kecemasan (Kemalangan atau bencana)
3.2:            Bantuan Tunda Kenderaan
4.                  Skim Pinjaman Mempertingkatkan Ekonomi
4.1:            Pinjaman Memulakan Perniagaan Kecil
4.2:            Pinjaman Memperbesarkan Perniagaan
5.                  Skim Insuran (Pelindungan) Diri dan Keluarga
5.1:            Skim Insuran Kemalangan & Bencana
6.                  Skim Lawatan Kesedaran
6.1:            Ke mana-mana destanasi yang diikirkan perlu oleh syarikat.
7.                  Skim “Deritamu Adalah Deritaku”
7.1:            Kesusahan Pemegang Saham akan dikongsi bersama P. Saham.
7.2:            Elaun Sara Diri Warga Emas 60 tahun ke atas.
      8.         Skim Penggajian Kakitangan Perniagaan
                  8.1:         Gaji pekerja (berpandukan kemahiran)
                  8.2:          Elaun isteri (berpandukan sijil) dan anak-anak (bawah 18 tahun)
                  8.3:            Elaun menghadiri kursus bagi kakitangan dan pekerja.
                 8.4: Bonus Tahunan
      9.         Hadiah Tahunan
                        Sekali setahun cabutan hadiah galakan kepada pemegang
Saham yang bernasib baik seramai 5 orang.  Juga hadiah       kecemerlangan  kepada kakitangan dan pekerja yang menunjukkan komitmen yang baik kepada syarikat seramai 5 orang.
    Contoh bagaimana memperolehi keuntungan keuntungan : 
Pemegang saham kita berjumlah 1500 orang. Satu keluarga akan mempengaruhi 2 keluarga adik dan abang mereka. Ini akan menjadikan keluarga yang membeli di pasar kita berjumlah 4000 pelanggan. Sekiranya 4000 pelanggan membelanjakan 600 ringgit sebulan, (600 X 4000) ianya berjumlah 2.4 juta ringgit jualbeli yang telah berlaku dalam masa satu bulan. Daripada 2.4 juta itu kita ambilkan keuntungan kasarnya 20% yang berjumlah 480 ribu ringgit. Separuh darinya itu kita ambil untuk diperuntukan kepada kos pengurusan seperti ; Gaji CEO, pengurus-pengurus, kakitangan, letrik dan air.
Bermakna tinggal lebihannya ialah 240 ribu ringgit bersih menjadi keuntungan syarikat.
240 ribu ringgit itu didarab 12 bulan (1 tahun) ianya berjumlah 2.800,000.00.
Sebuah syarikat yang mempunyai keuntungan melebihi 2 juta setahun kita tidak akan dapat bayangkan apa yang boleh dibuat oleh syarikat tersebut.  

AMAL
Dari hasil pembelian yang dibuatkan pemegang saham itu dan mereka-mereka yang menjadikan ekonomi ini sebagai ‘Jihad’ yang wajid dikerjakan, akan menghasilkan keuntungan kepada syarikat. Dijangkakan keuntungan tahunan syarikat menjangkau 3 juta setahun. Syarikat akan memperuntukkan sejumlah sumbangan kepada pondok-pondok pengajian agama swasta di dalam daerah, negeri dan negara kita khasnya atau luar negara amnya. Apa salahnya kita peruntukan 50 ribu ringgit untuk diagihkan kepada 50 buah pondok pengajian setiap tahun. Sebanyak 1 ribu ringgit sebuah bagi setahun.
Bayangkahlah sekiranya program ini berjaya di sini (Jerteh) insyaAllah  ianya akan tumbuh seperti cendawan di bandar-bandar lain dalam negeri kita. Dan sekiranya ada 100 syarikat ditubuhkan maka 100 ribu ringgitlah setiap pondok akan memperolehi sumbangan dari syarikat-syarikat bertujuan sama dalam setahun.
Tidaklah lagi kita melihat ‘tangan-tangan’ pelajar pondok meminta derma dari orang ramai sebaliknya mereka akan memberikan nombor akaun pondok untuk para dermawan menyumbang secara peribadi. Juga kita menjadikan OKU mental dan fizikal menjadi tanggungan syarikat, insyaAllah.


..........................Dalam perang bisnes dan koperat wang, harta, modal dan pelaburan semuanya digunakan sebagai senjata utama. Matalamat kemenangan yang dicita-citakan pula adalah nilai jualan dan penaklukan ‘wilayah’ dalam bentuk dominasi pasaran. Sudah
menjadi lumrah dan adat peperangan, mereka yang berkuasa dan menang dalam mana-mana peperangan akan meletakkan ‘panji-panji’.
Dalam peperangan bisnes, bendera dan panji-panji jenama global akan dikibarkan di tempat yang paling tinggi hingga tidak lagi mampu digugat pesaing.
Pada pandangan saya, untuk menang dalam peperangan abab ke 21 ini iaitu peperangan berteraskan bisnes, Melayu-Muslim perlu menggali kembali sumber motivasi yang dapat memberikan kekuatan dan memberikan semangat luarbiasa. Pertama kita perlu memusnahkan rantai kecil yang mengikat jiwa dan minda. Setelah itu perlu ditiup api semangat bangsa yang berdarah pahlawan dan umat bernadikan jihad.
                                  (Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Metro Khamis, 27 Mei 2010)

