Tuesday 15 October 2013

MELAYU MUSLIM

Asalamualaikum semua peserta Jermas,
Tafsir Al-Quran                                                                                                                                                                          Surah AL Tawbah, ayat 41. :                                                                                                                                                             Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang di jalan Allah) samaada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat ( iaitu samaada dalam keadaan susah atau senang, bersemangat atau tidak bersemangat): dan berjihadlah  dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Sahabat JERMAS 313
Sudah 3 tahun kita memulai peperangan ini dan kita masih lagi tidak menampakkan kejayaan. Fahamilah bahawa untuk mendapatkan hasil bukanlah mudah sebab sudah menjadi sunnahtullah bahawa sesuatu itu mempunyai proses yang meminta masa. Sebagai contoh untuk mendapatkan kematangan anak adalah perlu dididik selama  15 ke 19 tahun. Begitulah juga untuk mendapatkan hasil tanaman jangka panjang seperti pokok getah atau buah-buahan memerlukan 7 ke 12 tahun.  Jadi dalam kes JERMAS ini kita diperingkat tumbesaran manusia sebagaimana saya huraikan dalam rajah di bawah:

Peringkat
Masa (Tahun)
Ciri-ciri
Impak (Div)
Jumlah
ikhtiar
Fetos (Rahim)
2010
Penerangan mengenai JERMAS 313
15%
15%
Kurang 5 buah sek. X dikunjungi.
Bayi (lahir)
2011
Penerimaan manusia apabila melihat fizikal JERMAS 313
18%
33%
43 buah pondok dilawati
Kanak-kanak
2012
Kenakalan JERMAS dalam menempuhi alam hidup. Kejangkauan hyperaktifnya dalam menunjukkan kemajuan. Adakala ia tidak disukai dan ditakuti….
17%
50%
Solat Hajat  kenali masjid
Awal Remaja
2013
Dapat menolong orangtuanya…. Dan ada sedikit kesedaran pada persekitarannya
15% ke 18%
? 67
Hadiah
Remaja
2014
Membina kendiri

? 85

Dewasa
2015
Membina kerjaya dan Keluarga

?

 
Bagi saya selaku hamba yang diilhamkan oleh Allah menjadikan beberapa keratin hadis dan ayat-ayat Allah sebagai kekuatan dan kekebalan untuk merealisasikan perjuangan ini (sila pandu Melayu Hanyut 2020).   

Perkembangan terkini Program Jermas ialah:  
1.       Pelekat Sticker JERMAS 313                                                                                                                            Tujuan ialah untuk kenalmengenali antara peserta Jihad Ekonomi ini. Dengan ini para peserta merupakan saudara Muslim yang mengamalkan konsep Jemaahku Keluargaku.
2.       Kader Penerangan Jermas 313                                                                                                   Bermula tahun 2013 kita telah melantik para penerangan program JERMAS 313 seramai 10 orang bagi satu negeri atau bergantung kepada daerah-daerah dalam negeri itu. Mereka hanya mencari peserta dan memberikan penerangan ringkas sahaja. Mereka berminat akan mendapatkan penjelasan khas dari kami. Saham mereka bergantung kepada jumlah belian peserta.
3.       Pembayaran dividen secara 6 kali setahun.                                                                                  Bermula januari dan februari lepas kita telah berikan 02% dividen, pada bulan mac dan april kita berikan 03%, juga 03% bagi bulan mei & jun serta julai dan ogos.                                                            Nampaknya bagi bulan September dan oktober ianya hanya 02% kerana pendapatan merosok disebabkan pengubahsuaian ruang niaga.                                                           InsyaAllah bagi bulan November dan disember ianya akan menjadi antara 03 atau 04 peratus….. doakanlah.
4.       Upgrading Sumber Pendapatan bulanan Jermas 313                                                                               Kita sedang menaiktaraf kedai sewaan yang menjadi sumber pendapatan kita dari RM 850.00 sebulan ke RM 1800.00 sebulan.                                                                                                                               Kita juga sedang membina bilik sewaan bulanan untuk pekerja peringkat rendah yang berharga RM 150.00 sebulan. Sebanyak  5 bilik sedang diusahakan.                                                                                             Kita juga menjalankan perniagaan broker kereta terpakai.
5.       Tajaan saguhati kepada peserta anjuran Jermas 313.                                                                            Kita telah memberikan 15 buah ‘hamper’ kepada program Kem Motivasi di Pasir Rambutan, Gong Surau, Kuala Besut, Terengganu dalam program jatidiri Melayu-Islam.
6.       Pertukaran Insuran Kemalangan kepada penggunaan simkad Clixster.                           Kelebihannya ialah khairat kematian berharga RM 1,000.00 dan insuran kemalangan berjumlah satu ratus ribu ringgit (RM1,000,000.00)
7.       Pendaftaran percuma menjadi peserta Jermas 313.                                                                             Kita memberikan pelekat JERMAS 313 percuma kepada mereka-mereka yang mengenali pengerusi JERMAS


AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR
Jemaahku Keluargaku
Surah Ali Imran, ayat 103                                                                                                                                                 “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahililiah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkankekufuran kamu semasa jahililiah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).Demikanlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat Nya, supaya kamu mendapat hidayat Nya.” 
Deritamu Deritaku
Hadis Rasulullah bermaksud:                                                                                                                                                                   Orang Islam yang beriman adalah seperti satu tubuh badan dan sekiranya salah satu anggota tubuh itu sakit maka seluruh tubuhbadan itu akan merasai kesakitan itu    
Mengajak Manusia untuk membuat kebajikan adalah lebih sukar dari mengajak manusia membina hiburan, sukan dan fesyen……
Fesyen adalah trend : Dulu manusia Berjaya atas kudrat tubuh-badan (kehebatan kerja fizikal) kemudian datang pula kejayaan atas kekayaan: wangringgit dan pengitirafan (sekarang ini).  InsyaAllah jika betul tekaan saya akan datang pula kejayaan atas Agama tapi bukan kebenaran…… selepas itu baru datang zaman kejayaan atas IMAN dan inilah yang sebenarnya.                                                                                                                       Jadi zaman apakah kini sahabat?                                                                                                 Teleklah dengan matahati dan bagi pandangan saya kita dizaman wangringgit atau kertas pengiktirafan. Ramai yang kayaraya dan cerdikpandai tapi yang memerlukan masih lagi ditinggalkan……. Banyak NGO petah berbicara tapi tak mengamalkan cara nabi memberikan suapan kepada yahudi.  Kita hidup dengan hanya untuk diri dan keluarga sahaja. Bayar rumah, kereta, makan-minum dan pakaian sudah memadai dengan gaji. Tapi jika kerap keluar maka tak genaplah gaji itu. Bagi tren kenduri kendara pula kalau tak habis 10 ribu atau limabelas ribu bukan majlis perkahwinan tu…. Islam tak ajar macamtu…. Sehingga terpaksa berhutang? Dan adakah kita masih mahu meneruskan aktiviti ini? Kalau tak bermula dengan kita, nak bermula dengan siapa?..... Kita telah difahamkan Allah dengan ilmu yang ditimba dari u, seberang laut atau atas bukit… kenalah berjuang menegakkan apa yang patut……. Walaupun yang ditentang itu pahit sekali tapi maruah dan masa depan Islam dan umatnya kena utamakan.
Sukan direka untuk melekakan manusia kepada keperluan persekitaran yang ada. Ada orang tak makan sehari dua, kita tak kisah dan asik bermain golf, bolasepak, tennis dll. Rumah orang nak runtuh kita tak kisah bukan saudara kita…… Inikah yang diajarkan dalan kitabullah?   
Hiburan pula direka untuk berlebih-lebih. Islam mengajarkan dalam membuat sesuatu itu adalah sederhana; tak banyak dan tak sedikit. Setengah jam sehari itu dah cukup sangatlah.                                                                                      

RUKUN IMAN
PERCAYA KEPADA ALLAH
Memperakui adanya satu kuasa khusus yang terhebat dipanggil ALLAH
Semuanya berkhusus kepada Allah
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Katogori malaikat dengan tugas memberikan kesedaran tentang dunia dan akhirat
Semuanya berkhusus kepada Allah
PERCAYA KEPADA ALAM GHAIB
TidakAku jadikan jin dan manusia melainkan memperhambakan diri kepada Aku
Semuanya berkhusus kepada Allah
PERCAYA KEPADA KITAB
Dari kitab ada begitu banyak ilmu dunia dan akhirat. Bila dah percaya kenapa kitab lain dipelajari?
PERCAYA KEPADA HARI KHIAMAT
Ada ubi ada batas
Semuanya berkhusus kepada Allah
PERCAYA KADAR BAIK DAN BURUK
Ketentuan musibah dan kesusahan serta kebaikan adalah berhikmat. Semuanya berkhusus kepada Allah

