Friday 29 April 2011

Bukankah Islam Itu Bersaudara





Allah berfirman:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenangilah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat Nya, supaya kamu mendapat hidayat Nya.”                                             ( Surah Ali Imram, ayat 103 )

Kami membina ikatan tali persaudaraan yang menghasilkan konsep;
Jemaahku Keluargaku : Deritamu Deritaku

Tegas Allah menyuruh kita berpegang teguh kepada Islam dan dengan melarang dari kita bercerai-berai. Dengan bersatu padu maka jadilah kita bersaudara dan persaudaraan itu akan membina kekuatan ikatan sakit sama dirasai, senang sama dikecapi. Lihatlah perkhabaran di bawah sudah 53 tahun merdeka kenapa perkara-perkara sebegini masih boleh berlaku? Paling ketara kita lihat pembangunan fizikal yang hebat dan akibat dari pembangunan ini orang melayu tersisih. Kalau dahulu melayu adalah tuannya tapi sekarang ia sudah terbalik.
Gambar pertama: Kenapa terjadi begini? Sebagai negara membangun sepatutnya sampah sudah menjadi sesuatu yang menguntungkan serta tidak menjadi masalah kepada kerajaan dan rakyat! Orang divisen satu tak cari rezeki dalam sampah. Ini menunjukkan bahawa kita semakin miskin dan terdesak. Penghidupan memerlukan kewangan untuk pendidikan anak, makanminum diri dan keluarga, perkhidmatan awan dan sebagainya. Sepatutnya ada satu badan yang menguruskan persekitaran yang ada untuk memberikan menafaat kepada rakyat. Bukannya memberikan menafaat kepada segelintir tapi mengorbankan segelintir yang lainnya.


  Gambar kedua (tengah): Tak logik kalau masih ada manusia yang masih tinggal dalam kandang lembu sedangkan para pemimpinnya berketrampilan hebat.  Rumah para pemimpin bak istana, kenapa rumah yang dipimpin seperti kandang lembu. Jadi di sini apa perancangan setelah 53 tahun merdeka? Sepatutnya air sungai sudah jernih dan bersih. Warga tua dah ada elaun saradiri. Air yang merupakan keperluan asas rakyat adalah percuma. Kenderaan sudah tiada cukai jalan, pendidikan adalah percuma dan lain-lain lagi.... kenapa rakyat tak dapat menikmati semua ini. Bukankah kerajaan ini adalah kerajaan rakyat?
Dan bagi Gambar Tiga: Warga tua tidak dicakna! Kenapa? Bangunan pendidikan hebat, masjid hebat dan negara
Maju serta kaya hasil bumi (minyak, gas, pasir, bijih, pertanian, pembalakan, pelancungan dan rakyat berpendidikan sekular) tapi warga tua yang tak seberapa tak dapat dijagai????

Sahabat, umur kita dari sehari ke sehari semakin dekat dengan kematian, tak terfikirkah untuk tinggalkan sesuatu yang akan memberikan menafaat kepada genarasi selepas kita atau serta dapat kumpulkan kembali teman-teman, kenalan semasa hidup dan anak didikan sekurang-kurangnya setahun sekali dalam aktiviti perniagaan (Mesyuarat Agung Tahunan).                                                        Adalah amat baik jika kita tinggalkan satu ‘penyatuan’ yang memberikan masa depan yang ‘cerah’ kepada anak-anak kita dan menyelamatkan mereka dari gangguan kesempitan hidup di dunia ini. Kita bina satu badan pengurusan kewangan yang menjadi ‘banker’ untuk mereka bila berada dalam kesusahan dan kemalangan, disamping mendapat nikmat penyatuan ini. InsyaAllah.
                                                 
Arini kita terbiar sendirian dan masing-masing dengan cara dan dunia tersendiri. Ramai yang hanya kuatkan diri dan keluarga sendiri tanpa fikirkan nasib teman dan kenalan kita yang dahulu! Sihat ke? Susahke? Masih hidupke ? Matike? Atau selaku orang yang pernah kukenali, apa yang boleh aku  bantu untuk meringankan bebanan sekiranya mereka susah. Dan sekiranya aku susah bolehkah kuharapkan teman dan kenalan ku dulu yang sama-sama belajar, bermain, berhibur, berkursus, bertengkar gaduh dan sebagainya?  Bolehkan teman, kawan dan saing ini membantu apabila aku ditimpa kesusahan?  Adakah mereka saudaraku dalam agama?