AKTIVITI AWAL PENUBUHAN JEMAAH DALAM BIDANG EKONOMI

“RAPATKAN SAF DAN PENUHKAN SAF”
Perkataan di atas sering kita dengar dari suara Tok Iman apabila hendak memulakan sembahyang berjemaah. Ketika sembahyang kita bersatu hati, minda dan perlakuan seolah-olah penyatuan begitu hebat sekali tapi tidak kah kita ketahwi dalam penyatuan tadi ada seseorang mungkin di sebelah kita yang berkeroncong perutnya kerana kelaparan, ada yang terbang mindanya kerana mengenangkan kesusuahan keluarganya dan ada pula yang menjadikan solat itu sebagai ‘pelarian’ untuk melupai kesusuahan dan keperitan derita yang ditanggung. Bagi yang kuat akan meminta, menceritakan penderitaan tapi bagi yang mengharapkan rezeki Allah hanya berdiam sahaja dengan ucapan zikir yang berpanjangan. Derita mereka adalah tanggungan mereka. Bukannya “Deritamu adalah deritaku jua” sedangkan Muslim adalah bersaudara dan cubit tangan kiri, tangan kanan merasa?
Selesai sahaja solat dan doa masing-masing bergegas keluar untuk ke destinasi masing-masing dan keperitan, kekeroncongan perut yang lapar serta kesusahan hidap anggota jemaah tetap tidak diendahkan oleh orang lainnya. Kalau diendahkan pun hanya sekadar simpati sahaja.
Masing-masing mencari selipar aku, kasut aku, mencari kereta aku, motorku, masing-masing bergerak dengan kepala masing-masing.... aku aku, mu mu. Aku aku, mu mu, aku aku mu mu dan begitulah seterusnya.
Manusia meninggalkan ekonomi jemaah sedangkan Rasulullah menegakkan ekonomi jemaah dalam Piagam Madinnah. Ekonomi memainkan peranan penting bagi membantu saudara kita bagi dalam jemaah atau pun di luar jemaah. Ekonomi juga menentukan keberkesanan sesuatu jemaah untuk meneruskan aktiviti mereka baik dari segi zahir mahupun batiniah.  

KUASAI EKONOMI BERLANDASKAN SYARIAH JIHAD DITUNTUT ISLAM
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”
                                                                       (Hadis riwayat at-Thabrani)
Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. Kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk akhirat dan melaksanakan ibadah. Contohnya, untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan secukupnya.
Adalah penting umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri supaya dapat mengelak dimanipulasi  atau ditindas oleh orang lain. Penguasaan ekonomi membolehkan umat Islam menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut agama. Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabatorang Islam, pada masa sama memudahkan umat Islam dieksplotasi oleh orang lain.      
                     (Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

“Manusia harus menyedikan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya”
Menyediakan harta bukan bermakna mengumpul harta!  Kesilapan kita hari ini ialah kita menerima tafsiran salah dari para ulama munafik dengan mengumpul harta sebagaimana sifat ‘koron’ dulu dan bila kita kaya kita termasuklah dalam golongan yang Rasulullah katakan berpenyakit warhan iaitu ‘cinta dunia dan takut mati’.
Menyediakan harta membawa maksud memperuntukan sedikit harta baik dalam bentuk wang atau benda untuk ketahanan diri dan jemaah kita! Dan inilah yang dikatakan “Baitulmal” sebagaimana diusahakan oleh Rasulullah dan para sahabat dulu. Kalau kita kumpul wang atau harta secara sendiri-sendiri maka terhasutlah untuk menzahirkan tambahan ruang rumah, memperelokkan hiasan dalaman atau mempercantikkan rumah, membina pagar kukuh, mengikuti perkembangan model kereta, membeli aksoseri dan lain-lain lagi sedangkan terpapar di akhbar tentang penderitaan saudara seagama kita di luar negara yang huruhara dan kelaparan.
Hari ini cuba kita hitung dengan jumlah kos pembinaan pagar pada setiap rumah orang Islam pasti ianya memcecah jutaan ringgit dan bayangkanlah jumlah itu yang dapat dipergunakan untuk kekebajikan saudara seagama kita yang memerlukan.
Inilah yang dikatakan kita terpesong........ kita lebih mementingkan diri sendiri dari sahabat kita. Ingatlah ajaran agama bahawa jika kita ada sebuku roti kita hendaklah membahagikannya kepada bilangan jemaah yang ada pada ketika itu. Biar kenyang sama dirasai dan lapar sama ditanggungi.......
Dan tidak kasar kalau saya katakan bahawa kita kini berada di zaman jahiliah moden ciptaan Zionist. Aktiviti zaman Jahiliah seperti membunuh anak perempuan dan aktiviti zaman Firaun membunuh anak lelaki telah berlaku di negara kita. Sedangkan Malaysia bercita-cita untuk mencapai status negara maju yang berkhiblatkan barat? Yang paling ketara sekali hari ini sudah nampak rumah persendirian melebihi masjid. Sahlah bahawa manusia terbahagi kepada 73 puak sebagaimana kata Rasulullah dan hanya satu sahaja yang benar........ dan tak mahukah kita cari golongan atau puak yang satu itu?
Ingatlah bahawa kalau kita mahu mengikuti Rasulullah kita kena paling ke belakang dan bergerak kebelakang (berundur)  cara ini adalah salah bagi ‘dunia’ tapi adalah benar bagi yang ingin mencari kebenaran. Rasulullah telah berada 1400 tahun terbelakang dan kalau kita mahu mengikutinya kita kena kembali ke zaman 1400 tahun dahulu. Maksud saya bukan kembali menaiki unta atau keldai tapi ‘minda’ menyerah kepada Nya yang tulus dan ikhlas.
Sekali lagi saya ingatkan, sedarlah bahawa sekarang kita berada di zaman sebelum kedatangan Rasulullah (Islam) ? Dalilnya pembunuhan kanak-kanak perempuan di zaman jahiliah! Pembunuhan kanak-kanak lelaki pula di zaman firaun, gundik dan perempuan simpanan adalah sebelum termaktubnya Islam. Kisah feel koron dan rumah firaun jelas kelihatan.  Sebab itulah jika kita mahu selamat kembalilah kita kepada ajaran Islam sebagaimana pesuruhnya Muhammad Rasulullah. Ikut katanya, ikut peribadinya, ikut perbuatannya dan ikut sejarahnya, insyaAllah kita akan selamat. Rasulullah berniaga, membina baitulmal dan berperang menegakkan keadilan dan membasmikan kemungkaran.
Ya Alah ya Tuhanku ampunkanlah aku dan jadikanlah aku orang baik dan kelilingilah aku dengan mereka-mereka yang baik dan berikanlah aku jemaah yang terbaik.  Amin.             

