Wednesday 27 April 2011

Satu Jemaah Satu Baitulmal

KONSEP
“SATU JEMAAH SATU BAITULMAL”

Abang, kakak, Kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak, bermulalah sekarang membina perancangan ini (kesatuan) bagi membaiki kepincangan yang berlaku dalam masyarakat Islam kini. Terutamanya di tempat kita sendiri. Melayu jadi Jagohan Pak Kadok, sementara orang lain mendulang ‘Emas’ di tempat kita. Sedarlah dan perhatikan dengan pengamatan yang tajam….. lihatlah betapa berlaku 
Sungguhnya tiada kemunduran sesuatu ciptaan Nya melainkan mereka sendiri menghendakinya…. Seibarat:
Itik di air kehausan, ayam di reban kelaparan.
Negara kita,,,,Pasaran kita,,,,Keperluan kita, Citarasa kita……
Tapi kenapa kita sendiri tak boleh menciptanya?
         Betulkah Kita hanyut dengan kemewahan rumah, pagar, anjung dan sofa
         Brended?
         Kita lemas dengan hiburan, sukan dan musim
         Kita buta pedoman ……. Buta akal……. Buta hati……….
        
Namun begitu kita tidak akan dikatakan ‘ lembu ’ yang hanya pandai makan rumput, untuk……..menenangkan golongan mereka.
Mereka takut kalau ‘lembu’ itu pandai makan makanan enak di restoran dan duduk di ruang hebat kerana peluang mereka akan berkurangan. Sedangkan mereka tidak dibekalkan dengan Kalamullah! Bukankah telah dijanjikan bahawa penghidupan yang berlandaskan Kalamullah adalah yang termaju, teragung dan terhebat sehingga dikatakan cara yang selamat dan menyelamatkan.

Bangkitlah sama-sama menegak kesatuan ini dengan tekat untuk generasi akan datang!!!!!


    SAHABAT ISLAM ADALAH MEREKA YANG BERSAMA DALAM MENEGAKKAN PERGERAKAN ISLAM



PERINGATAN & SERUAN
Buat sahabat-sahabatku yang dikasihi, ......... tentang puak munafik melalui Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 167 hingga 175 yang bermaksud:

*“Dan supaya Allah mengetahwi dengan nyata siapa yang munafik. Kepada mereka dikatakan, Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu).”  Mereka menjawab, “Kalaulah kami pandai berperang, tentulah kami mengikut kamu (turut berperang).”  Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) lebih dekat kepada kufur daripada dekatnya  kepada iman. Mereka selalau menyebut dengan mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka. (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui apa yang mereka sembunyikan.    ....(ayat 167)
Dalam ayat di atas Allah telah menceritakan tentang alasan puak ‘munafik’ apabila diseru untuk berjihad seperti alasan yang kita terima dalam kempen sebagai contoh ,” Saya tak arif tentang ini dan tak mahu terlibat! “ dan “ Sepatutnya benda ini dibuat 10 tahun dahulu!”. Dan mereka menolak serta mengkritik untuk melemahkan semangat jihad yang sepatutnya disokong!  Disamping memcari alasan-alasan yang tak munasabah sebagai senjata untuk melemahkan ‘perjuangan’ ini. Puak ‘munafik’ adalah adalah paling bisa di kalangan Yahudi dan Nasrani, kerena puak ini adalah ‘musuh dalam selimut’.
*Merekalah juga yang mengatakan tentang saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedangkan mereka sendiri tidak turut berperang, “Kalaulah mengikut kita (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, hindarkanlah kematian itu daripada diri kamu, jika betul kamu orang yang benar.”         .......(ayat 168)
Dalam ayat 168 pula Allah menegaskan tentang alasan-alasan puak ‘munafik’ berikan sama dengan menyuarakan, “ tulah selalunya syarikat Melayu tak menjadi dan kebas duit”, dan “ Banyak dah syarikat sebagaimana begini bergerak sekerat dan habis berkubur !” . Juga mereka membangkitkan kalau tak menyertai setentunya mereka tak akan rugi. Alasan inilah yang selalu diberikan mereka untuk melemahkan semangat dan pergerakan jihad kita. Nampak jelas mereka tak faham dan tak mahu faham perjuangan ini. ... Dan mereka tak menyertainya.
*Jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh  (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”      ......(ayat 169)
Pada ayat 169 pula Allah memberikan jaminan bahawa kita tidak perlu melihat ketiadaan faedah apabila ‘usaha’ ini tidak berjaya. Sebaliknya fikirkanlah pahala yang dikutip dari kejahatan (kalau tertipu) orang lain (hilang duit mainan dunia ini tapi melonjak pahala akhirat) dan disisi Nya niat perjuangan memertabatkan agama adalah mutu yang tidak ternilai. Astrafirullah....
* Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang telah dilimpahkan  kepada mereka dan mereka bersenang hati terhadap orang yang belum menyusuli di belakang mereka (saudara-saudara mereka yang masih berjuang) bahawa tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukucita.     ...... (ayat 170)
Allah memberitahu bahawa mereka (kafir dan munafik) bergembira dengan kesenangan yang diperolehinya dan sukahati terhadap mereka yang belum mencapai tahap mereka. Dan mereka merasai selamat dengan kata-kata, “ Aku beres dah lor ni. Tanah getah ada 10 ekar, baroh padi ada 5 relong dan ada belaka dah untuk keluargaku! Jadi buat apa susah-susah lagi nak cari pasal dengan kerenah ni!”.                 Mereka terlupa kepada ‘hablum minalnas’ . Inilah yang dikatakan pandai ajak  berjemaah tapi tak rela bertanggungjawab terhadap kebajikan jemaah. Tidakkah mereka ketahwi bahawa manusia yang paling baik adalah yang banyak memberikan menafaat kepada manusia lain.......
Duduklah mereka berkurung dalam ‘rumah’ dengan gembiranya (menjadikan Rumahku Syurgaku sebagai slogan yang disenangi)