SABDA RASULULLAH BERMAKSUD:
“TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH”
Dengan penampilan warak: berkopiah, baju raihan, berseluar begitu agak kemas, berkeliaran memegang kertas berluminatin menerpa sesiapa untuk meminta, memohon dan merayu derma bagi tabung masjid, surau, pondok, tabika, saudara baru, perjuangan di negara Islam yang bergolak dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan ISLAM. Inilah gambaran Islam di mata kita hari ini.
Derma, derma dan derma. Sumbangan, sumbangan dan sumbangan. Minta, minta dan minta........
Sampai bila kita boleh nak jadi ‘tangan yang di atas’ sebagaimana kata Rasulullah?
Sampai bila kita nak menunggu ‘Ehsan’ saudara kita sedangkan kita tidak memperdulikan saudara yang lain.
Menderma kepada masjid, pondok pengajian agama, yatimpiatu, oku dan saudara baru adalah baik dan digalakan dalam Islam... tapi kena ada tekniknya.
Saya nak tanya bagaimana kah pendapat anda sekiranya duit yang anda dermakan itu dibazirkan dengan ‘megah’nya? Contoh setiap bulan bayaran letrik tinggi kerana letrik digunakan begitu banyak sekali. Kalau dinyalakan dua tiga lampu tak nampak cantik dan gemilang... maka demi untuk menampakan cantik, gemilang dan terbilang budget letrik meningkat tinggi dan terkuburlah budget untuk kebajikan lainnya....... atau bagaimana kalau ‘gah’nya masjid itu dibuat menelan belanja berjuta dan mencapai matalamat untuk masjid cantik, indah dan tersergam hebat...... tapi belanja untuk awasan kemungkinan kecelakaan jemaahnya tiada. Dan...... yang paling menyedihkan lagi apabila jemaahnya hanya sebaris dua sahaja.
Pandangan peribadi saya setelah berumur 57 tahun seeloknya MASJID tidak dibina oleh kerajaan.. Tapi kerajaan menyediakan tapak untuk pembinaan masjid. Jemaah masjid akan membinanya dengan menggunakan ‘sumbangan’ orangramai. Inilah dikatakan Masjid Rakyat. Dan rakyat akan bersatu dalam AGAMA. Masjid akan dibina mengikut keperluan dan bukan mengikut kehendak seseorang atau sebagainya. Dan janganlah masjid ada pasukan penyelarasnya yang sentiasa tidak puashati apabila orang lain menggunakan pembesarsuara. Pemberitahuan hendaklah dari mulut TOK IMAN bukan tukang cakap. Ini pandangan peribadi sahaja bukannya satu hukum atau peraturan.

Qasas, ayat 77 bermaksaud:
“Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada dunia ini serta berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”
 Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mendapatkan rezeki yang halal dengan menggunakan akal kurniaan Allah sebaiknya. Satu perancangan secara ikhtiar adalah merupakan pendekatan yang berstrategi bagi menyediakan wadah atau sistem perjuangan yang akhirnya membawa kemenangan kepada kita dan jemaah Islam. Ilmu perancangan yang dikurniakan adalah hasil dari pergorbanan telus atas keyakinan kepada Allah. Dan apabila kita yakin bahawa “ pada awal kedatangan Islam ianya dianggap asing dan di akhir zaman Islam akan kembali asing”, maka dianugerahkannya satu minda penyelesaian yang kemas tapi mudah.
Justru itu sahabat-sahabat yakinlah bahawa mereka yang akan menyertai kita adalah dikalangan yang terpilih olehNya. Yakinlah biar lambat asalkan selamat. Perjuangan yang diatur ini akan mengesakanNya dan memakmurkan bumi. InsyaAllah.
Telus saya katakan bahawa sistem ini akan menjadikan Islam adalah Carahidup yang dikongsi.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku kerana kealpaanku sehingga
saudara seagamaku sanggup memilih jalan ini (Membunuh Diri: kisah pegawai keselamatan di Rantau Panjang, Kelantan ) akibat ‘deritamu bukan deritaku’.
Aku terasa kealpaanku apabila disoal, di manakah saudara seagamamu?
Aku terasa kenanaranku apabila ditanya, di manakah jiran-jiranmu?
Setahuku masjid berdiri megah dengan belanja membinanya begitu tinggi tapi,,, salah seorang jemaahmu memilih jalan itu untuk mengakhiri penderitaan yang ditanggung........
Jelaslah wahai masjid yang cantik bahawa “segakmu” tak dapat meringankan beban yang ditanggung........... (gambar atas) 
Nyatalah wahai bangunan solat yang hebat bahawa “gahmu” tak dapat mengiratkan saudara seagamamu sebagaimana dianjurkan oleh Islam.
Terang dan nyata bahawa “kemahalanmu” tak sedikitpun menjadikan deritaku adalah deritamu....... 
sahlah kami di zaman JAHILIAH
JUSTRU ITU,
KAMI MEMBINA IKATAN BERPANDUKAN SURAH ALI IMRAN, AYAT 103 UNTUK MELAHIRKAN
SAHABAT ISLAM......

WAHAI SAUDARAKU YANG INGINKAN AKTIVITI INI DIJADIKAN JIHAD MAKA BERSAMALAH DALAM PROGRAM KAMI

INSYAALLAH KITA BINA
JEMAAHKU KELUARGAKU
DAN
DERITAMU DERITAKU.....

AAMIN.

 Penerang Program Deritamu Deritaku
 014-6090884, 017-9215780, 019-9662792, 014-8035840, 012-9530434, 012-9515627,019-5711607 & 013-9959130.


No comments:

Post a Comment