“BELILAH BARANGAN DARI SAUDARA SEAGAMA”
Cerita benar yang telah menyedarkan saya serta bermulanya pegangan saya un tuk menjadikan ekonomi sebagai jihad.
??????????????????????????????????  014-6090884
Di ketika itulah saya terfikir....
“Siapakah yang memberikan mereka kemudahan untuk berseronok sebegini? Enjoy dengan melanggar hukum agamaku!..............”, barulah saya sedar bahawa kemewahan yang mereka raikan sekarang adalah hasil dari langganan orang-orang kampungku, Jerteh, Pasir Putih, Kuala Krai, Kok Lanas, Gua Musang dan lain-lain tempat”. Ini adalah pasaran melayu! Melayu islam yang setengahnya hebat memperjuangkan Islam. Saya dapat bayangkan meraka yang berjubah, berkopiah dan bejanggut lebat bergerak masuk menolak troli barangan membeli belah di situ yang hasinya memberikan ruang untuk pemimpin pasaraya ‘berenjoy’ dengan botol arak dan betina! Kalau pemimpin melayu atau islam pasti tidak akan berenjoy sebagaimana mereka.
Yang lebih menginsafkan saya kenapa syarikat mereka boleh hidup di pasaran kita?
Saya terfikir juga adakah syarikat melayu akan hidup sekiranya dibuka di pasaran mereka? Pasti tidak. Mungkin tak dapat bayar sewa kedai pun!
Dari pertemuan inilah saya mulakan perancangan kertaskerja untuk menarik kembali pasaran orang melayu atau muslim. Saya tahu jika tersilap gerakan ianya akan membawa kepada konsep perkauman tapi dengan penjelasan yang lebih jelas dari saya sendiri insyaAllah dapat menghapuskan sikap itu sebaliknya menonjolkan sikap persaingan dalam perniagaan. Inilah yang dikatakan JIHAD EKONOMI

