Wednesday 27 April 2011

Jihad Ekonomi

APA ITU JIHAD DALAM EKONOMI

KUASAI EKONOMI
BERLANDASKAN SYARIAH JIHAD
DITUNTUT ISLAM
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”
 (Hadis riwayat at-Thabrani)

Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. Kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk akhirat dan melaksanakan ibadah. Contohnya, untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan secukupnya.
Adalah penting umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri supaya dapat mengelak dimanipulasi  atau ditindas oleh orang lain. Penguasaan ekonomi membolehkan umat Islam menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut agama. Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabatorang Islam, pada masa sama memudahkan umat Islam dieksplotasi oleh orang lain.  
(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

MELAYU PERLU BUDAYA BISNES
 : MUSLIM WAJID JADIKAN PERNIAGAAN SEBAGAI PERJUANGAN BERTARAF JIHAD
........ dalam sistem ekonomi, kuasa membeli boleh diibaratkan umpama undi dalam politik. Anda tidak dimanfaatkan sepenuhnya, ‘undi’ yang diberikan tidak akan kembali kepada kita dan kita akan rugi. Mesej yang cuba disampaikan ialah agar kita semua menggunakan segala sumber yang ada untuk saling membantu meningkatkan ekonomi ummah dan memastikan bangsa Melayu terus bangkit. Apabila lebih ramai yang memiliki kekayaan, maka sudah tentu mereka akan dapat membantu meningkatkan ekonomi bangsa dan membela agama, khususnya melalui berzakat, bersedekah, berinfak, berjariah dan berwakaf...
                   (Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Metro Khamis, 20 April 2010)
MINDA KOPORAT

BISNES SEBAGAI SENI BERPERANG
...... Justru, Melayu-Muslim perlu renungkan bersama hakikat sejarah kita yang menyaksikan betapa kita telah berjaya dalam perjuangan memerdekakan bangsa dan negara sejak lebih 50 tahun dulu. Apakah kejayaan kita memerdekakan negara membawa kebebasan dan kemerdekaan dalam erti kata sebenar?
Tidakkah kita dijajah semula apabila budaya dan pegangan hidup semakin hilang ciri jati diri melayu dan Islam akibat diresapi budaya dan nilai barat yang pernah menjajah kita?
Kali ini penjajahan semula dilakukan syarikat dan koperat gergasi global menerusi produk dan jenama perkasa yang sekaligus mencorakkan gayahidup kita. Demikian juga kita banyak meniru barat bulat-bulat dalam membina organisasi bisnes, membentuk struktur dan sistem serta memupuk budaya dan motivasi berniaga.
Lihat sahaja perubahan keatas kehidupan kita hari ini. Contohnya dalam budaya makan. Tidakkah citarasa generasi muda Malaysia semakin dipengaruhi pizza, kentang goreng dan burger lalu mereka ketepikan nasi lemak, roti canai serta nasi goreng?
Selain budaya makan, Barat semakin mendominasi cara kehidupan bermasyarakat dan perilaku peribadi. Ia mempengaruhi pemikiran, meresap ke hati, minda dan jiwa.
Dengan kuasa teknologi, kecanggihan alat dan perisian media, kini hampir semua hiburan, muzik, bacaan dan maklumat, persepsi dan pandangan alam atau worldview, serta idea dan ideologi datang mengikut menu asing dengan resipi citarasa ciptaan mereka.
Apakah dengan bangkitnya kuasa ekonomi baru meneraju ekonomi dunia di bawah panji-panji China, kali ini kita akan menciplak cara dan gaya China? Apapun, jelas sekali bisnes dan koperat adalah sumber utama saluran semua pembaharuan yang tampil. Dalam senario dunia dan rentak hidup zaman ini yang didominasi korporat tersendiri untuk mempertahan dan memperkasa jati diri.
                            (Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Metro, Khamis 6 Mei 2010)

No comments:

Post a Comment