Tuesday 24 May 2011

PROGRAM KAMI ANGKATAN NUR SOLIHIN

JUSTRU ITU KAMI MEMULAKAN PERJUANGAN MEMERTABATKAN ISLAM  MELALUI JIHAD EKONOMI yang patut disertai mereka bermatahati.......

MISI SYARIKAT JERMAS

1.     APAKAH MATALAMAT JANGKA PANJANG SYARIKAT?
Matalamat jangka panjang SJB ialah menjadi sebuah syarikat gergasi yang mampu memayong usahawan kecil dan sederhana serta masyarakat muslim Besut khasnya dan menjadi ‘model’ kepada syarikat atau orang Melayu mengenai hidup berkerjasama sebagaimana diamalkan oleh nenekmoyang kita dulu.
2.     APAKAH MAKNA SATU KAMPUNG SATU BAITULMAL DAN DERITAMU DERITAKU ?     
“Satu Kampung Satu Baitulmal” membawa erti ialah sistem kewangan yang dilahirkan oleh penduduk kampong hasil dari aktiviti harian mereka. Kewangan ini akan menjadi ‘sandaran’ kepada mereka apabila mereka menghadapi kesukaran dan kesusahan.
Bagi “Deritamu Deritaku” pula adalah kekuatan rasa persaudaraan yang terjalin dalam system ini yangmana sekiranya salah seorang ahlinya menghadapi kesusahan maka akan ditanggung oleh semua ahli. Konsep ini adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah yang berbunyi, “ Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan ditunda ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung hubungan kekeluargaan”.       (Riw. Bukhari & Muslim)
3.     BILA AGAKNYA MATALAMAT INI AKAN DICAPAI SEPENUHNYA?
       InsyaAllah 3 ke 5 tahun lagi.
4.    APA MATALAMAT JANGKA PENDEK SYARIKAT
InsyaAllah akan dapat membeli satu lot kedai dalam bandar Jerteh dalam masa satu (1) tahun lagi dan dapat mendirikan sebuah bangunan yang melebihi tiga tingkat selepas empat (4) tahun operasi.
ATAU:
Dalam masa satu tahun syarikat berjaya mempunyai sekurang-kurangnya satu lot tanah yang menempatkan sebuah gedung perniagaan Runcit Halalnya dan mampu bersaing dengan syarikat besar lain dalam Bandar Jerteh. InsyaAllah.
      Dan:          
      SJB mampu mempunyai ‘Pelanggan” melebihi 10 ribu keluarga dan keramaian begini     akan saling bantu membantu dan teguh. InsyaAllah. Amin.

5.   BILA AGAKNYA MATALAMAT INI AKAN DICAPAI?
InsyaAllah matalamat ini akan dicapai dalam masa tiga (3) tahun dari sekarang sekiranya ahli memahami syarikat dan memberikan kerjasama yang padu. Justru itu kami AJK perancang mengalu-alukan penyertaan anda dalam perniagaan ini. . .......