Dalam melahirkan kertaskerja ini saya mengamati aktiviti perniagaan Muslim yang ‘kalah’ kepada perniagaan asing. Terdapat beberapa perkara yang mendorong kepada kekalahan ini, antaranya:
1.                  Perniagaan Muslim adalah perniagaan yang lahir dari peringkat ke tiga.
Perniagaan peringkat ke tiga bermaksud ialah peniaga melayu menjalankan perniagaan dari barangan yang didapati dari orang kedua (pemborong). Di sini harga telah ditentukan oleh tambang dan perkhidmatan.
2.                  Perniagaan Muslim bersendirian yang tidak mempunyai kuasa beli yang ramai. Bersendirian membawa maksud perniagaan milik tunggal dengan modal yang terhad. Kuasa beli hanya mengharapkan ‘ehsan’ pelanggan.
3.                  Perniagaan Muslim yang kelihatan kecil dan tiada banyak barangan.
Dengan modal yang terhad maka selalunya perniagaan itu tidak gah dan tidak dipenuhi dengan pelbagai barangan.
4.                  Jati diri Islam tiada pada sebahagian melayu hari ini.
Orang melayu tidak memahami pengajaran agama Islam. Sedangkan To Guru dulu selalu memesan supaya berbeli dengan orang-orang Islam dan menyakini makanan yang dibeli itu halal di sisi syarak.
5.                  Jati diri Melayu tidak pada Maufakat, Bersatu dan Simpati.
Melayu sudah tidak mempercayai melayu. Melayu selesa ‘kenyang’ sendiri. Hari ini lebih teruk apabila melayu tidak bersatu dan bersikap individulistik. Melayu tidak membantu melayu sebaliknya melayu menipu melayu. Melayu juga irihati kepada bangsanya sendiri.  Melihat melayu kaya mulai menonjolkan sikap-sikap negatif dan melemparkan fitnah bodoh. “Wah kayalah mu! Pakai kereta besarlah mu! Isteri dua tigalah mu......”, dan berbagai-bagai macam ejekan dihasilkan.
Ini jelas terjadi kepada saya sendiri apabila saya mengajaknya untuk mengambil seorang kawan, ia merungut dengan mengatakan,” Wat apa  ambil dia, tiada faedah kohor parok belanja!” . Melayu tak kenang budi dan tidak mengerti erti saudara Islam.
6.                  Jati diri melayu lebih kepada apa yang dikatakan Rasulullah berbunyi: Cinta Dunia dan lupa akhirat. Contoh paling tepat ialah banyak peruntukkan dikhaskan kepada kepuasan nafsu diri dan keluarga sendiri. (Pagar cantik, kereta cantik, pakaian berjenama, perhiasan rumah serta rumah yang besar dan selesa) * Justru itu apabila saya dan cz melawat pondok-pondok pengajian Islam kami menemui banyak madrasah dan surau di situ tidak siap. Tapi apabila melalui kawasan rumah orang-orang melayu kami terkejut kerana jika diambil peruntukkan belanja membina pagar rumah sudah cukup untuk membina “Baitulmal” bagi kesejahteraan orang-orang Islam atau projek yang hendak dibuat ini.
7.                  Melayu sudah tiada ‘kasih sayang’ antara mereka. Ini jelas dengan petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 Oktober 2010 (Rabu) sudut AGAMA mega mukasurat 11 berbunyi;
Keakraban Abdul Rahaman Auf dengan Saad al-Rabi
Contoh penyatuan yang berlaku antara Mujahirin dan Ansar itu adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, iaitu apabila Rasulullah menyatukan seorang sahabat bernama Abdul Rahman Auf (Muhajirin) dengan Saad bin al Rabi (Ansar). Lalu berkatalah Saad kepada Abdul Rahman: “Aku adalah kalangan orang Ansar yang paling kaya maka marilah kita bahagikan harta-hartaku kepada dua bahagian, untuk kau dan aku!    Aku juga mempunyai dua orang isteri, maka silalah lihat mana yang engkau berkenan dan sebukanlah kepadaku siapa yang engkau pilih untuk dijadikan isteri, akan kuceraikan dan apabila selesai edah, maka kahwinilah dia, aku rela lepaskan salah seorang daripada isteri-isteriku ini demi persaudaraan kita ini,” kata Saad. Abdul Rahman sangat gembira mendengarkan tali persaudaraan yang dihulurkan oleh saudara barunya itu. Iaitu bentuk-bentuk  tawaran dan hadiah yang pastinya tiada siapa lepaskan.
“Moga Allah memberkatimu pada isteri-isteri dan hartamu. Tapi cukuplah sekadar kau tunjukkan aku jalan ke pasar!”   Rupa-rupanya Abdul Rahman adalah ahli perniagaan yang kaya semasa di Mekah memulakan perniagaan iaitu dengan berniaga keju dan lemak berhasrat haiwan. Abdul Rahman telah meraih keuntungan besar pada hari pertama berniaga.  Sehinggakan Rasulullah pernah berkata: “Abdul Rahman memang seorang ahli perniagaan yang hebat, kalau dia berniaga di pasir sekalipun, dia akan untung besar!”  Sedikit lagi mengenai Abdul Rahman yang datang ke Madinah tanpa sebarang harta, semuanya habis ditinggalkan di Mekah. Tapi atas kepercayaan, amanah dan kemahiran yang dimiliki, Abdul Rahman berjaya membina kekuatan ekonomi umat Islam.  Apabila perniagaannya semakin berkembang dan maju, beliau disifatkan sebagai berjaya membebaskan umat Islam daripada cengkaman Yahudi yang pada masa itu begitu menguasai perniagaan dan ekonomi Madinah.  Lebih-lebih lagi apabila Abdul Rahman turut mengajak umat Islam lain untuk berdagang sepertinya dengan membuka Suqul Ansar iaitu pusat ekonomi untuk umat Islam berurus niaga.   Dalam contoh lain, apabila mereka menawarkan supaya kebun-kebun kurma mereka dibahagi dua atau berkongsi milik dengan saudara-saudara baru mereka dari Mekah itu.  Baginda terpaksa menolak tawaran yang begitu lumayan kerana keperluan umat Islam terutama dari Mekah itu tidaklah sehingga seperti “merampas” kebun-kebun milik Ansar.  Lalu golongan Ansar pula menawarkan peluang kedua, “ kalau begitu, bagaimana pula jika kamu (golongan Mujahirin) berkerja sahaja di kebun-kebun kurma kami itu dan kita akan berkongsi hasilnya atau dibahagikan dua,” kata wakil puak Ansar.  Tawaran yang sebaik inilah yang akhirnya diterima oleh baginda kerana tawaran seperti ini dilihat memberikan faedah yang sama rata kepada kedua-dua belah pihak.    

