Tuesday 27 September 2011

MELAYU HANYUT 2020 BAB 4

MELAYU HANYUT 2020
BAB 4

Dalam kutbah Jumaah minggu lepas iaitu pada 10 September 2011 dinyatkan tentang Akhlad Muslim. Dan sedapnya Tok Khatib menyaringkan kutbah dengan bacaan teks yang telah dikarang oleh JAIT. Mengungkitkan perihal orang Islam yang mengatakan orang lain FIRAUN. Setahun saya tiada orang Islam yang mengatakan orang lain Firaun tapi kalau membandingkan ciri-ciri firaun kepada feel manusia adalah....... Ini kerana HENDAK MENYEDARKANNYA tentang kesilapan yang dibuatnya.
Sedangkan Rasulullah melarang sahabatnya menyandarkan pedang mengikut cara sandaran pedang KAFIR. Ini menunjukkan menegah dengan cara ARAHAN.
Begitulah juga dengan tindakbalas Rasulullah apabila mengetahwi sahabatnya membina rumah besar....... Rasulullah tidak menegur-sapanya. Sedangkan tegur-sapa itu adalah ikatan tali sailatulrahim. Jadi setentunya ada sesuatu yang patut ditegah dengan keras dan sesuatu yang patut dicegah dengan lembutnya.


Hari ini dah jadi cabaran kalau RUMAH leader jadi ISTANA........
Kini dah jadi isu kalau AKSOSARI keluarga pemimpin BRENDED dan MAHAL.....
Sekarang ni dah jadi humpitan kalau MAKANAN pemimpin lebih lazat dari rakyat......
Ketika ini dah jadi bualan jika YB asik dok melawat LUAR NEGARA dan ‘wak dogol’ tunjuk lagak........
Loorni RAKYAT DIDAHULUKAN untuk mendatangkan hasil kepada NEGARA sampai ‘ekor’ pun dikira, sedangkan para Pemimpin dan Kakitangannya dok naik ELAUN, BONUS dan IMBUHAN......
Rakyat nak naik apa? Barangkali naik bulu jadi HANTU RAYA.........
Justruitu bagi mencapai WAWASAN 2020 para pemimpin patut mengikuti pimpinan Rasulullah dan para sahabat baginda..
Apa rakyat makan kitapun makan.....
Apa rakyat diami kitapun diami sama....
Apa rakyat pakai kitapun pakai sama.. tak bezapun sebagaimana yang dibuat Rasulullah: Duduk Sama Rendah, Berdiri sama Tinggi......
Kalau kita banyak ‘puasa’ sunat lebih baiknya lagi dari dok ‘kedarah’ keringat rakyat.
 Dato Najib pula membidas perwakilan UMNO supaya bersikap jujur dalam melaporkan kegiatan parti ? Nampaknya TEMBERANG pemimpin peringkat akarumbi telah diketahwi BOS.  Tanpa ketahwi perkara sebenar atau kelemahan sebenar dalam parti pasti proses  pemulihannya tak dapat dilaksanakan dan akan meruntuhkan parti itu sendiri .........

Apa yang ada lagi untuk kita WARISKAN kepada generasi bangsa kita apabila NAMA bumi kita telah dipinda !Tanah Melayu kepada Malaysia
Apa nak ada lagi untuk kekuatan kita apabila Tanah Dikelilingi lautan kita telah diprogramkan oleh orang lain.
Apa nak ada lagi pada kita, apabila 80% sumber pendapatan dipegang oleh puak mereka.
Apa nak kuat lagi kita apabila KUMPULAN TERKAYA adalah ramainya terdiri dari kalangan mereka........
Dan kita KAYA juga...... kaya gaya, lagak, sukan, hiburan, lakonan, tatasusila, sopansantun, bijakbicara, temberang semua dan kaya HALOBA.......  


Kaya semangat, kaya senyuman, kaya ikatan dan kaya fesyen..... berdentum-berdentam gelak sorak, orang bertempat kita menyarak (sarak: sepi khususnya dalam ekonomi).

Adakah kejayaan dalam bidang nyanyian dan filem menempatkan seseorang itu sebagai TOKOH MUDA NEGARA?
INGATLAH bahawa negara kita ada RUKUN NEGARA dan biarlah ciri yang berlandaskan RN itu dinilai........ Kita NEGARA yang agama RESAMI nya ISLAM... Setiap penilaian itu MESTIlah berdasarkan kepada MARUAH AGAMA, TATASUSILA BANGSA DAN TANAH AIR......


Telitilah mereka yang menjadi kaya di BUMI MELAYU....... Bumi kita, pasaran kita kenapa kita tidak boleh melebihi mereka dalam bidang kekayaan dunia? Kenapa kita tersenarai dalam kaya GAYA, SUARA dan LAGAK (GAYA: tiru Zionist dan jadikan mereka IDOLA kita, SUARA: lantang berbicara, habukpun tak ada, LAGAK: Hebat tapi papakedana)
Kesimpulannya: MELAYU hanya cukup makan, pakai, diami dan beribadah......