6.   SEJAUH MANA MATALAMAT INI PENTING UNTUK SYARIKAT?
      KENAPA?
Matalamat ini teramat penting kepada syarikat kerana ianya menjadi satu kesatuan yang melambangkan kesepaduan ahli dan menjadi lambang warisan kepada anakcucu nanti di samping menjadi contoh kepada generasi mendatang.
Ada baiknya saya menceritakan sedikit mengenai persekitaran Bandar Jerteh untuk makluman  kita bersama. Semuga dengan pendedahan ini ianya akan menyedarkan kita pergolakan yang berlaku:
Saya adalah anak jati Jerteh. Dilahirkan di rumah nomber 37, Jalan Besar, Jerteh pada tahun 1954. Dari zaman kanak-kanak hinggalah ke umur 55 tahun ini saya menatap di pekan ini dan cukup, cukup masak dengan keadaan Jerteh.
Bandar Jerteh dihuni oleh 3 kaum yang berlainan iaitu ;
1.       Melayu merupakan kaum majoriti tetapi kebanyakannya tinggal disekitar pinggiran.
2.       Cina yang terdiri daripada 20 keluarga merupakan kaum peniaga dan menghuni dalam bandar Jerteh serta
3.       Pakistan yang hanya terdiri daripada 15 keluarga juga kaum peniaga dan tinggal dalam bandar Jerteh.
Kawasan penempatan penduduk di Pekan Jerteh hanyalah Kampung Belakang Gudang. Kampung Balik Bukit, Kampung Tandak, Seberang Jerteh, Cabang Tiga, Kampung Mak Sara dan Gong Kemuntung adalah kampung-kampung pinggiran.
Perniagaan pada tahun 50an hingga 70an dikuasai oleh ketiga-tiga kaum. Melayu, Cina dan Pakistan kebanyakannya dalam Gudang Jerteh sementara Melayu 90 peratusnya berniaga dalam Pasar Jerteh sebagai penjual kuih, sayur dan buahan serta menjual ikan.
Kaum manoriti iaitu Cina dan Pakistan yang merasai mereka adalah kaum pendatang mempunyai pegangan hidup bersatu yang kuat. Memang begitulah keadaannya apabila kita di rantau orang dan sedikit. Lantas mereka bersatu menguasai politik dan perniagaan. Sementara Melayu kekal sebagai petani, peraih dan peniaga di pasar sahaja dan kaki onar.
Orang Cina Jerteh tidak kuat berpolitik kerana mereka sedikit dan mereka hanya menampung dengan Persatuan Kaum Cina di Kelantan dan sudah menjadi dasar bahawa mereka golongan minoriti lebih menumpukan kepada perniagaan sahaja.
Kedua-dua kaum ini pandai memainkan peranan dalam mendapat kedudukan yang baik dalam Pekan Jerteh. Mereka memainkan peranan  bergaul dengan pembesar tempatan dan pandai mempengaruhi..
Sementara orang Melayu kekal dengan ‘ketidakbergayaan’ dan banyak berputih mata dalam mendapat kedudukan yang baik pada ketersediaan peluang di pecan kecil ini. 
Hari ini Melayu Jerteh atau Besut amnya masih terpinggir dan berpecahbelah. Melayu bersatu dalam politik dengan suara yang lantang tapi mempunyai banyak kelemahan dan tipu muslihat. Mereka rakus dengan agenda pembangunan yang memencilkan bangsa mereka sendiri. Lihatlah sendiri sehingga ke hari ini di mana letaknya perpaduan Melayu dalam sektor perniagaan?
Kalau diikutkan nisab keturunannya Melayu dalam Daerah Besut ini adalah mereka mempunyai tali persaudaraan. Kalau diusuli nenekmoyang mereka adalah dari rumpun “Wan” dan penempatan Gong Surau, Amir, Kampung Parit dan Kampung Raja. Tapi mereka tidak bersatu untuk membina kekuatan yang mampu menjaga dan mempertahankan hak mereka di daerah mereka sendiri.
Justru itulah ada pemimpin asing yang menganggapkan carahidup Melayu merupakan peluang keusahawanan kepada mereka!
Betapa kita melihat perniagaan bangsa asing hidup dalam pasaran kita dan tanyalah diri kita sendiri adakah perniagaan kita akan dapat hidup dalam pasaran mereka?
Kalau sepuluh mungkin satu yang hidup dan setentunya mengikut citarasa mereka.
Kita bukan dengki kepada mereka kerana itu adalah kepintaran dan kesedaran mereka dalam perniagaan dan perniagaan bukan untuk sesuatu bangsa sahaja tapi untuk semua. Samalah dengan Islam.
……………… Tapi kita mahu bersaing dengan mereka kerana pasaran ini adalah sepatutnya memberi peluang kepada  kita.
Hari ini untuk bersaing dengan kuasa besar kita mesti bergabung (bermuafakat).
Kita lihatlah mereka yang berjaya adalah terdiri dari Melayu luar dan mujurlah adanya mereka kerana memberi saingan dan altenatif kepada kita dalam memilih atau membeli.
Justru itulah ingin  dibinakan sebuah ‘kesatuan’ yang dapat menjadi tunggak kepada Melayu atau Muslim di Bandar Jerteh dan payong kepada anakcucucicit kita nanti. Juga menjadi ‘model’ kepada Muslim di tempat lain.  InsyaAllah. Amin.
Matalamat ini juga :
1.         Menyatukan minda sekumpulan masyarakat Muslim dalam Daerah Besut yang begitu tersisih dari cara pemikiran bangsa lain.
2.         Mengikatkan tali persaudaraan sesama ahli SJB dan membuka minda serta memecahkan konsep ‘bersatu teguh bercerai roboh’ yang telah lama dikunci oleh carahidup moden
7.       APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG AKAN ANDA AMBIL UNTUK MENCAPAINYA?
                        Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai matalamat ini adalah:
1.            Memastikan para pemegang saham atau ahli syarikat memahami perjuangan syarikat dan minda Islam.
2.            Melihat keupayaan syarikat, situasi persekitaran, modal, tenaga, iklim,
3.            Melatih kemahiran kepada ahli dan mereka yang terlibat secara langsung dengan projek syarikat.
4.            Melengkapkan keperluan perniagaan : mengikliman lokasi perniagaan.
5.            Tekun, sabar, jujur dan berfikiran terbuka dalam menjalankan projek.
6.            Mengadakan skim galakan atau bonus untuk kecemerlangan kerja.
7.            Mengadakan lawatan sambil belajar untuk ahli.
8.            Memberikan penghargaan untuk mutu kerja yang cemerlang.
9.            Masalah yang dihadapi diselesaikan dengan kreatif dan berkesan
10.        Mempergunakan strategi pengaruh untuk menyakinkan orang lain.
11.    Memastikan syarikat ini dipelanggani oleh seramai mungkin  penduduk.
           