* Mereka bergembira dengan balasan nikmat daripada Allah dan limpah kurniaan Nya; dan (ingatlah) bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang yang beriman.  ......(ayat 171)
Kawan-kawan kita ini hanya nampak kesenangan mereka sahaja. Apa-apapun untuk diri sendiri (selipar aku, kereta aku, rumah aku, isteri aku, anak aku, kebun getah aku dan aku dan aku.....) tapi Allah memberikan jaminan kepada ‘pejuang’ Allah tidak akan mengurangkan ganjarannya. Sahabat fahamilah perjuangan akhir zaman ini agar anda di jalan yang ‘satu’ itu. Tekatkan niat di hati bahawa apa yang dibawa ini satu perjuangan.
* Ia itu orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya, sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Bagi orang yang telah berbuat baik antara mereka dan yang bertaqwa, tersedia balasan yang amat besar (iaitu syurga).   ...... (ayat 172)
Allah menyakinkan bahawa ‘pejuang’ yang mendapat kecederaan ( celaan, hinaan dan fitnah) hasil dari menegakkan ‘perjuangan’ itu akan tersedia balasan yang amat hebat.. Antara kecederaan yang diharapkan mereka ialah, “ nilah katanya, syarikat yang cuba nak menipu tu! “, Wah! Belum datang memastikan atau mendengar secara berdepan dengan kami sudah dituduh begitu! dan
“ semuanya ada kepentingan!” , Memang ada kepentingan tapi kepentingan kami lain. Kami berpakat untuk menikmati bersama bukan secara individul dan kami memandang kepada kebangkitan Islam di akhir zaman. Hanya ucapan alhamdulillah sahaja kita aturkan, semuga mendapat pahala dan faedah dari fitnah ini, Allahuakbar.
*Ketahwilah bahawa hari ini adalah ‘akhir zaman’ dan ramai manusia yang ‘buta, tuli, bisu, hidung tak berfungsi dan berpenyakit ‘warhan’.
* (Iaitu) orang ( yang mentaati Allah dan Rasul), kepada mereka ada orang yang mengatakan, “ Sesungguhnya kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepada mereka (tidak menghadapi mereka).” Maka berita itu makin menambahkan keimanan mereka lalu mereka berkata, “ Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia adalah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”     ........ (ayat 173)
Allah menyakinkan kita bahawa walaupun kumpulan yang hebat telah bersedia memerangi kita tapi dengan tekad jihad dan berserah kepadNya adalah kekuatan yang terhebat. Sesuailah dengan program yang kita jalankan ke pondok-pondok untuk mendapat sokongan jemaah agar mendapat doa perlindungan dan kejayaan daripada Allah. Kita membina program secara ikhtiar duniawi  dan kita bersama (doa) memintaNya selaku gerakan batiniah. Kedatangan kita adalah rahmat kepada yang memahami tapi menjadi ‘kegerunan’ buat kaum munafik ! Amin.
* Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurniaan daripada Allah, mereka tidak ditimpa oleh sesuatu bencanapun, serta mereka pula menuruti keredhaan Allah. Allah mempunyai limpah kurniaan yang amat besar.     ........(ayat 174)
Panduan Allah untuk pedoman kita apabila ikhtiar berlandaskan taqwa diredhaiNya. Yakinlah kepada Nya semuga kita dalam ‘jagaan’ Allah. Sedari dan fahamilah bahawa apa yang kita rancangkan ini merupakan satu wadah perjuangan (Jihad yang dimestikan) bagi Muslim dalam era 20an. Bangsa yang telah berjaya adalah mereka yang mengaturkan rancangan ekonomi. Perhatikan apabila kita hendak mengerjakan solat semestinya kita perlu tenaga untuk mendirikannya, perlukan pakaian untuk melengkapinya dan perlukan tempat untuk mengerjakannya.  Justru itu wahai teman dan rakan jadilah ‘sahabat’ dalam perjuangan ini. Usahakanlah “deritamu menjadi deritaku” dan “Keluargamua adalah keluargaku jua”. Aamin.