KESIMPULAN hasilnya melahirkan :
Sekiranya kita meyujudkan ‘Suqul Muslim’ di sini dan berkembang ke seluruh bandar dan pekan dalam negara kita ianya akan meningkatkan ekonomi Muslim di negara kita. Sahabat ketahwilah bahawa segala perbelanjaan yang kita keluarkan setiap hari itu hanya memberikan keuntungan kepada satu belah pihak sementara yang berbelanja itu ‘hilang’ tiada pembelaan yang sepatutnya.
Segala perbelanjaan yang dikeluarkan pasti memberikan keuntungan kepada orang yang menyediakannya (pekhidmat). Dan hari ini siberuntung (pekhidmat) tidak pernah memberikan apa-apa faedah tahunan kepada si pembeli!!!!!!!!
Jadi konsep yang diutarakan ini ialah BERBELANJA, BERUNTUNG & BERAMAL adalah sebagaimana di bawah,
Tiap-tiap hari kita berbelanja untuk meng’hidup’kan dapur kita. Kita beli ikan, ayam, sayuran, rempahratus, beras, garam, gula, lada dan lain-lainnya sekali seminggu atau sekali 3 hari. Jadi sebulan jumlah belanja itu mencapai ratusan ringgit dan setahun iannya mencecah ribuan ringgit. Jadi apa yang kita dapat hasil dari belian tersebut? Kalau seorang mungkin 7 ribu setahun tapi kalau 4000 orang iannya sudah mencecah 28 juta setahun. Kalau diambil 10% iannya menjadi 2.8 juta. Bayangkanlah apa yang boleh dimenafaatkan dengan keuntungan sedemikian? Pasti kemudahan-kemudahan  sebagaimana yang telah dirancangkan di atas dapat dilaksanakan.
Ini bukan hayalan tapi adalah kenyataan yang mempunyai ‘fomula’  paling senang (tolak campur kira bahagi sahaja).......

Orang pertama saya ajukan ‘proposal’ ini ialah saudara Salahudin yang menyokong penuh dan berusaha untuk menerangkan kepada umum. Kemudian datang saudara Cikgu Zahid Mahmod yang begitu yakin dengan kertas-kerja yang saya hasilkan serta berpendapat patut diusahakan bahkan mesti dilaksanakan. Seterusnya disokong oleh saudara Husni dan En. Ismail Fama dan beberapa lagi teman.

Memasuki 41 buah pondok pengajian agama swasta untuk meminta doa dan sembahyang hajat agar projek ini mendapat sokongan zahir  dan batin. Senarai pondok-pondok yang telah dikunjungi dan memberikan sokongan adalah sebagaimana di bawah:

1.                  Pondok Nyamuk, Jabi, Jerteh, Terengganu
2.                  Pondok Kubang Ikan, Batu Tumbuh, Besut, Terengganu
3.                  Pondok Paku, Jabi, Jerteh, Terengganu
4.                  Pondok Al-Diniah, Langkap, Setiu, Terengganu
5.                  Pondok Hafiz, Kubang Bujuk, Bukit Payong, Terengganu
6.                  Pondok Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Putih, Kelantan
7.                  Pondok Sambal Hj. Husin, Padang Pak Amat, Pasir Putih, Kelantan
8.                  Pondok Seri Permai, Seligi, Pasir Putih, Kelantan.
9.                  Pondok Al Diniah, Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan
10.               Pondok Kolam, Kg. Pak Badol, Kelantan
11.               Pondok Mahligai, Melor, Kelantan
12.               Pondok Terusan, Pasir Tumbuh, Kelantan
13.               Pondok Hafiz, Gunung, Bachok, Kelantan
14.               Pondok , Wakaf Batur, Gunung, Bachok, Kelantan
15.               Pondok Ustaz Zulkarnain, Jelawat, Bachok, Kelantan
16.               Pondok Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
17.               Pondok Bato, Simpan Empat, Wakaf Baru, Kelantan
18.               Pondok Geting, Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan
19.               Pondok Kubang Ular, Gelam Mas, Pasir Mas, Kelantan
20.               Pondok Hafiz, Gelam Mas, Pasir Mas, Kelantan
21.               Pondok Al Diniah, Gelam Mas, Pasir Mas, Kelantan
22.               Pondok Lubuk Tapak, Pasir Mas, Kelantan
23.               Pondok Slomachan, Pasir Mas, Kelantan
24.               Pondok Lati, Pasir Mas, Kelantan
25.               Pondok Hafiz, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan
26.               Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
27.               Pondok Batur, Simpang Empat, Pasir Mas, Kelantan.
28.               Pondok Lepan Bola, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan
29.               Pondok Jabor, Tanah Merah, Kelantan
30.               Pondok Hafiz, Belimbing, Tanah Merah, Kelantan
31.               Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
32.               Pondok Hj. Daud, Munduk, Sungai Golok, Thailand.
33.               dan beberapa pondok lagi yang belum dikungungi

Langkah ke tiga ialah mengadakan sembahyang hajat ke 41 buah masjid secara sendirian (saya dan cz) telahpun diusahkan dan mengharapkan para peserta mengerjakannya sama secara sendirian.