8.   APAKAH KELEMAHAN SYARIKAT YANG MUNGKIN MENGHALANG PENCAPAIAN MATALAMATNYA ATAU YANG MUNGKIN MENGHALANG KEMAJUAN DI MASA AKAN DATANG?
Dalam sesuatu kesatuan ia memerlukan kepercayaan ahli kepada pimpinannya. Dalam kontek ini syarikat bergantung kepada kebijaksanaan ALPnya dan pemilihan CEO syarikat. Saya tidak nampak syarikat tidak akan mencapai matalamatnya kerana ahli ALP yang terpilih adalah dari kalangan mereka yang berkeyakinan penuh dan mempunyai saham yang tinggi. Ini membawa erti bahawa mereka telah bersedia untuk menggerakkan syarikat ke satu tahap yang diingini atau dirancang.
9.   APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN ATAU AKAN DILAKUKAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN INI?
Menjadikan perjuangan ini sebagai ‘Jihad’ yang mesti dipertanggungjawabkan. Memehami bahawa gerakan ini adalah “perjuangan Islam” yang dituntut setelah menyedari 7 contoh telah diceritakan di halaman 7,8 dan 9. Apa yang dihasilkan hari ini merupakan ‘semaian pokok’ untuk generasi akan datang. Penerangan yang cukup jelas patut diterangkan.
10. APAKAH BANTUAN-BANTUAN YANG SYARIKAT PERLUKAN?
Apabila dibicarakan mengenai bantuan, memang bantuan lahiriah dan batiniah amat diperlukan sebagaimana diteringkan di bawah:
1.         Ilmu                             - kaum yang berpendidikan
            2.         Modal                          - golongan yang mampu
            3.         Kuasa                           - Bersatu Teguh Bercerai Roboh : Bersaudara
            4.         Rahmat                                   - Jemaah

11.      APAKAH YANG SYARIKAT LAKUKAN SEKARANG UNTUK MENCAPAI CITA-CITA INI?
Sekarang syarikat hanya menunggu tarikh tamat pengumpulan dana yang akan berakhir pada 31 Disember 2006. Pada akhir tahun ini ditentukan siapa yang bakal menjadi barisan ALP dan badan pengurusan jatuhbangun syarikat. Selepas ini syarikat akan memulakan projek pertamanya dalam bidang pertanian dan perkhidmatan. InsyaAllah.
12.     APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA SYARIKAT GAGAL?
Kegagalan bukannya penghalang atau noktah untuk kita berkecimpung dalam arena perniagaan. Malah ianya menjadi kekuatan untuk terus menjayakan agenda syarikat seterusnya.
Dalam meneruskan agenda JIHAD EKONOMI ini, sepertilah berjalan di bumi Allah. Adakalanya terjatuh akibat dari kesilapan kita menilai ketidaksamarataan tanahnya. Adakalanya tergelincir kerana kelicinan permukaan tanah. Adakalanya tersembang ke dalam Lumpur kerana silap pertimbangan dan ada kalanya resah, takut dan marah dengan gejala ‘syaitan dan iblis’ yang mengucarkan diri dan perjuangan.
                       

