Tuesday 13 September 2011

MELAYU HANYUT 2020 ? BAB 2

MELAYU HANYUT 2020 ?
BAB DUA

Apa yang dibicarakan ini adalah satu pandangan yang mungkin jadi atau mungkin tak jadi. Tapi bagi penulis, yakin ianya tak akan berlaku kepada kita di negeri pantai timur hari ini dan setengah-tengah tempat di pantai barat Tanah Melayu telah mengalaminya. Yang jelas mungkin akan berlaku 15, 20 tahun lagi kepada cucucicit kita yang berbangsa MELAYU dengan sikap melayu-layu sombong banyak bodoh jenuh....
Selaku bangsa Melayu Islam, penulis cuba untuk menyedarkan bangsanya tentang kepentingan BUMI yang kita pijak hari ini. Bangsa Melayu Islam yang dilahirkan di sini tiadalah BUMI lain yang akan dijadikan miliknya. Dengan adanya bumi ini maka kita diberikanNya tempat dilahirkan, dibesarkan, diperilmukan, dipekerjakan, dijodohkan, diberikan ruang untuk berbakti pada jalan PUTIH atau HITAM dan akhirnya dibumikan.
Kepentingan BUMI mesti diambilberat oleh Melayu Islam. Tanah Melayu adalah bumi hak orang-orang Melayu. Adakah kita telah sahkan bumi ini milik kita? Kalau sudah disahkan bermakna segala kekayaan yang ada atau yang lahir dari bumi ini memberikan keuntungan kepada Orang Melayu seluruhnya bukan segelintir orang. Setiap MELAYU sepatutnya menerima ganjaran daripada ‘kekayaan’ yang ada atau wujud di bumi. Dan ganjaran yang paling tepat ialah ganjaran di hari tua (Warga Emas) Selaku ORANG MELAYU di bumi TANAH MELAYU patut diberikan hak mendapatkan royalti pada peringkat warga tua (60 tahun ke atas) kalau tak dapat elaun pada nama MELAYU sebagai hak keistewewaan.
Rata-rata umur orang Melayu adalah di antara 60 ke 70 tahun dan jarang mencapai usia 80 tahun ke atas. Jadi apa salahnya membiayai mereka dengan saraan wang antara 500rm ke 800 rm sebulan........ barulah warga tua MELAYU tak HANYUT MEREMPAT di bumi sendiri.
DAN...............
Terbaru mengenai pendedahan Pengkristian Orang Melayu di TV 9, agensi yang ditugaskan mengabaikan tanggungjawab.........
serta Pengakuan sepasang suamisteri yang menjalani hukuman penjara di Pokok Sena, Kedah....         ADALAH KERANA DESAKAN EKONOMI

Inilah yang menjadi persoalannya sekarang:
Sekiranya benar Pertubuhan Melayu, Islam dan NGOPribumi MAHU menolong MELAYU,
 pasti, pasti dan pasti tak akan ada lagi melayu merempat di jalanraya, kaki lima dan lorong-lorong kotor di bandar................
Sekiranya ada MINDA Melayu yang berpaksikan kepada ajaran Islam sebenarnya,      pasti, pasti tak akan ada melayu tinggal kedaifan dalam hutan, dalam kandang lembu atau rumah yang menunggu nak runtuh.......
Sekiranya ada Mufti Islam yang bijaksana,
pasti, pasti dan pasti tak akan ada janda melayu menerima pertolongan dari GEREJA, Pertubuhan Buddha dan lain-lain pertubuhan bukan Islam.......
Sekiranya ada Penyatuan Melayu-Islam di BUMI Tanah Melayu ini,
pasti, pasti dan pasti tak akan ada nenek melayu pada usia EMAS masih mencari rezeki sebagai GRO di PUB dan Pusat Hiburan........
Pasti, pasti dan pasti Melayu terbela dan dibela.......
Dan sepastinya para PEMIMPIN MELAYU mendahulukan peningkatan taraf hidup pimpinannya dari taraf hidupnya sendiri..........

(INILAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ROYALTI WARGA EMAS. SETIDAK-TIDAKNYA IA AKAN MEMBANTU UNTUK MENINGKATKAN TARAF HIDUP KELUARGA: KENAPA PEMIMPIN MEMPUNYAI RUMAH NILAIAN BERJUTA SEMENTARA PIMPINAN HIDUP SEBEGINI????? PASTI, PASTI ADA YANG TAK KENA PADA SESUATU. SAMADA PADA SISTEM, MINDA, NUR AGAMA ATAU ‘GILA’ ATAU MEMENTING DIRI SENDIRI.)

Hari ini kita HANYUT DENGAN CARA PEMIKIRAN yang terkebelakang dari mereka lain. Antara KEHANYUTAN itu adalah:
1.                  Apabila kita memiliki tanah di tepi jalan, kita lantas membuat rumah dan rumah kediaman itu akan meminta hasil untuk dibayar seperti bil eletrik, air, tong sampah, cukai dan lain-lain bil yang disediakan oleh PBT.
Tapi bagi mereka, mereka mendirikan stor atau premis perniagaan. Dan setiap bulan setor atau premis itu akan menghasilkan pendapatan kepadanya.
2.                  Apabila kita memiliki kereta kita gunakannya untuk ‘berjangok’. Sobek sana, sobek sini. Dan setiap sobekan itu akan memerlukan wang, tenaga dan masa yang terbuang.  Begitulah juga apbila memiliki kenderaan untuk bersukan seperti 4x4 yang setiap kali sebelum atau selepas aktiviti terpaksa memakan belanja sevis dan pemulihan.                                                                                                             Mereka pula memiliki kenderaan untuk perniagaan dan setiap perjalanan, minyak, masa dan tenaga dikira atas perniagaan dan semuanya ditanggung oleh biz mereka.
3.                  Apabila kita meminjam, kita gunakan wang pinjaman itu untuk keperluan diri dan keluarga seperti beli kereta bagi ulangalik kerja dan makan angin. Dan setiap masa kita kena belanja minyak, servis, roadtax dan insuran.                                                                                             Tapi bagi mereka, mereka meminjam untuk biz. Dan biz itu akan memberikan pendapatan kepada mereka.
4.                  Kita memikirkan bumi ini tak begitu penting kerana bumi ini bumi Melayu dan terdapat banyak lagi bumi di Tanah Melayu ini. Bila harga bumi itu meningkat kita terkejut dan mengatakan MAHAL. Kita terlupa bahawa BUMI tidak akan BERANAK tetapi manusia yang menggunakannya beranak dan bertambah! Justru itu bumi yang satu ketika itu tidak bernilai tinggi, berubah menjadi tinggi nilainya akibat dari pertumbuhan ekonomi yang mendesak. Di tempat kita, kalau dalam BANDAR dikira sekaki persegi tapi di Chicago, Amerika ianya dikira satu inci persegi......                                                                                                             Mereka memikirkan bahawa bumi susah untuk didapati kerana mereka adalah kaum pendatang yang menumpang di negara asing. Justru itu mereka fikir ianya satu ‘peluang’ untuk mendapatkan bumi di sesuatu kawasan dari segi perspektif nilai dan masadepan. Mahal bukanya halangan bahkan dijadikan peluang bagi mereka untuk terus maju.

5.                  Dari sudut ILMU pula kita masih berkisar dengan ilmu yang sama. Seolah-olah kita ini ingat-ingat lupa. Kita bertengkar dengan ilmu yang sama setiap abab, sedangkan ilmu itu telah dipusakakan melalui kitab-kitab dan buku-buku oleh para ulama dan ulamak terdahulu.    Bila jadi ahli masjid dan setiap hari sembahyang di masjid kita sudah besar diri dan menganggapkan bahawa mereka yang tak ke masjid tak islamik dan selalu merendahkan mereka. Sedangkan aktiviti masjid tidak sepenuhnya kita ikuti. Contoh hanya sembahyang di masjid dan apabila USTAZ ambil kitab nak baca kita melangkah turun ke kedai kopi. Di kedai kopi kita meneruskan cerita yang tak seharusnya dibuat oleh seorang Muslim. Sepatutnya lebih banyak yang kita belajar maka lebih kurang petah kita berseloroh bodoh di kalayak ramai. Lebih merendah diri kita kepada orang lain. Kita akan gunakan dunia sebagai alat untuk ke akhirat.                                                                     