* Sesungguhnya (yang membawa berita kedatangan musuh itu), ialah syaitan, yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada Ku, sekiranya engkau benar-benar beriman.       .......(ayat 175)
Pada ayat di atas Allah mengingatkan kita kepada muslihat ‘syaitan’ dan ‘iblis’ dalam menyesatkan anak Adam !
Yakinlah bahawa syaitan telah menebalikkan pandangan di dunia. Sebagai contoh kalau mempunyai ‘istana’ kita disanjung hebat tapi kalau mempunyai ‘pondok’ kita diperlekehkan. Kalau kita adakan ‘sidang’ bawah pokok diejekperli. Tapi bila sidang dalam dewan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dirasakan hebat. Bagaimanakah nak dinaikkan nilai si pemakai baju yang bertampung, sebagaimana Rasulullah dan para sahabat? Bagaimana nak ketengahkan ‘golongan’ yang bertaqwa dalam dunia oppotunis ini?

         PERNIAGAAN ADALAH JIHAD EKONOMI

Sahabat,
Hari ini umat Islam tertindas dan ditindas adalah kerana salah satu faktornya merupakan kelemahan pada ekonomi jemaah. Jemaah yang sepatutnya mempunyai kekayaan ekonomi telah dibolot atau diseleweng oleh individul yang tidak bertanggungjawab mengendalikannya. Cara pentadbiran ‘zionis’ yang memertabatkan kasta-kasta dalam penghidupan juga antara gejala yang menyebabkan ekonomi Muslim terganggu. Pembahagian ekonomi yang tidak seimbang menyebabkan salitulrahim antara jemaah ‘renggan’ (aku  hok aku, mu hok mu! ).
Kalut sekali bila ada sistem yang memisahkan “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Apa yang dimaksudkan saya ialah penerimaan manusia kepada pengasingan kepada katogari rakyat, panglima, bangsawan dan pemimpin.
Bukankah Islam melatih umatnya untuk menjadi ‘pemimpin’ di muka bumi, ‘bangsawan’ kepada bangsanya, ‘penglima’ kepada agamanya dan ‘rakyat’ kepada Penciptanya.  Jadi apabila keempat-empat faktor tadi sudah dimiliki Muslim, maka Islam akan menjadi satu kuasa yang hebat dan bijaksana. Gejala yang memporakperandakan situasi kini adalah golongan-golongan yang menciptakan diri mereka sendiri ini, bertindak mengikut hawa nafsu bagi mencapai kehendak mereka sendiri dengan keistemiwaan yang mereka sendiri adakan.
Contoh: Puak A menyalahkan satu sistem pemberian subsidi kepada rakyat akan menyebabkan negara menghadapi saat ‘muflis’ jika diteruskan. Ini akan menyebabkan negara tidak dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.Persoalannya ialah adakah untuk bersaing dengan negara maju kita kena ‘mangsa’kan rakyat. Rakyat kena hidup susah untuk menempatkan negara bersaing dengan negara baju? Kalau ini yang ditafsirkan pemikir negara maka ‘terkorbanlah’ rakyat dan pemikir sebegini adalah “salah” pekat.
Cuma kesilapan pihak pentadbir dalam urusan pemberian subsidi makanan ini iaitu kenapa diberikan terus kepada bahan makanan tersebut sedangkan mereka yang membeli makanan bersubsidi itu adalah termasuk bukan ‘rakyat’ negara kita yang berada di sini secara sah dan tidak sah. Begitulah juga terjadi kepada subsidi minyak negara. Yang jelasnya para Pentadbir negara tidak cekap menjalankan tugas, sedangkan bagi peruntukan pembangunan yang menelan belanja berjuta, berbilion yang memberikan ‘rezeki’ kepada suku-suku tertentu ditugaskan dengan baik. Apa yang kita ketahwi bahawa setiap projek yang ditenderkan adalah dua kali ganda kosnya dari kos sebenar. Sebagai contoh Masjid. Kos tender pada mulanya ialah 18 juta tapi kos siap ialah 38 juta? Begitu juga dengan kos tender pasar yang pada mula 18 juta juga tapi sekarang dah nak ke 42 juta. Kenapa? Mana rasionalnya pemikir ‘Melayu’ setempat? Inilah yang dikatakan contoh projek yang menguntungkan setengah pihak tapi memberikan ‘pembaziran’ wang negara begitu ketara sekali. Tapi yang nampak subsidi untuk rakyat juga salahnya! Cuba lihat negara maju yang hendak kita capai seperti Britain, Australia, New Zealand dan lain-lain lagi di Eropah. Mereka bukan bagi subsidi tapi bagi ‘elaun’ kepada rakyat. Apa ni? Adakah slogan, Rakyat Didahulukan (kena seksa), Pencapaian Diutamakan (hasrat dipentingkan)
Berbalik kita kepada punca ekonomi Muslim yang lemah sebagaimana saya jelaskan tadi. Seterusnya ekonomi berhalakan kapitalis atau firaun-firaun, namrut-namrut dan koron-koron diperluaskan peranannya dalam negara-negara Islam adalah juga penyebab kepada kelemahan ‘jatidiri’ Muslim itu sendiri. Sebab itulah negara-negara Islam di dunia ini tidak bersatu kerana tiada rasa “keislaman” antara mereka. Dan mereka mudah diratah oleh musuh sebagaimana terjadi kepada penduduk Palestin, Bosnia, Thailand, Filipina, Iraq dan lain-lain lagi.
Cerita ini sepatutnya kita ‘rasakan’ kepada kita sendiri hari ini. Kita lemah dalam bidang ekonomi yang menyebabkan kita semakin hari ‘terpinggir’ dalam semua bidang penghidupan sedangkan ‘pentadbir’ tertipu dengan pujukan pembangunan yang menyebabkan kemusnahan kepada agama dan bangsanya. Bangsanya dengan ekonomi kapitalis yang tidak seimbang tidak ada ‘dayasaing’ lagi untuk menempuh pembangunan fizikal negara. Yang peleknya kenapa kita mengukur ‘fizikal’ untuk diiktirafkan kemajuan? Lihatlah betapa sedih dan keciwanya kita melihat kerosakan bangunan dan peralatan sekolah yang berstatus ‘universiti’, di negara Indonesia dan Thailand, divendalismakan oleh pelajar itu sendiri. Pondok telefon, tandas awan, taman permainan, kawasan rehat dan perkelahan dan lain-lainnya mengalami nasib yang sama jika tiada pengawasan. Minda kita belum berada pada tahap untuk menikmati kemudahan sebagaimana di negara maju. Satu contoh yang paling sesuai saya nyatakan di sini ialah kita boleh sediakan kemudahan berstatus negara maju sekiranya kita boleh menjagai dan mengembalikan sungai ke tahap yang terbaik (menyuburkanya kembali). Di mana airnya jernih, ikan-ikannya nampak kelihatan dengan jelas, sipemancing mengambil ikan yang dihadkan ukurannya sahaja untuk habuan pancingan dan persekitaran sungai yang dijadikan kawasan rekreasi berguna.  
Justruitulah dinyatakan di sini,