RUKUN ISLAM
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHDAH
Mengistiharkan diri menerima Islam sebagai pegangan hidup
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah. (justru itu ilmu mengenai Allah dituntut bagi kekuatan iman dan amal: ilmu tentang Rasulullah juka dikenakan kepada muslim mencarinya bagi mengikuti penghidupannya kerana baginda adalah model penghidupan. Bukannya ilmu untuk hidup senang  didunia sebagaimana diolah barat bagi memperakui sehelai kertas yang disahkan dengan ganjaran gaji lumayan sebagai jaminan hidup…… Dan harapan untuk menerima gaji dari Penghalang Agama Allah
MENDIRIKAN SOLAT 5 KALI SEHARI
Kewajiban khas seorang muslim adalah mendirikan solat kepada Allah. Dalam pecahan solat itu mempunyai niat khusus, pertuturan & perlakuan bertertib.  Ilmu mengenai solat-solat fardu dan sunat diperlukan belajar bagi jatidiri seorang muslim.
Bukannya ilmu untuk hidup senang didunia sebagaimana diolah barat bagi memperakui sehelai kertas yang disahkan dengan ganjaran gaji lumayan sebagai jaminan hidup……Dan harapan untuk menerima gaji dari Penghalang Agama Allah
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dikenakan berpuasa di satu bulan dalam setahun dengan hikmat yang melahirkan kasih sayang kepada orang lain (Jemaahku keluargaku) Hayatilah ilmu puasa supaya kita memahami penderitaan orang lain dan membantuinya.
Bukannya ilmu untuk hidup senang didunia sebagaimana diolah barat bagi memperakui sehelai kertas yang disahkan dengan ganjaran gaji lumayan sebagai jaminan hidup……Dan harapan untuk menerima gaji dari Penghalang Agama Allah
MEMBAYAR ZAKAT
Diwajibkan zakat bagi memberikan bantuan kepada yang memerlukan (Deritaku Deritamu) Berpandukanlah kepada hadis Rasulullah berbunyi: Di akhir zaman orang Islam perlu menyedikan harta untuk perjuangan agama dan urusan keluarganya…..
Bukannya ilmu untuk hidup senang didunia sebagaimana diolah barat bagi memperakui sehelai kertas yang disahkan dengan ganjaran gaji lumayan sebagai jaminan hidup……Dan harapan untuk menerima gaji dari Penghalang Agama Allah
MENUNAIKAN HAJI DENGAN KEMAMPUAN
Berhijrah ke Mekah yang telah ditentukan bagi mengesakan diri kepada Allah dengan tertib dan kesedaran atas kebesaran Nya. Ilmu menghadirkan diri ke Mekah adalah hikmat tersurat yang perlu disedari bagi menjadikan muslim yang tawaduk.
Bukannya ilmu untuk hidup senang didunia sebagaimana diolah barat bagi memperakui sehelai kertas yang disahkan dengan ganjaran gaji lumayan sebagai jaminan hidup……Dan harapan untuk menerima gaji dari Penghalang Agama Allah

Justru itu apakah pendidikan yang terbaik untuk anak-anak Lelaki kita ?
TAHAP
ILMU
SUKATAN
UMUR
BERTANGGUNGJAWAB
IMAN
Memperkenalkan kepada hafalan mukaddam
Mukaddam & Al-Quran
5th ke 7th.

ISLAM
Hafalan, Mengetahwi makna dan tafsiran Al-Ouran
Solat Wajib & Sunat serta Mukaddam & Al-Quran
8th ke 12th.

AMAL
Mengkhususkan kemahiran hidup
 Solat Wajib dan Sunat & Bidang Kemahiran dalam penghidupan
13th ke 15th.

PAKAR
Berkemahiran tinggi
Doktor, jurutera, jurubena, pilot, pentadbir, jurubahasa dll.
19th ke 23th

DEWASA
Keluarga
Penghidupan
24th ke 27th
Berkahwin
 pENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK PEREMPUAN? 

Bahagian depan bangunan JERMAS

Cadangan kios dalam bangunan JERMAS                                       Bahagian dalam sebelah kiri bangunan                                 Bahagian dalam bangunan sebelah kanan                  


   Perancangan untuk membina JERMAS STOP
maaf gambar tak dapat diupload kerana kesilapan teknik. tk. 
Pengurus Jermas.

No comments:

Post a Comment