Langkah ke empat ialah mengunjungi orang-orang alim (mulut masin) seramai yang dapat.
  1. Tn. Guru Hj. Nik Aziz Nik Mat, Pondok Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
  2. Tn. Hj. Daud, Masjid Paloh, Tunjung, Pasir Mas, Kelantan.
  3. Tok Ayah Bidin, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.
  4. Saudara Azhar, Lundang, Kota Bharu, Kelantan.
  5. Puan Asnah Tok Khamis, Pasir Putih, Kelantan.
  6. Tok Mat, Piah Hijau, Selon, Golok, Thailand.
: mengharapkan peserta berikhtiar sama untuk perjuangan ini.

Langkah ke lima ialah menerangkan kepada peniaga kedaimakan khasnya.
Peniaga kedaimakan adalah mereka yang berbelanja harian agak tinggi di antara 100 ke 200 rm sehari. Jadi perbelanjaan mereka dalam sebulan menjangkau ke angka 3 ribu ringgit. Kalaulah kita dapatkan mereka seramai 500 peserta ianya sudah menjangkau 1.5 juta belian sebulan.

Langkah ke enam ialah menarik penduduk tempatan seramai 1000 orang. Perbelanjaan 1000 peserta biasa dalam kawasan Pasar Halal ini dijangka sebanyak 600 ringgit seorang bagi sebulan. Jumlah belian dari golongan ini ialah 600 ribu ringgit. Dan pada pendapat kami dengan pemegang saham seramai 1000 orang iannya dapat mempengaruhi saudaramara dan sahabat handainya melebihi 4 orang. Jadi 1000 didarab 4 berjumlah 4000 orang pelanggan.

****** NAMUN begitu kita menghadapi kesukaran dalam membuka minda Melayu untuk mengenali JIHAD EKONOMI ini dan selagi diheboh mengenainya semakin ramai ‘munafik’ dan anti- muslim menyerang........
Justruitu kami bergerak secara mengikut katahati dan kami doakan hanya mereka yang menilainya dengan pandangan matahati sahaja yang akan bersama kami......   .... semakin kuatlah kami kepada perjuangan kami ini: memertabatkan ekonomi ummah.    InsyaAllah.

Dan langkah seterusnya akan dibuat berpandukan kepada perbincangan antara yang telah menyertainya.


Ibn Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Tidak akan tergelincir kaki seorang hamba sebelum ia ditanya tentang empat perkara: Tentang umurnya, bagaimana ia menghabiskannya. Tentang tubuhnya, bagaimana ia menggunakannya. Tentang hartanya, bagaimana ia membelanjakannya dan bagaimana pula cara memperolehnya. Serta tentang kecintaannya terhadap Ahlul Bait.”


Pak Kadok, Pak Kadok, ......menang sorak, kampung tergadai!

Ingat tak cerita Pak Kadok ketika di sekolah rendah dulu?
Ia adalah sebuah cerita lucu yang memaparkan seorang lelaki mempunyai ayam sabung yang bagus tapi ditipu oleh pemimpin yang menggunakan helahnya mendapatkan ayam lelaki itu dalam pertandingan sabung ayam. Akhirnya ayam sabung lelaki tersebut menang dan dia meloncat sorak kegembiraan sehingga terlupa baju kertas yang dipakainya terkoyak dan menampakan seluruh tubuhnya dan dia malu. Tapi kemenangan mutlak bukan miliknya walaupun ayamnya menang tapi dia telah tertukar ayam kerana kejahilannya dan maruahnya pada penduduk kampong tergadai.
Sekarang cerita ini menjelmakan kembali dalam fikiran saya setelah menyedari apa yang telah saya dan kawan-kawan lalui dari awal remaja hinggalah ke alam 50an.
Saya mengaku cerita Pak Kadok benar-benar terjadi kepada saya dan rakan-rakan atau mungkin anda juga, cuma anda tidak perasan. Di sini saya ringkaskan cerita itu untuk anda menyedarinya.
Saya dilahirkan di lot 54, Jalan Besar, Pekan Jerteh pada bulan Februari 1954. Saya anak jati Jerteh. Daripada penggunaan feri………………….
Penghuni awal Pekan Jerteh yang hanya 17 keluarga cina , 7 keluarga pakistan dan selebihnya melayu.
Tugasan penduduk ketika itu hanya kerja, main dan  hiburan.
Justru itulah ekonomi direbut ‘mereka’ sehinggakan salah seorang pemimpin mereka mengatakan ,“ Anda jangan risau tentang Melayu, anda Lihatlah lembu. Sekiranya lembu itu masih makan rumput! Kita tidak perlu risau. Kita akan jadi usahawan”. Disokong pula dengan seorang malaun Melayu yang melaungkan kata, “Melayu tidak boleh berpakat!... setengah itu macam anjing yang hanya lemparkan tulang seketul tak menyalaklah mereka. Dan ‘dia’ mengalibabakan kawasannya di bawah payong pembangunan.

