Thursday 28 April 2011

Bahtera Jihad Deritamu Deritaku

Salam kepada semua,

FIRMAN ALLAH dalam;
Surah Al-Mu’minun, Juzuk 18 ayat 27;
Lalu kami mewahyukan kepadanya:
 “Buatlah bahtera dengan pemerhatian dan petunjuk Kami, kemudian apabila datang hukum Kami  dan air keluar mencurah dari muka bumi, maka masukkanlah  ke dalam bahtera itu sepasang dari setiap jenis haiwan, dan keluargamu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atas mereka, dan janganlah engkau merayu kepada Ku untuk menolong kaum yang zalim itu kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan banjir besar.”

Buatlah bahtera dengan pemerhatian dan petunjuk Kami
Rancanglah dan zahirkanlah ‘kubu’ perjuangan dengan teliti dan strategik berdasarkan kehendak dan panduan Allah:
Di sini kita merancang berpandukan Kalamullah, Sunnah Rasulullah dan hadis, melahirkan jemaah yang mengasihi jemaahnya sendiri (Jemaahku Keluargaku) dengan ungkapan Deritamu adalah Deritaku jua. Kerana hari ini jemaah yang ada banyak terpesong hikmahnya kerana masih berperinsip ‘aku, aku dan mu, mu’. Kesusahanku aku sendiri yang menanggungnya dan kesenanganmu, hanya kamu sendiri merasainya. Sudah setengah abab berada dalam jemaah masjid namun kesusahan yang dimiliki tak boleh ditampung jemaah. Sebaliknya masjid masih menerima hak derma dari kami. Wahai petugas masjid yang setia, bukalah minda dan kreatifkanlah penafsiran kata-kata Allah bahawa masjid itu adalah tempat selamat. Pesan Rasulullah jikalau berlaku ribut yang kuat maka berlarilah kamu ke masjid. Jadi fikirlah istilah ribut yang dimaksudkan Rasulullah itu. Bukan hanya ribut sekadar angin dunia tapi ianya membawa erti ribut (kesusahan) dalam mengharungi penghidupan. Berada dalam masjid terasa berada di kalangan sauadara seagama tapi perasaan dan kekusutan yang ditanggung tak siapa yang tahu dan mengerti. Nak beritahu tok iman, tok bilal, tok siak ? mereka tak pernah beri jalan untuk menimbulkan bab ini. Dan tinggallah kami yang bermasalah penghidupan ini dalam kesulitan. Hanya solat sahajalah yang mendamaikan kami dan mengharapkan panduan dari Nya sedangkan ‘sahabat’ yang sepatutnya lahir dari jemaah di masjid itu tak muncul langsung. Jadi kami tekad dengan berpandukan ayat ini untuk memulakan pembinaan ‘bahtera’ bagi ‘menyelamatkan’ saudara kami dalam penghidupan, dengan izin Nya. InsyaAllah. Aamin.

Kemudian apabila datang hukum Kami dan air keluar mencurah dari muka bumi,
Apabila tiba hukum Allah mengikut ketentuan Nya berpandukan pengamatan kesesatan ‘jalan yang lurus’ itu, bertindaklah:
Apabila kita menyedari dan memahami kedatangan HUKUM Allah di mana manusia dilimpahi dengan banjir ‘kesesatan’ yang menyimpang daripada Kalamullah maka berwaspada dan bergeraklah membina jemaah yang dirancang itu supaya kita tidak akan lemas dengan kehendak hawa nafsu (banjir dunia). Kesesatan dunia memang nampak jelas apabila ulamak suk berkuasa dengan membiarkan perkara-perkara yang melanggar hukum Allah bermaharajalela seperti pergaulan bebas, pakaian yang melanggar hukum, perzinaan, arak, judi, rasuah, keruntuhan sistem keluarga, suara benar dihalang dan suara mungkar dipersetujui dan sememangnyalah kita berada dalam zaman ‘jahiliah’. Penghidupan yang hilang pedoman ini telah menyebabkan Melayu hilang agama dan lemas dalam pengertian mengenali Allah. Banyak perkara ‘kurafat’ dizahirkan seperti masjid cantik, rumah besar, cipta nama, pertandingan dan lain-lain lagi. Berjagalah wahai sahabat ku yang menyetujui pandangan ini dan bergeraklah kita bina ‘bahtera’ untuk mengekalkan ‘keaslian’ generasi kita yang akan datang.