Tak pelikpun bagi saya kerana ‘dana’ mereka melimpah-ruah sedangkan dana kita hanya untuk popular sahaja......
Jutawan mereka adalah jutawan berhemah dan sepakat sementara jutawan kita adalah jutawan ‘ikan pelaga siam’ yang kuat tunjuk gebengnya sahaja.


Sedihnya melihat BANGSAKU yang tersisih dari JAGAAN pertubuhan yang melaungkan MEMBELA BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR..........


Satu skim tipu Wang dengan jaminan lembu tenusu.....
Satu skim tipu peruntukan kerajaan dalam UBI KAYU PLASTIK.......
Satu cara tipu PKFZ berjuta ke berbilion ke.....
Satu pula tipu MINYAK, yang tu pulak tibu LOGO HALAL, banyak pula  tipu LAKONAN.... HARI INI JADI ISTERI DIA, ESOK JADI ISTERI MAMAK PULAK..... peliknya kalau ikut Islam kalau bercerai tak lepas edah lagi......
Tiong Bersuara Lunak menipu peminat dengan lenggokan syaitan......
PENDEK KATA SETIAP LANGKAH SYAITAN ADALAH MENGHASILKAN .... “NIAT MENGHALALKAN CARA”.

YANG INI PULA,
Tipu perjuangan tanpa jasa atas pengorbanan murni membela tanah air. Nasib baik ditimbulkan isu PEMBELA TANAH AIR, maka yang hilangpun dapat timbul kembali menuntut hak..... betapa mereka ditipu oleh SEJARAH yang dulunya dikenali TARAWIKH...






Wahai penulis ........ tak kah anda merasai bahawa apa yang anda paparkan ini bertentangan dengan hukum AURAT dalam agama anda? Walaupun sekiranya si comel ini bukan muslim, ianya tetap menampakan imej ‘melampau’ dan anda seorang muslim saya kira setentunya kita patut memaparkan gambar yang tidak menyalahi hukum agama kita. Mudahan dengan ini anda berfikirlah untuk terus berjuang memertabatkan AGAMA dan tanah air tercinta. Ingatlah jangan NIAT MENGHALALKAN CARA......

Anehnya pula dalam kutbah minggu lepas 16 September 2011, dinyaringkan cerita “Pak Kadok, menang sorak, kampung tergadai”. Mengingatkan muslim kepada penyatuan. Penyatuan Apa?.............
Penyatuan dalam solat berjemaah ke?
Dah masuk warga emas kariah masjid bertungkus lumus solat di masjid tapi bila tiba memerlukan bantuan penghidupan ........... PENYELARAS buat apa? Masjid comel-lotel tolong apa?


Wahai ADUN, rumahmu hebat, gah dan cantik tapi kenapa kediaman pimpinanmu sebegini?
Wahai Wakil Parliman, cakapmu bergegar di DEWAN tapi tiadakah isu bak Menjaga IBUBAPA di hari tua? Kau bangkitkan banyak projek baru dan kau sedarkan tentang penyelewengan DANA rakyat tapi tak terfikirkah anda kepada IBUBAPA anda yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja untuk hidup ini? Kenapa tak dijaga mereka? Kenapa tiada peruntukan bulanan untuk WARGA EMAS khasnya orang Melayu. Saya utarakan kerana BUMI ini adalah Tanah Melayu bukan Bumi Siam, bukan bumi Inggeris, India atau Cina. Jelaslah bumi ini BUMI MELAYU dan sepatutnyalah orang melayu dibela pada usia emasnya....... Bukan sekadar melaungkan KEISTEMIWAAN sahaja...
Dan jika ini berterusan.......
Pemimpin menjadikan rakyat sebagai mangsa (batu lonjatan) maka HANYUTLAH MELAYU 2020 INI....... dan KERAMATLAH nama MALAY SIAL....


Wahai Anak Bangsaku,
Datanglah bersatu untuk berjuang
Di medan yang kita tercicir........
Wahai beliaku yang bersih,
Tinggalkanlah kegiatan yang merugikan masa, tenaga dan masadepan........
Bangkit dengan slogan “bersatu teguh, bercerai roboh’.
Kita pertahankan BUMI MELAYU
Kita kuatkan IMAN kalamullah
Kita jelmakan NUR SOLIHIN dan,
Kita bina Satu Jemaah Satu Jaminan, InsyaAllah. Aamin.

Kami mencari MEREKA-MEREKA yang berpandangan ‘matahati’ dalam perjuangan ini. Mereka yang menyumbang untuk menolong orang lain dan jalan akhirat...... insyaAllah, aamin.


KEMAMPUAN KAMI SETAKAT INI.....
PEMBERIAN SAGUHATI (DIVIDEN) SEBANYAK 04% SETIAP 3 BULAN SEKALI (16% SETAHUN) bagi pembeli tanah  & biz dalam program ini.

No comments:

Post a Comment