Sementara mereka mementingkan ilmu dunia kerana mereka bukan golongan yang mempunyai akhirat. Mereka mencari ilmu serata dunia dengan menggunakan masa cuti untuk melancong bagi mendapatkan pengetahuan semasa. Ilmu perniagaan mereka terbuka luas dan mereka mempunyai organisasi mereka yang boleh membantu secara swasta. Organisasi mereka tak ‘loket’ memberikan mereka tunjuk ajar dan mengamalkan PEMUDAHCARA, BUDIBICARA dan JUJUR. 

(TIADAKAH BUDI BICARA, PEMUDAH CARA & TUNJUK CARA UNTUK JALAN PENYELESAIAN YANG MEMBERIKAN KEADAAN MENANG MENANG kepada Kerajaan dan Rakyat.... )

6.                  Di masjid tetap sama dengan pengajaran USTAZ yang syarah bergegar dan berhemah tapi tiada NUR. Nur adalah CAHAYA yang memberikan jalan dan panduan kepada kita yang dalam KEGELAPAN dunia atau akhirat. Ustaz bercerita tentang cerita sama, ilmu sama, contoh sama, surah sama tapi tak memberikan LORONG bagi memenafaatkan JEMAAH di dunia secara individu dan jemaah. Tidak memikirkan kekuatan JEMAAH yang menyelamatkan dunia dan akhirat. Mereka lebih kepada konsep ‘PAWANG ANA atau TOK SELAMPIT” dalam masyarakat Melayu. Tiada konsep PEMBUKA MINDA atau PENGHIJRAHAN MINDA bagi setiap kali perubahan tahun Islam berlaku. Kenapa tidak PEKA kepada persekitaran HARI INI?  GEREJA DAN PERSATUAN BUKAN ISLAM DAH MENOLONG ATAU MEMBIAYAI ORANG ISLAM! Di manakah konsep kebertanggungjawab kita sesama Islam? Berebut Nak Jadi Tok Iman, Berebut nak Jadi Penyelaras, Berebut Nak Jadi YB, Berebut nak Jadi Wakil Bahagian dan lain-lain Ketua dalam Jabatan...... Zaman Rasulullah dahulu tiadapun begini.... Zaman KHALIFAHpun tiada begini......
Mereka pula dengan bantuan agensi pertubuhan swasta membina usahawan dan pembentangan kertaskerja bagi menolong kaum mereka yang tak bernasib baik dalam penghidupan. Mereka membentangkan kertaskerja EKONOMI tapi kita membentangkan kertaskerja POLITIK atau AGAMA SEMPIT.

(NUR HIDAYAH DARI CERAMAH DAN PENGAJARAN USTAZ DI MANA?)