Maka masukkanlah ke dalam bahtera itu sepasang dari setiap jenias haiwan, dan keluargamu
Dengan ilmu selamatkanlah setiap makluk Allah yang tidak berdosa serta keluargamu (orang-orang yang berpandangan matahati):
Kenapa Allah menyegerakan ciptaan Allah yang dianggap hina di dunia ke dalam bahtera perjuangan ? Itulah hikmatnya bahawa pandangan akhirat, apa yang hina di dunia adalah baik di akhirat dan apa yang baik dan mulia di mata dunia tidak semestinya baik di akhirat. Justru itu jika dulu diselamatkan untuk membiakkan baka dan keturunan, sekarang program kita mendahulukan untuk menyelamatkan orang yang dianggap sampah dan kesusahan kepada orang lain seperti OKU, yatimpiatu, tidak siuman (hilang akal), saudara baru, warga emas, mereka yang dalam penderitaan dan kesusahan. Atau dengan pendekkata ‘memakmurkan bumi Allah. Dan keluargamu adalah jelas disarankan supaya generasi kita kekal tidak lemas dalam perjalanan hidup ke akhirat yang semakin jauh dari ‘nur’ Islam ini. InsyaAllah. Aamin.

Kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atas mereka,
Melainkan mereka yang memasuki golongan butahati, butamata, butaakal dan butapedoman (kalamullah):
Allah melarang dari kita meminta kasihanbelas dan doakan kesejahteraan kepada mereka yang telah dijelaskan sebagai cinta dunia dan lupa akhirat, sayang rumah, kenderaan, pakaian lebih dari saudara sendiri. Dalam ‘saudara Islam’ kesempitan hidup tergamak kita membina pagar cantik yang berbelanja tinggi. Dalam masa jiran kita ternanti-nanti bantuan penghidupan kita memperhiaskan pagar dengan lampu yang bergemerlipan. Kecantikan tak membantu kelaparan dan kesulitan hidup saudara kita yang dipaparkan dalam akhbar. Kita lebih mengikut kehendak hawanafsu dari menyimpan untuk disumbangkan kepada sahabat seagama yang memerlukan.  Sayang nafsu dari kewarasan Iman yang menghakkan kewajibannya sebagai Khalifah di muka bumi. Dan mereka adalah orang yang zalim dimaksudkan dalam pengertian Islam.

Dan janganlah engkau merayu kepada Ku untuk menolong kaum yang zalim itu kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan banjir besar.
Allah menegah kita memohon (meminta simpati) kepada kaum yang zalim (cintakan dunia keterlaluan) kerana sememangnya mereka akan disesatkan dengan pandangan mereka sendiri.
Sia-sia kita mendoakan kesejahteraan buat mereka yang zalim seperti orang masih alpa dalam kemewahan sedangkan saudaranya duduk dalam kesusahan. Sanggup tinggal dalam istana sementara saudara seagama lena dalam ‘rumah’ bawah jambatan dan semacam kandang lembu. Masih ada saudara yang berumah buruk dan menanti runtuh, kita buat rumah bak istana. Masih ada saudara kita yang dua hari tak makan kita gelojoh makan. Masih ada saudara kita yang berpakaian lusuh dan tak banyak, kita bertekad memakai pakai berjenama (branded). Dan yang paling sedihnya apabila kita bangga dengan tanggungjawab kita kepada keluarga yang sehebat mithali, saudara kita di Rantau Panjang memilih jalan ‘sesat’ untuk mengakhiri penderitaan tanggungan keluarganya. Dan mereka adalah golongan yang ditetapkan hukuman azab ke atas mereka. Jelas sekali mereka yang dilemaskan dengan kedegilan mereka apabila menerima musibah yang hebat dari kesilapan mereka sendiri. Rumah mana yang selalu ditargetkan pencuri dan perompak? Manusia mana yang selalunya diminta derma untuk kebajikan yang bertentangan hukum. Kumpulan mana yang tetap butahati walaupun dunia dimiliki tanpa masalah. Ke mana-mana boleh pergi tapi jiran yang kebuluran dia tak tahu langsung. Serata perusuk dunia boleh dilawati tapi saudaranya yang kesempitan hidup tak dihiraukannya.

