Tuesday 24 May 2011

SUBSIDI OH SUBSIDI

SUBSIDI OH SUBSIDI

Teringat kata seorang perancang ekonomi negara bahawa sekiranya kerajaan masih memberikan subsidi kepada rakyat ianya akan membantut perkembangan negara ke arah negara maju 2020.
Saya suka sendirian kerana apa yang diungkapkan di situ adalah sesuatu yang paling lucu. Apa tak lucunya ungkapan itu adalah bermakna ‘Biar papa asal bergaya’. Bagi saya subsidi adalah balasan kerajaan kepada rakyatnya yang menjana ekonomi negara. Rakyat tidak terlibat dengan jelas atas kelulusan penggunaan dana kerajaan. Sebaliknya rakyat penyumbang kepada dana negara. Pada pandangan saya pengguna atau pebelanja wang negara adalah para pemimpin kerajaan itu sendiri.  Contoh:
Saya malu melihat pembaziran sebegini yang dirancang oleh para pemimpin kerajaan. Kenapa boleh jadi begini? Sepatutnya pihak kerajaan yang sijil berjela degree tu membina kuarter yang ‘diperlukan’ sahaja bukannya membina kuarter ‘untuk guru’ atau kakitangan kerajaan. Maksud saya apabila ada permintaan untuk kuarter dan lengkap senarai penghuninya, barulah dibina kuarter tersebut. Baru ada penghuni bukannya hantu.
Ertinya di sini jelas kerajaan membina kuarter untuk mendapatkan wang kepada sebilangan rakyatnya sahaja. Bila jadi begini ianya sudah jadi pembaziran dana kerajaan dan patut diberikan tunjuksebab berlakunya kekosongan ini. Sekiranya pihak kakitangan yang onar maka disiplinkan tapi jika pembinaan itu tanpa kajian yang sempurna maka pegawai yang meluluskan permohonan itu perlu diambil tindakan sewajarnya.... atau penyalahgunaan dana kerajaan.
Begitulah juga dengan penyeludupan yang berlaku begitu ketara sekali di negara kita khususnya bagi negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran.
Apa yang saya rasa di sini ialah seolah-olah pihak kerajaan menyediakan suasana untuk memerangkap rakyat untuk mendapatkan denda. Ini hanya pandangan saya sahaja bukannya satu kenyataan kerana sekiranya bahan makanan bersubsidi tidak diadakan maka rakyat tidak memikirkan untuk menyeludup atau membahayakan diri dengan kesalahan.
Pandangan saya lagi para pemimpin adalah golongan yang tak terjejas dengan apa agenda subsidi kerajaan malah mereka adalah golongan yang ‘istemiwa’ sebagaimana di zaman sebelum kedatangan Islam.

PATUTKAN KITA SALAHAN KERAJAAN ?


Sekali-kali tak boleh kerana kita telah memilih mereka untuk membentuk kerajaan.

Dan kita kena berusaha sendiri sebagaimana ‘enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuknya’......


Pemberian subsidi ini pula disalahgunakan. Kenapa dan kajilah mengapa perkara sebegini boleh berlaku?
Pandangan saya pula berbeza kerana :
Kenapa diberikan subsidi kepada benda keperluan rakyat seperti gandung, beras, susu, gula dan lain-lain makanan. Tidak pekakah para pemimpin tentang kehadiran para pendatang yang berada di dalam negara kita ini? Lebih kurang sejuta warga asing berada dalam negara kita dan merekalah yang menggunakan subsidi kerajaan atas makanan yang sepatutnya dinikmati sahaja oleh rakyat sendiri.
Begitulah juga terhadap subsidi petrol, disel, letrik dan keperluan lainnya semuanya dinikmati bersama mereka yang bukan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi rakyat yang tidak mempunyai jatidiri akan menjadikan ‘subsidi’ ini sebagai perdagangan yang menguntungkan. Jelaslah di sini bahawa subsidi yang diadakan oleh kerajaan tidak waras dan memenuhi targetnya.
Sepatutnya subsidi ini diberikan kepada rakyat sebenar melalui jabatan subsidi negara dengan penggunaan kad pengenalan rakyat itu sendiri. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat subsidi dalam bentuk wang tunai mengikut katogari diri setiap bulan. Mungkin kita boleh berikan sebanyak RM 300 sebulan bagi yang berumur 60 tahun ke atas. RM 250 kepada yang dibawah 59 tahun ke 40 tahun. RM 150 untuk mereka yang bujang 19 ke atas dan 100rm bagi setiap warga yang berumur bawah 18 tahun.
Jadi tak kisahlah harga roti canai rm 2.00 sebiji atau beras rm 40.00 sekampit. Rakyat kita mampu membelinya. Inilah yang dikatakan subsidi terancang yang hebat.      