BETUL? SELAMA PROGRAM INI DIBUAT BANYAK PERTANYAAN YANG PERLU PENJELASAN TERUS DARI PERINTIS PROGRAM!     Antaranya:
  1. Banyak kesatuan (Syarikat) Melayu yang bergerak hanya sekejap dan rebah, akibatnya ahli yang rugi! ………………..serik dah!
Pejuang tak patah semangat untuk….. Contoh SWB oleh Kesatuan Guru2 Melayu Terengganu.
  1. Bolehkah program ini dipercayai dan mempunyai kepakaran?
Kenapa mereka (bangsa asing) boleh? Yakinkanlah kepada bangsa anda!
  1. Kayalah awak! Lepas ini pakai kereta Mercedes besarlah! ….wak kaya ke dia! Dan nikah dua tiga lagi!  ……………….
Apa salahnya ….. kalau selama ni ah tong kaya ! bagilah melayu kaya.
  1. Dia nak jual tanah dia jah tu! Dia buat caralah untuk perlaku tanahnya. … .
Pejam mata tanya salahkah ia menjual kepada kita supaya tidak akan ada satu bilik ruang untuk menyembah berhala dan satu bilik lagi tempat menyimpan minimun keras atau ruang ‘perzinaan’. ? Kan program ini memerlukan sekurang-kurang 60 orang pekerja! Anaknya Cuma 10 orang dan yang tak cukup lagi tu pastilah anda.
  1. Dan simunafik pula mengoncangkan loceng dengan mengatakan, syarikat nak    
Tipu orang ramai. Macam ‘pokman telo’, harga tanah 7 ringgit sekaki persegi dan lain-lain lagi........ sehinggakan peribadi masuk ke karoke pun jadi kesalahan ( peleknya Ustaz Asri mufti perlis nak masuk kat ‘disko’ tak berani nak tegor!).........
Bagi saya semua itu MUNAFIK dan bacalah tafsir Al Quran surah Ali Imran sebagaimana saya paparkan kemudian. Kenapa Harga tanah sejuta seekar dan sanggup pergi ke Sabah tu bergegar percaya. Kaki botol di seberang dan nampak warak di masjid tu dengan kopiah dan songkak tingg,  diambilhitung sedangkan jelas dia mementingkan diri sendiri dengan mengikut feel firaun..

Sesungguhnya kaum yahudi, nasaro dan kafirin itu tidak akan redha ke atas kamu dan akan sentiasa menggunakan tipu muslihat untuk menjatuhkan kamu. Ketahwilah bahawa mereka adalah kaum yang bermulut manis tapi ada najis di sebalik kayu.   (Pandangan penulis hasil dari pembacaan ilmu Islam dan pengalaman)
Apa yang telah diceritakan tadi bukan untuk merendahkan seseorang atau keturunan tapi sebagai bahan sejarah yang boleh dijadikan iktibar dan ingatan supaya ianya tidak akan berulang lagi . Juga penulis mengharapkan pembaca kebal dan mengenali episod seakan sama sekiranya mendatang, bolehlah dihindari.

Apa pula pandangan Tuan Tanah mengenai program ini?
Tuan Tanah:    Saya ada 2 pilihan iaitu,
A: Kalau nak jadi jutawan segera jual saja dan tak payah‘serabut’. Tapi saya    masih waras kerana apalah nilainya jutaan ringgit tanpa tapak (tanah). Contohnya tanah bekas MB Terengganu, Dato Hj. Idris Jusoh, walaupun anda mempunyai wang berbilion tapi apabila tuan tanah tak mahu           menjualkannya, maka tak bertempat jua anda di situ. Jadi kuasa beli mutlak bukan pada anda yang memiliki wang berjuta tapi pada diri empunya barang.
            Tengoklah apa sudah jadi pada jutawan segera FELDA di NS tu yang akhirnya
            merempat. Wang hanya nilainya pada kertas yang bernilai tak sampai 10 sen sehelai.
            Nak pakai kereta besar, rumah besar, isteri ramai dan berfeel manusia tanpa kalamullah
            tu tak payah bersusah-payah memikirkan program ini..... memang dapat dah!
            Tambahan pula nak buat macamana saya dilahirkan ‘beruntung’ dapat tanah ini yang 
            bernilai tinggi! Janganlah irihati kepada saya! Janganlah fitnah saya dengan cara hidup      saya yang suka kepada rumah macam ‘bangsal’ atau cara ‘orang asli’ sebagaimana kata
            mereka tu! Ikhlas saya katakan saya tak selesa berada dalam rumah yang berlebih-lebih
            melainkan penginapan sementara yang tak dapat dielakkan seperti hotel, chalet dan lain-
            lainnya. Tapi fikiran saya kira betul apabila memikirkan program ini di mana anak-anak
            saya berada dalam jagaan kewangannya oleh syarikat yang dikuasai ramai dan tidak
            terpengaruh oleh kuputusan nafsu yang merugikan. Kewangan anak-anak saya akan ter-
            pimpin oleh keputusan jemaah itu sendiri. Dan tanah ‘berstatus milikan bebas serta
            selama-lamanya’ ini akan tetap tidak terjatuh kepada bangsa dan ugama lain.
  