Ya Allah Ya Rahman, PERTEMUKANLAH KAMI DENGAN SAHABAT-SAHABAT KAMI SUPAYA KAMI BERJEMAAH SEBAIKNYA DAN JADIKANLAH KAMI DARI GOLONGAN YANG SATU ITU. GOLONGAN YANG DISEBUT MUHAMMAD RASULULLAH. AAMIN.

DENGAN NILAIAN WANG YG SEDIKIT AKAN MENGHASILKAN SATU WADAH PERJUANG YG AMAT BESAR. INSYAALLAH
Surah Al-Baqarah ayat 274:
“Orang yg. menafkahkan harta mereka pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka serta mereka pula tidak akan berdukacita.”

Abu Sa’id r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah membenci orang yg. makan terlalu kenyang, orang yg. lalai dari ketaatan terhadap Tuhannya, orang yg. meninggalkan sunnah Nabinya, orang yg. ingkar janjinya, orang yg. memusuhi keturunan Nabinya, dan orang yg. menganiaya tetangganya.”
HR Ad-Dailani
Ingat dan waspadalah Firman Allah yang bermaksud:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, mereka pula berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.”  ( Surah Al’ Asr, ayat 1-3 )
Jika disuluh dari segi ekonomi sejelasnyalah kita dalam kerugian kerana kita tidak berpesan-pesan dengan perkara yang telah menjadi realitinya tetang apa yang berlaku di sekitar kita (kesedaran) serta berpesan dengan kesabaran dalam merencanakan sesuatu jalan penyelesaian untuk redha Allah.
Sahabat Islam telah ‘gemilang’ dulu dan akan kembali gemilang di akhir zaman. Dan adalah kewajipan bagi setiap Muslim untuk menjadikan tahap itu sebagai langkah perjuangan. Terimalah bahawa kita (Muslim) telah hanyut bak buih di sungai akibat kesesatan tafsiran dunia yang hanya menjadi ‘wakaf’ buat Muslim dan ‘istana’ buat firaun, namrut, taqrut, koron, abu jahal dan ulama suk.  Ingatlah bahawa ‘rumahku bukan syurgaku’!!!!!! Rumahku adalah tempat perlindungan keluarga dari syariat agama,  cuaca dan pencerobohan asing. Rumahku bukannya ‘kurafat dan bidaah’ menampakkan kecantikan dan keindahan sahaja tanpa dapat menolong saudaraku yang dalam kesusahan, kelaparan dan kerumitan hidup.
Fikirlah sahabat.........
Bagaimana nak kutelah makanan lazat sedangkan saudaraku kerap berpuasa kerana tak mampu mendapatkan makanan.......
Bagaimana nak kulenyap lena di atas tilam empuk, apabila masih ada saudaraku yang beralaskan mengkuang dan berbantalkan lengan............
Bagaimana nak kupakai pakaian yang mahal dan indah sedangkan saudaraku berpakaian lusuh dan banyak bertapung......
Bagaimana nak kudiami ‘istana’ sedangkan saudaraku di bangsal lembu, di bawah jambatan, di pondok dalam hutan, di rumah usang yang senget menanti runtuh...........
Adakah AKU insan yang mulia, adil dan bijaksana bila begitu ketara sekali penghidupan ku dengan mereka...........
Dapatkan aku berbangga dengan ‘rezeki’ dari Allah ini untuk mempamirkan kepada mereka bahawa semuanya ini adalah ‘keberkatan perjalanan hidupku sebagai hamba yang mengikut kehendakNYA?.........................
Atau inikah yang dikatakan hablumminallah dan hablumminalnas ?