PATUTKAN KITA SALAHKAN KERAJAAN ?


Sekali-kali tak boleh kerana kita telah asik “bertikam” sesama sendiri, sehinggakan mereka lupa untuk merancang secara sempurna bagi menyenangkan rakyat.

Dan kita kena berusaha sendiri sebagaimana ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus’..........



Wah dalam kita pening dengan ekonomi dan PM kita ke amerika untuk dapat pelabur, negeri Thai yang lebih mundur dibandingkan dengan kita bergerak maju 2.5%.
Yang saya hairannya di negara mereka tiada saman ekor. Samannya hanya semahal 20rm ke 200 rm sahaja. Kita minimanya rm 150??? . Bagi jalan di Selatan Thai sahaja lebih kurang 75% mempunyai 2 laluan berbeza.
Di tempat kita, Pegawai diprofessionlismakan dengan gaya kot dan bushjacket tapi Persekitaran tak dinaiktarafkan. Tapi kalau dinaiktarafkan pasti akan ada tol atau charge penggunaan pulak!


PATUTKAN KITA SALAHKAN KERAJAAN ?


Sekali-kali tak boleh kerana kita telah kalah fikir dan makan makanan yang bersubsidi begitu ketara sekali sehingga berat tulang.

Dan kita kena berusaha sendiri sebagaimana negara miskin lainnya yang mencari rezeki dalam sampah.........

 
Sedih apabila kerajaan negeri mengumumkan untuk membina staduim ( pusat babar) untuk pemain dan peminat sukan..... Kerajaan Islamik begitu asik dengan memenuhi kesukaan rakyat. Bukankah sukan dan hiburan itu agenda ZIONIST untuk melumpuhkan ekonomi dan jatidiri Muslim?
Kenapa kerajaan negeri tak memikirkan untuk membina kilang gula kerana gula adalah keperluan asasi rakyat yang terpaksa kerajaan subsidi serta kenaikannya mendesak kerajaan. Bukankah kilang gula akan menggalakkan rakyat untuk menanam tebu sebagai tanaman altenatif kepada tembakau!
Sedih dan 100 kali sedih kerana memberikan prioriti kepada tempat “sukahilai” dari sumber pendapatan rakyat yang lebih selamat lagi menyelamatkan.

 Makiin nak jadi maju dan berstatus negara maju makin kuat belanja dan bebenan ditanggung rakyat. Tapi yang peleknya para pemimpim hebat bergaya dengan style dan perfomance diri yang hebat. Belanja makan besar, belanja perjalanan hebat dan belanja keraian pun tinggi.........


PATUTKAN KITA SALAHKAN KERAJAAN ?


Sekali-kali tak boleh kerana kita telah menerima mandat sekular dan menyukai sukan dan hiburan sebagai penglipur lara masa kini.

Dan kita kena berusaha sendiri sebagaimana ahli ‘putar alam’ menggunakan sihir dan nujum pak belalang.....




PATUTKAN KITA SALAHKAN KERAJAAN ?


Sekali-kali tak boleh kerana kita telah pilih JKK atau GSR yang tak berilmu sehingga tak pandai menghasilkan kertaskerja dan menjadi Tok Iman.

Dan kita kena berusaha sendiri sebagaimana yang disyorkan melalui konsep bumi hijau dan ‘tangan yang dibawah’.....


No comments:

Post a Comment