7.                  Di Kampung, di Pekan, Di Bandar dah ramai USAHAWAN Melayu yang berjaya tapi jarang yang mempunyai NUR sebagai JUTAWAN MUSLIM. Jutawan Muslim adalah seseorang yang kaya dengan wang dan perniagaan yang digunakan untuk kebaikan orang lainya. Seperti di sebuah daerah dalam negara Pakistan, seorang jutawan Muslim itu hanya tidur dalam rumah yang kecil dan berulang-alik ke masjid tapi kilang-kilangnya sebesar bukit yang menempatkan beribu pekerja menyara hidup mereka.                                                                                            Di tempat kita banyak kekayaan itu dirasai oleh pemiliknya tanpa memberikan menafaat kepada insan lainnya. Contoh si kaya memakai kereta berharga 500 ribu yang memberikan menafaat kepada diri dan keluarganya sahaja...... apa kata sekiranya sikaya memakai kereta berharga 100 ribu ringgit sahaja, sudah pasti wang lebihan sebanyak 400 ribu ringgit itu dapat dibuka 4 perniagaan dengan modal 100 ribu ringgit satu dan jika satu perniagaan memberikan peluang pekerjaan 3 pekerja bermakna 12 insan sudah boleh bergantung kepada wang lebihan tadi dan 12 keluarga sudah mendapat menafaatnya. Begitulah juga dengan RUMAH, PERHIASAN, PAGAR dan sebagainya.
Juga dengan simpanan wang di bank-bank yang si pemunyanya hanya menunggu keuntungan tahunan untuk diri dan keluarganya sahaja. Tapi kalau digunakan untuk perniagaan, dah pasti ada insan yang boleh menumpang..........     alasan yang sering didengar TAKUT RUGI. Jelas mereka mempunyai penyakit Warhan sebagaimana kata Rasulullah itu. Tak terfikirkan apabila RUGI DI DUNIA TAPI UNTUNG DI AKHIRAT?                                                                              Mereka pula mengajar dan menganjurkan sistem untuk jadi kaya, mulia hati dan diri, menolong rakan dan bangsa. Bersatu hati dengan tindakan yang diputuskan puak mereka, sementara Melayu kita masih ‘SEPERTI LEMBU YANG HANYA TAU MAKAN RUMPUT. Melayu kita buta dengan sifat Mahmudah tapi celek dan pintar dengan sifat MAZMUMAH. Takut orang lain kaya, takut pakai kereta besar, takut rumah besar, takut gaya lebih dan beribu ketakutan yang menghantui diri mereka.
  
Wahai kereta yang mahal.... hebatnya pemikiran manusia dengan izinNya mencipta kamu dan beruntunglah mereka-mereka yang menggunakanmu untuk perjuangan mendapat REDHA NYA.                                                     
KITA SEPATUTNYA MEMBERIKAN PANCING DARI WANG ATAU MAKANAN: KITA PATUT MEMBINA KEKUATAN PERTANIAN BAGI MENJADIKAN NEGARA MEREKA NEGARA BERMAKANAN.

                                                                                                                  
8.                  Bila memerhatikan seseorang kita BUTA dengan pandangan yang benar. Kita tertipu oleh penampilan kehebatan pakaian seseorang, milikan seseorang seperti kereta, pejabat, rumah dan perhiasan. Kita merasai rendah diri apabila melihat seseorang itu hebat dunia. Ingatlah wahai Sahabat, Rasulullah tak pernah rendah diri kepada manusia. Tapi baginda merendah diri kepada Allah SWT. Allah tidak melihat RUPA dan AMALAN kamu tapi Allah melihat HATIMU.              Mereka melihat dengan menggunakan “mata jemaah”. Sebab itulah pertubuhan dan persatuan mereka HIDUP sehingga ke hari ini.


(BILA KAYA DAN BERKUASA MEMBENTUK HALOBA DIRI..... DAN INI PERLU DISEDARI OLEH PARA PEMIMPIN HARI INI. PATUTKAN KITA BERKUASA TERUS-TERUSAN? ATAU MENAFIKAN HAK KEPIMPINAN ORANG LAIN? Adakah orang lain tak pandai memimpin atau tadbir negara?)

9.                  Justru itulah hari ini kita banyak TERTIPU oleh mereka-mereka yang mempamerkan kehebatan dunia untuk memerangkap mereka yang buta.
Satu SCK tu meme rangkap dengan kereta MEWAH. Satu SCK itu pula memerangkap dengan MAHLIGA, Satu MLM pula memerangkap dengan
UMRAH, HAJI dan BONUS HEBAT.  Sedarlah wahai sahabat, semuanya ini adalah seperti LKY di Temasik dahulu yang memakai SONGKOK bila pergi berjumpa dengan orang Melayu di sana untuk meraih undi. Dan bila sokongan dah dapat apa terjadi kepada M E L A YU di sana?
Mereka pandai menggunakan PERIBAHASA Melayu dalam berkomunikasi dengan Melayu-layu: “Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengebek”. Begitulah juga yang digunakan oleh Yingluk PM Thailand kini yang berjumpa dengan penduduk Melayu di Selatan Thai dengan memakai selendang merah untuk meraih sokongan undi.                                                                Mereka ada kelendar sendiri dan setiap bulan mempunyai simbol dan fatwa tapi kita tiada dan merujuk kepada takwin Islam secara zahir sahaja. Kita asik meniru-meniru. Yang sedihnya meniru perbuatan yang bertentangan dengan ajaran AGAMA sendiri.....