FIKIRLAH WAHAI SAHABATKU, FIKIRLAH WAHAI SAHABATKU....
Agar kita menjadi golongan yang tidak buta, tidak bisu, tidak pekak dan tak terlebih berilmu....
Surah al hajj juzuk 17
Ayat 38
Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
Ayat 39
Diizinkan berperang bagi orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
Ayat 40
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, (mereka yang diusir) semata-mata kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.”  Kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat peribadatan serta gereja-gereja (kaum nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya padanya. Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Lagi Maha Perkasa.
Ayat 41
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Ayat 42
Jika mereka (yang kafir itu) mendustakan engkau (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelek) kerana sesungguhnya sebelum mereka : Kaum Nabi Nuh, ‘Ad (kaum Nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Salih) telah juga mendustakan rasul masing-masing;
Ayat 43
Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut.
Ayat 44
Dan juga penduduk Madyan: dan Nabi Musa juga telah didustakan : maka Aku memberi tempoh kepada orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kmurkaanKu.
Ayat 45
Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya: bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong ditinggalkan kerana pemiliknya telah binasa)
Ayat 46
Oleh itu bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan tersebut – akan tergerak hati mereka untuk memahaminya, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu alah mata hati yang ada di dalam dada.


Ya Allah Ya Karim.                         Wahai sahabatku,
Ku pohon maaf sekiranya bahasa yang digunakan agak keras dan menyingung kalian  tapi semua ini adalah untuk mengembalikan kita kepada satu matalamat ‘kesatuan’ dan ‘kekitaan’.
Sesungguhnya sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kealpaan saya jua.
Saya akhiri dangan nasihat,
Apa-apa yang keliru tentang  seseorang atau sesuatu datanglah bertanya dengan empunya diri atau sesuatu itu kerana ianya adalah satu jawaban yang kukuh dan teguh. Bertanya dan mendapat jawapan dari yang empunya diri mengenai dirinya dan akalnya adalah keikhlasan yang telus dan jitu.
Ya Allah sekiranya ada kebaikan dari program ini, hadiahkanlah kepada mereka-mereka yang mendidikku baik sebaya dengan ku atau dewasa dariku atau muda dariku,  dari kecil hingga ke saat ini.

