Thursday 26 May 2011

SAHABATKU, JOM BERJUANGLAH MENEGAKKAN YANG HAK

SABDA RASULULLAH S.A.W. berbunyi;
“Manusia yang paling baik adalah manusia yang banyak memberi menafaat kepada manusia lain”.
 Dan dalam surat Ali’Imran pula dinyatan Allah pada ayat 120 berbunyi;
“ Jika kamu beroleh kebaikan, maka mereka (munafik) akan berasa kecewa dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah mengetahwi segala apa yang mereka lakukan.”
Ini adalah beberapa jawapan yang dilandaskan apabila menerima kritikan dan halangan dari ‘mereka’ yang bersifat dalam ayat Allah di atas.

Ya Allah ya Tuhanku,
Aku berserah kepada Mu atas segala urusan yang baik ini dan kepada Mu jua kupohon menghindari “munafik-munafik” Islam kerana Kau Maha Mengetahwi apa yang zahir dan batin.
Aamin Ya Rabulalamin.
Terima kasih.
Dan Segala yang baik adalah dari Allah dan keburukan itu adalah kesilapan saya selaku manusia.
PROGRAM EKONOMI ISLAM
“JEMAAHKU KELUARGAKU” & “DERITAMU DERITAKU”

Situasi hari ini ialah kita telah hanyut dalam keghairahan dunia dicanang Zionist sehingga lupa diri dan identiti. Paling menyedihkan ada dikalangan kita merendahkan martabat nenekmoyang mereka demi menonjolkan kemodenan gayahidup barat. Kemiskinan diejek dan kemewahan yang membazir dan berlagak itu diutarakan. Hidup untuk mengkayakan dan menyenangkan diri serta keluarga sahaja. Ramai Melayu mengajak solat berjemaah atas alasan sunnah tapi sedikit yang mengajak meneruskan hidup berjemaah ‘deritamu adalah deritaku’.
Rancangan ini jua adalah untuk memastikan generasi muda dapat kekal berada di kampung halaman dan menjadi pengawal kampung yang berjatidiri tinggi. InsyaAllah.
Penulis: Dunia hari ini terbalik kerana manusia yang normal membuang sampah sementara manusia yang ‘gila’ memungutnya (membuat kebajikan).  

Beringatlah ;
SUPAYA DOA DIMAKBULKAN ALLAH SWT.    Sabda Rasulullah SAW:
“Seseorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya.”                        
 Hadis  riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi.

MEMBENTUK DARAH DAGING YANG BAIK DALAM BADAN
Sabda Rasulullah SAW:
 “Ingatlah bahawa di dalam tubuh manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka roasklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati.”                                         Hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Dua hadis Rasulullah diatas adalah untuk memperingatkan kita tentang pentingnya menjaga makan dari sumber yang halal

MINDA KOPORAT

BISNES WADAH PERJUANGAN
Dengan bisnes yang beraspirasikan jihad, seseorang usahawan mendapat tenaga, kekuatan dan keperkasaan luarbiasa. Mereka juga akan menjayakan bisnes untuk beribadah dan beramal soleh serta berlumba membuat ‘fastabiqul khairat’ seperti dianjurkan al-Quran. Semua yang berjihad menerusi bisnes akan menyedari hakikat manusia paling baik adalah yang membawa paling banyak manfaat kepada manusia. Semua ini akan mendapat barakah dan ganjaran rezeki, termasuk dari sudut yang tidak dijangka....
                     (Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Metro Khamis, 1 April 2010)


Pernahkah terfikir apa akan kita buat apabila mengalami:
1.     Perlu kewangan segera untuk perubatan anak kemalangan? Melanjutkan pelajaran?
2.     Sumbangan untuk hari tua (warga emas)
3.     Peluang pekerjaan untuk anak-anak dan cucu-cicit kita nanti sedangkan peluang sektor makan gaji di jabatan kerajaan semakin kurang?
4.     Kesihatan diri sendiri yang semakin meningkat tua dan akan pergi.
5.     Bagaimana hendak berbakti kepada diri dan masyarakat.
6.     Dan berbagai macam gejala akhir zaman....