B: Cara ini saya jadi jutawaan jugak! Dapat wang jualan tanah dan  saya serta anak-anak dapat berada  di dalam syarikat yang memiliki tanah ini bersama-sama dengan para pembeli. Serta dapat bermufakat dan berniaga bersama dengan konsep yang diceritakan.
Saya dapat menjadikan tapak ini sebagai penyatuan ummah dan perjuangan menegakkan agama secara berjemaah dan pahala yang kita dapat hasil dari perjuangan ini setidak-tidaknya dapat kepada nenekmoyang saya juga.
Sekiranya saya mati sekarang tanpa kejayaan program ini, harus anak-anak saya akan menjualkanya. Olehkerana mereka ramai maka mereka akan menjualkanya kepada pembeli yang menawarkan harga paling tinggi. Jadi siapa yang mampu memberikan harga paling tinggi.
 Tok nenek saya akan mengatakan, “ Wah! Hebatnya kamu di dunia. Kami tinggalkan harta untuk kau gunakan sebaiknya yang boleh memberikan kami sahamnya.... tengoklah di tanah itu sudah ada satu sudut tempat manusia menyekutukan Allah, satu sudut lagi tempat menyimpan arak, satu sudut lagi tempat ‘mabuk’ dan beberapa sudut lagi tempat aktiviti melanggar hukum Allah. Hebat betul kamu yang kami harapkan !”. Bagaimana pendapat anda sekalian. Tak mahukan kalian bersama saya menyelamatkan bumi ini dan bumi-bumi lainnya yang mengalamai nasib yang sama... insyaaALLAH.
Jadikanlah RM200.00 itu sebagai JIHAD Perniagaan yang wajib disertai dan berserahlah kepadaNYA atas urusan kejayaan.
Fikirlah kalau saya jual terus, saya tetap dapat kebaikan dan anda hanya dapat lihat. Tapi kalau saya menggunakan program ini anda akan dapat menyertainya di samping memiliki tanah dalam Bandar Jerteh.
Jadi bagi kawan, teman dan taulan yang memberikan cadangan supaya jangan menjualkanya kepada orang asing tu, bantulah saya untuk menjayakan program ini yang akan memberikan keuntungan kepada peserta yang menyertainya dengan hanya serendah RM 200.00 sahaja (1 Kakipersegi) Anda beli tanah saya dengan kemampuan sendiri. Kalau mampu satu kaki persegi beli satu kaki persegi dan kalau mampu 10 kaki persegi belilah 10 kaki persegi. Apapun beliannya adalah dengan niat fi sabilillah. Kita gunakan tapak ini untuk perjuangan menegakkan Islam sebagai satu carahidup yang memakmurkan seluruh alam. Aamin.
Sekali lagi saya menyeru kepada kawan-kawan sepermainan dalam sukan dulu, seperjuangan dalam pengajian, seperjuangan dalam pekerjaan, seperjuangan dalam hobi dan lain-lain perjuangan serta aktiviti yang mengenali saya BERSAMAlah membantu saya serta kawan-kawan yang telah menyertainya menjayakan program ini.
Percayalah kepada Allah bahawa saya dibawah kuasanya yang telah memberikan pengalaman ‘kematian’ kepada saya (..peristewa digigit ular berbisa yang menerima rawatan selama 1 bulan di USM, Kubang Kerian). Di situ saya dipengalamankan dengan mukaddimah kematian dan yakinlah saya bahawa satu masa lagi kematian sebenar akan datang kembali. Untuk itu saya kira program yang dihasilkan oleh minda dan disokong oleh teman-teman yang mendampingi saya adalah terbaik kerana saya dibekalkan dengan pengalaman dalam syarikat berhad sejak 1983 lagi. Melalui pengalaman dan perjalanan syarikat tersebut sebagai contoh saya menghasilkan program ini. Wasalam.

               KEPERLUAN MANUSIA (MUSLIM) BERKONSEPKAN HALAL

MAKAN MINUMDIRI&KELUARGA
PAKAI & TEMPAT TINGGAL
AGAMA & DAKWAH
Dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Sekirannya baik daging itu maka baiklah akhladnya
Katakanlah kepada ister-isteri kamu, isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan jilbab mereka…
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri padaKu
MAKAN MINUM YANG HALAL
PAKAIAN MENUTUPI AURAT
HABlUMINALLAH/ MINALNAS