TIP BAGAIMANA MEMILIH PEMIMPIN
PASTIKAN APA YANG DITUBUHNYA TIDAK KETERLALUAN
Keterlaluan di sini membawa maksud :   Bajunya tidak mahal sekadar menutupi aurat sahaja. Seluarnya  bukan dari jenama mahal yang dikatakan ‘branded’. Pakaiannya murah dan bersih. Kalau pakaiannya sahaja sudah berkerterlaluan mahal maka jika dana diserahkan kepadanya pasti ia ‘gelojoh’ menggunakannya.
AKSESORI TUBUHNYA TIDAK MENAMPAKAN YANG MAHAL
Cincin adalah aksosari Nabi tapi tidak mahal. Gelang ‘akarbahar’ juga tidak mahal dan bermakna. Hari ini Yahudi melahirkan sesuatu aksesori yang mahal dan menyimpang dengan Islam. Adakalanya diselit dengan alasan kesihatan. Lihatlah orang tua kita yang berkopiah dan berjubah tapi di leher menampakan rantai yang dipakai perempuan. Atas alasan apapun tak bolehkan kita cari yang tak menimbulkan fitnah? Sementara yang muda dan pemimpin kita pula bergaya dengan gelang tangan kesihatan..... kita buta dengan alasan dunia yang menipu.
PASTIKAN RUMAHNYA BUKAN ISTANA
Rumah kediaman kalau ikut Nabi hanya tempat berlindung dari hujan, panas dan gangguan sesuatu serta hijab. Rasulullah menzahirkan penghidupan miskin, rumah kecil, daun pintunya ditabirkan dengan kain guni, atapnya boleh dicapai tangan dan yang paling ketara beliau tidak menyukai sahabatnya mendirikan rumah yang besar. Ini jelas diceritakan tentang sahabat Rasulullah yang membina rumah besar dan baginda tidak menegurnya. Islam menganjurkan kita menziarahi rumah orang miskin kerana kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada, tapi kalau menziarahi rumah orang kaya kita akan merasai kekurangan benda dunia. Pasti akan tertekanlah perasaan untuk memiliki yang lebih baik. Ketahwilah bahawa apa yang lebih baik itu adalah hati yang jujur, ikhlas dan tawaduk bukannya perhiasan dunia yang menipu.    Juga selaku pemimpin seharusnya memiliki rumah yang terburuk atau termiskin dari pimpinannya. Setidak-tidaknya rumahnya sama taraf dengan pimpinannya. Selagi masih ada pimpinannya yang memiliki rumah sederhana selagi itulah dia menduduki rumah sederhana, melainkan dia telah meningkatkan taraf rumah pimpinannya itu.
BUKAN DIPAGARI DAN DIKUNCI
Dipagari dengan alasan menyekat pencerobohan binatang tidaklah memakan belanja yang besar seperti pagar tembok. Tambah2 lagi kita berada dikalangi saudara mara sendiri. Susahnya sahabat menemui kita terpaksa menempuhi pintu pagar, menekan butang loceng dan menunggu…. Tidakkah sistem ini menghilangkan sistem salam kepada tuan rumah dari jauh lagi! Kita patut sedar bahawa hari ini kemajuan yang dipandang dunia adalah ciptaan Yahudi yang semata-mata untuk menjauhkan ‘matahati’ muslim dari jalan kebenaran. Memberatkan pandangan Muslim terhadap penghidupan dunia yang sementara. Memecahbelahkan ikatan persaudaran kita atas batas dunia.
DIRI MESTI ADA DISIPLIN HATI BUKAN LUARAN MEYAKINKAN HATI
Penghidupan miskin adalah sunnah Rasulullah. Kekayaan  mewah dan membazir adalah feel firaun, namruk, taqruk dan koron. Solat adalah kewajiban, syariah adalah tuntutan dan Islam adalah amalan.  Pergi memberi adalah amalan terbaik bukannya panggil memberi. Di zaman khalifah, gandung didatangkan kepada yang memerlukan. Hari ini gandung kena minta dan tak boleh berjalan sendiri walaupun kemudahan moden telah ada.
MENDAHULUKAN PIMPINAN DARI DIRI DAN KELUARGA SENDIRI
Keselesaan hidup diagihkan kepada pimpinannya bukan mendahulukan diri dan keluarganya. Sesuatu yang boleh memenafaatkan rakyat didahulukan secara pratikal bukannya pada tiori berdering-dering. Iktibarlah kepada penghidupan Rasulullah dan para sahabat yang mementingkan pimpinan bukannya pemimpin.
TIDAK MENIPU DIRI SENDIRI
Jika Allah sanggup didurhakai dan ditipu, maka rakyat senang diputarbelitkan. Jika keadilan tak dapat ditegak maka rasuah bermaharajalelalah dan rakyat akan jadi katak, suara bergegar tapi tiada kesan dan berpendirian tak teguh.
JUSTRU ITULAH SEKIRANYA PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI YANG BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH ADALAH TEPUK DADA TANYA SELERA,
KERANA MEREKA TAMAKKAN KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN DIRI LEBIH DARI JEMAAH SENDIRI.
PEMIMPIN YANG BAIK ADALAH MEREKA YANG MENDAHULUKAN PIMPINANNYA DARI DARINYA SENDIRI.
PEMIMPIN YANG JAHAT ADALAH YANG MENDAHULUKAN DIRINYA DAHULU DARI PIMPINANNYA……..                                    Pandangan Peribadi Penulis.014-6090884

No comments:

Post a Comment