REALITI HARI INI
Petikan akhbar yang mungkin kita terlepas pandang dan saya himpunkan kembali untuk ingatan dan iktibar kita semua supaya kita sama-sama berikhtir untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dari apa yang ada sekarang.

   Umur kita dari sehari ke sehari semakin dekat dgn kematian, tak terfikirkah untuk menolong........                                              Arini kita terbiar sendirian & masing2 dgn cara & dunia tersendiri. Ramai yg hanya kuatkan diri & keluarga sendiri tanpa fikirkan nasib teman & kenalan kita yg dahulu! Sihat ke? Susahke? Hidup ke ? Matike? Atau selaku orang yg pernah kukenali, apa yg boleh aku   bantu utk meringankan bebanan sekiranya mereka susah & sekiranya aku susah bolehkah kuharapkan teman & kenalan ku dulu yg sama2 belajar, bermain, berhibur, berkursus, bertengkar gaduh & sbgnya?  Bolehkan aku mengharapkan mereka?                                                                                              





*Dalam mengharungi hidup untuk mendapatkan rezeki halal menggunakan longgokan sampah sebagai tempat perkerjaan yang akhirnya meragut nyawa isterinya sendiri.
Terdetik di hati kenapa harus terjadi kepada bangsaku? Kenapa harus terjadi kepada Muslim? Dulu kita kasihan melihat orang Philipina dan Indonesia mengutip sesuatu dalam timbunan sampah. Sekarang terjadi di negara kita ! Sedangkan pihak kerajaan bercita besar dengan wawasan negara maju 2020. Beginikah wawasan negara maju? Kerajaan maju rakyat sengsara? Doa, doa dan doa.
*Dalam masa manusia biasa menikmati hidup dalam rumah yang selesa terdapat sekeluarga hidup bersesak dalam kandang lembu?
Apa sudah jadi kepada JIRAN TETANGGA? Apa sudah jadi kepada tanggungjawab sesama Muslim. Kita lihat PEMBANGUNAN masjid besar, cantik dan teguh tapi tak bisa membantu?
Kita lihat Bangunan Gedung Pendidikan HEBAT tapi feel asuhannya turun ke zaman Jahilliah. Begitu banyak graduan, master, professor dan taqrut semakin kelam kabut rakyat dengan sengketa. Wawasan Negara Maju 2020 untuk siapa? Doa, doa dan doa
*Bagaimana nak disuruh berubah para nenek GRO ini kerana tiada kemudahan yang diperlukannya disedia untuk mereka.
Terkenang jika kita diperingkat ‘senja’ nanti. Bolehkan diharapkan anakcucucicit membantu? Kita ibubapanya tapi pengaruhi persekitaran gurunya. Sekarang aktiviti jahiliah sudah berlaku. Ayah saman anak, anak derhaka ibubapa, pergaulan bebas, perosak akhlad disanjung (artis), haruan makan anak dan lain-lain lagi.
Doa, doa dan doa........                     Umatku... umatku.......  umatku.....
.........Bila meneliti kisah ini terfikir bagaimanakah hendak membantu mereka sedangkan kita sendiri hanya cukupmakan......


                   Nabi ditanya mengenai peranan manusia di dunia.
                   Jawab Nabi, “Beriman kepada Allah dan Rasulnya”.
                             Selepas itu? Nabi diitanya lagi: 
                             Jawab Nabi, “Berjihad di jalan Allah”.

  
 “SEPAKAT TU BERKAT”
BILANGAN SEORANG
AYAM 5 EKOR
SERAI 5 PERDU
KAMBING 2 EKOR
BETIK 10 POKOK
1000 AHLI
5000 EKOR
5000 PERDU
2000 EKOR
10000 BATANG
1500 AHLI
7500 EKOR
7500 PERDU
3000 EKOR
15000 BATANG

No comments:

Post a Comment