(LOKANAN JUGA ADALAH PENYAMARAN..................... BERLAKON BERMAKNA BERPURA-PURAKAN ..................... Tambahan lakonan hari ini banyak yang menentang hukum Allah seperti tiadak menutupi aurat, bergaulbebas tanpa batas dan meniru gayahidup bukan Islam yang sepatutnya tidak diikuti...........................................    Satu Riwayat: Nabi melarang Syidinna Ali menyandarkan pedangnya ke batu dinding kerana ianya menyerupai cara sandaran pedang orang Kafir. Jadi sekiranya cara sandaran pedangpun dilarang maka apakah lagi pada meniru carahidup mereka?)
Amalan makan hebat adalah salah satu yang patut difikirkan kerana amalan Rasulullah ialah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi... Kenapa para pemimpin dihidangkan dengan makan yang mahal sedangkan pimpinan dijamu makanan murah? Kita ajar rakyat supaya tidak membazir dan jimat cermat sedangkan kita selaku pemimpin makan sebegini........

10.              Melayu-layu hari ini mempercayai seseorang itu melalui kehebatan dunia. Kalau dia memiliki rumah hebat, kereta mewah dan penampilan mahal maka              dipercayai penuh. Tak ubahlah orang kafir Quirash dahulu yang mempercayai                                              Abu Jahal dan pembesar Mekah. Siapa nak percaya Rasulullah ketika itu? Rasulullah tak memilik kekayaan lagi ketika itu tapi memiliki budipekerti yang baik dan terpuji. Hari ini bagaimanakah nak kita mendapat kepercayaan kepada seseorang yang pakaiannya bertampung, rumahnya yang buruk dan murah? Hari ini kalau ditonjolkan tingkah sebegitu, pasti PUAK 72 akan mengatakan “orang miskin dan tak cukup makan” atau Orang yang tak ada ‘FUTURE”.
Inilah kebenaran Hadis Rasulullah yang berbunyi, “ Islam pada awal kedatangnya di anggap ASING, dan di akhir zaman ia kan kembali ASING”.

BAGAIMANA NAK DIATASI KELEMAHAN INI
Kita boleh bersatu dalam permainan. Sanggup bergaduh untuk mempertahankan tujuan tapi KENAPA kita tak dapat BERSATU dalam menegakkan ekonomi yang jelasnya boleh membantu rakan sepermainan kita yang tak bernasib baik dalam penghidupan??????????


Senang sahaja sebagaimana tolak campur bahagi.
Dan jika kita berSATU PADU dan BERSATU HATI akan menghasilkan JEMAAHKU ADALAH KELUARGAKU DAN DERITAMU ADALAH DERITAKU JUA
Penoreh getah dah bersatu dalam RISDA, Peneroka dapat keistemewaan dari FELDA serta FELCRA .....................              dan kita yang tak memiliki kebun untuk disatukan maka ada baiknya kita bersatu dalam membeli keperluan harian kita.
DENGAN PERPADUAN KITA
-Satukan tempat membeli
-Lahirkan baitulmal jemaah
-Hasilkan keuntungan
-Sumbangankan kepada yang memerlukan
-Menolong diri, keluarga dan orang lain...................................................





UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI DAN MAAF DARI SAYA SEKELUARGA..................
Jika ada terkasar dan ‘pedas’nya huraian saya, bukanlah niat untuk menjatuhkan seseorang tapi adalah untuk memperelokkannya.




No comments:

Post a Comment