“PERNIAGAAN MERUPAKAN SATU SENJATA PEPERANGAN HARI INI. JENAMA DAN PRODUK MERUPAKAN PELURU UNTUK MELUMPUHKAN MUSUH. IKLAN ADALAH SEMBOYANG, KEMENANGAN ADALAH APABILA PRODUK DIGUNAPAKAI ATAU DIAKUI,”

      Jelas sekali contohnya betapa kuat kuasa minuman membuatkan manusia menggerakkan tubuh ‘menggeletar’ sebagai iklan menakluki kita.
Setengahnya pula memaparkan aksi keterlaluan yang tak patut diikut dan pergaulan bebas yang tiada batasan agama kita dalam iklan memperkenalkan produk mereka.
Syarikat ubat tekak menggunakan Tunjukajarku Sifu untuk iklan produk mereka.
Sedarlah bahawa,
dengan kekuatan ekonomi syarikat mereka mengambil usaha memaparkan iklan bagi dakyah menerusi kelemahan Muslim dalam gayahidup sebenar. Sementara kita hanya ada kekuatan idea dan cakap tapi kekuatan ekonomi tiada, maka samalah kita sebagai ‘suara katak di waktu hujan’.
 Ayuh kawan-kawan sama-samalah kita jadikan perniagaan senjata ‘Jihad’ yang wajib disertai setelah menyadari kepentingannya menjadi martabat Agama dan Bangsa kita.
Kurangkah atau hikmahkanlah semua aktiviti yang melekakan dan membazirkan wang, tenaga dan masa itu, kita satukan konsep ‘kesatuan’ itu ke Jihad Perdagangan ini dengan niat Islam akan Kembali Gemilang. InsyaAllah, aamin.

Terima kasih.

Apa salahnya kita mengenali kembali identiti kita dan keturunan nenekmoyang kita supaya kita kembali ke jalan yang benar. Jua kita bangkit memulihkan kepentingan umum melebihi kepentingan sendiri.
Kita bergerak mempertingkatkan kepentingan jemaah (ummah) dan kurang memikirkan kepentingan sendiri kerana keselesaan jemaah adalah keselesaan kita jua.

014-6090884 CM

No comments:

Post a Comment