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran, Juzuk 4, ayat 118 berbunyi;
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan dari kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani dan Munafik) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya kami telah jelaskan kepada kamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).”
                           
Dan Pada ayat 120, Surah Ali ‘Imran pula, Allah menjelaskan;
“Jika kamu beroleh kebaikan, maka mereka (Munafik) akan berasa kecewa dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka lakukan.”


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
“Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”(Hadis riwayat at-Thabrani)


Semangat Bersatu Teguh Bercerai Roboh, keyakinan tentang keredhaan Nya adalah ‘tonggak’ kepada semua kejayaan. InsyaAllah.
Tambahan kesatuan yang bergabung kepada beberapa minda yang terbaik tidak seharusnya rebah dan mati begitu saja …….
13.  APA PESANAN DAN NASIHAT ANDA?
Saya harap bermulalah sekarang dengan apa yang sedia ada ini. Pandanglah dengan pandangan ‘mata hati’ supaya kita tidak dijelmakan sifat-sifat mazmumah atau tidak termakan oleh sifat-sifat mazmumah rakan yang lain.
Saya mempunyai rakan, teman dan kawan selam hayat saya hingga ke umur 56 tahun ini. Saya cuba mendapatkan ‘sahabat-sahabat’ saya sejak kecil dan dari padang permainan ke dunia perkahwinan.
Perhatian untuk semua, jangan dibiarkan pandangan ini ditatap oleh mereka yang tidak berminat nanti disalahtafsirkan yang boleh mencetuskan kekalutan masyarakat kita.

NOTA:
Semua kenyataan yang diberikan adalah pandangan ikhlas dari saya dan saya mohon maaf sekiranya ada kekasaran yang tercatat. Semuanya adalah kelemahan saya. Saya cuma inginkan setiap Muslim bersatu membina KESATUAN yang akan menjana pendapatan yang akhirnya melahirkan ‘Baitulmal’ sendiri. Aamin.


AWAL 70AN PENULIS DAN RAKAN SEPERMAINAN TAK MENYEDARI MENJADI PAK KADOK, MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI.

         Abang, kakak, Kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak, bermulalah sekarang membina perancangan ini (kesatuan) bagi membaiki kepincangan yang berlaku dalam masyarakat Islam kini. Terutamanya di tempat kita sendiri.
Melayu jadi Jagohan Pak Kadok, sementara orang lain mendulang ‘Emas’ di tempat kita. Sedarlah dan perhatikan dengan pengamatan yang tajam….. lihatlah betapa berlaku hari ini “permainan” dijadikan pekerjaan! “Hiburan dan Lakonan” dijadikan sumber pencarian, “Pe;acuran” dijadikan sumber pendapatan, ………………. 
Anak mendurhakai ibubapa, Ayah tidak bertanggungjawab, isteri jalang, Keluarga tunganglanggang, Kehidupan miskin sesat, Minda celek hiburan, sukan dan fesyen.
Agama dan bangsa dihina sendiri.
Subsidi dikejarebut, Bangsa diibarat ‘lembu’? Malaysial ……. malay sial!
Sungguhnya tiada kemunduran sesuatu ciptaan Nya melainkan mereka sendiri menghendakinya….
Seibarat:Itik di air kehausan, ayam di reban kelaparan.
Kita buta dengan kemewahan dan kekayaan di tempat kita sendiri. Kita menang sorak di padang permainan (termasuk saya sendiri dulu ketika muda, gambar atas). Kita gah dengan perkara-perkara yang membanggakan diri sendiri tapi kita miskin dengan minda ekonomi. Dan yang peliknya bagi yang celek ekonomi dan penarju bangsa menjadi perompak Negara yang hebat untuk jenerasi mereka sahaja. Lepas dia, dia dan dia lagi.
Negara kita,,,,Pasaran kita,,,,,Keperluan kita,………….Citarasa kita……
Tapi kenapa kita sendiri tak boleh menciptanya?
Adakah Kita leka dengan gaya, fesyen dan arahtuju?
         Betulkah Kita hanyut dengan kemewahan rumah, pagar, anjung dan sofa Brended?
         Kita kelam kabut dengan kenaikan harga barangan perlu!
         Kelam kabut sahaja tanpa tindakan dan perjuangan……………
         Kita lemas dengan hiburan, sukan dan musim
         Kita buta pedoman ……. Buta akal……. Buta hati……….
         Namun begitu kita tidak akan dikatakan ‘ lembu ’ yang hanya pandai makan rumput, untuk……..menenangkan golongan tertentu.
Mereka takut kalau ‘lembu’ itu pandai makan makanan enak di restoran dan duduk di ruang hebat kerana peluang mereka akan berkurangan. Sedangkan mereka tidak dibekalkan dengan Kalamullah! Bukankah telah dijanjikan bahawa penghidupan yang berlandaskan Kalamullah adalah yang termaju, teragung dan terhebat sehingga dikatakan cara yang selamat dan menyelamatkan.
Bangkitlah sama-sama menegak kesatuan ini dengan tekat untuk generasi akan datang!........................... Untuk anak-anak kita di bumi kelahiran kita semua.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT KERANA KAMI TELAH MENYERTAINYA & ANDA DIALU-ALUKAN
NAMA
 TELEFON
NAMA
TELEFON
CIKG ZAID  KUALA BESUT
010-9117525
CIKG.UZI MELAKA
019-9595400
EN. HUSNI  JERTEH
014-8035840
HJ. PA KUALA LUMPUR
019-2799794
ABG SALADIN  JERTEH
019-9662792
MAU. AJI KUALA TERENGGANU
019-9316069
CIKGU MI  KOTA PUTRA BESUT
012-9530434
ABGBES JERTEH
014-6090884
CIKGU NIK  JABI BESUT
012-9515627
CIKG. MAT JERTEH
019-9802252
AYAH KOB  GELAM MAS KELUANG
013-9959130
EN. MALIK R.  PANJANG KELANTAN
019-4432797
EN. LI  PERTONAS
019-9539609
EN. FAUZI JERTEH
012-9566677
EN. ZALI  PASIR MAS KELANTAN
013-9830102
EN. GHAZ PASIR MAS, KELANTAN
017-9726157
EN. JUDIN  G. NERING BESUT
017-9239282
HJ. DIN D JPS
013-9268390
CIKGU MAN  KUALA TERENGGANU
013-9862956
EN. AZIZ  TERENGGANU
010-5718518
CIKGU E BANDAR PERMAISURI
019-9368422
EN. GHANI  KELANTAN
013-9420058
EN. ZAM  BANKER
013-9483256
EN. MAIL TOK UBAN, KELANTAN
013-9980333
EN. KAMAL PLKN
019-5591607
HJ. SAKRI TERENGGANU
013-9001195
CHE ISMAIL PETRONAS
012-9851996
EN. ZUDIN JERTEH
019-9196077
CIKG JAK  KOTA BHARU
012-9226606
EN. HATAD JERTEH
017-9055794
CIKG  ASRI  KEDAH
019-5233053
PN. HASLIN JERTEH
019-9948461
PN. MAIZA KUALA TERENGGANU
019-5591607
EN. DIN KOTA BHARU, KELANTAN
014-6090889
PN. ZAM  KEDAH
019-5683732
EN. GANI TANAH MERAH, KELANTAN
013-9420050
EN. HAZIM KIJAL KEMAMAN
013-9925646
EN. PAUZI, MACHANG, KELANTAN
014-2968044
EN. YASIN JERTEH
013-9144678
CIKG ZAHID, KUALA BESUT.
017-9215780
EN. ROSLAN  JERTEH
014-8221272
EN. NIK MI BUKIT MARAK KELANTAN
013-9958895
EN. ZAHID cc JERTEH
013-9447447
UZ. NIK ALOR LINTAH, BESUT
019-9368276


No comments:

Post a Comment